Part 14 - My Sister come ?!

646 46 7
                                    

Rumah BTS

Indahnya suasana di waktu pagi yang ceria dengan matahari memancar cahayanya di langit.Hari ni hari ahad merupakan hari cuti untuk semua pelajar.BTS sedang merancang untuk pergi jalan bersama sama tetapi....

" Adohh hyungg !!! Sakitlahh Jin hyung T_T "

" Sorry,hyung tak sengaja "

" Cuba kau cerita kat kami,apasal kau boleh dapat tu ? Aku perhatikan dari tadi tahu tak " ujar Jimin

" Ni lebih teruk aku tengok sebelum ni.Kau kena sengat ke ? Merah menyala aku tengok " celah Taehyung

Jungkook mencebik.Mereka tahu dia tak boleh nak bercakap disebabkan pipinya kembang  tapi diorang sengaja nak suruh dia untuk bercakap.Jungkook mengeluh,dia memandang semua hyung nya yang tengah menunggu cerita sebenar.Dia cuba untuk buka mulutnya dengan perlahan lalu dia mula menceritakan perkara yang terjadi semalam

Flashback

Selepas beberapa minit,mereka berdua meleraikan ciuman.Jungkook mengambil nafasnya kembali begitu juga Yuju.Jungkook memandang Yuju sambil memberikan senyuman yang manis kepadanya

" Tak sangka kau akan balas Yuju.Hahahaha aku tahu yang ka--' "

PANGGG !!!!

Satu tamparan  terkena di pipi Jungkook dan dia jatuh tersungkur di atas lantai.Kali ni tamparan Yuju amat kuat daripada sebelum ni dan Jungkook betul betul dalam kesakitan

" JUNGKOOK KAU JAHANAM !!!! " jerit Yuju lalu dia berlari meninggalkan Jungkook.Jungkook memegang pipinya dan dia berasa ingin mengalir air matanya akibat tamparan yang amat perit daripada sebelum ni

End Flashback

BTS sangat terkejut mendengar cerita sebenar daripada Jungkook.Ada yang ternganga mulutnya sambil tak percaya dan ada yang ketawa terbahak bahak

" Haishh kau ni kann,tindakan kau tu melampau tahu tak.Hyung suruh cari dia bukan buat benda tu kat dia " bebel Jin

" Memang patut Yuju tampar kau sebab tindakan kau tu melampau bagi dia.Kan dah kena tamparan free dari dia lagi " bebel Namjoon

" Itulahh kauu,aku dah cakap jangan buat benda tu kalau hubungan korang belum rapat lagi tapi kau degil " kali ni Jimin yang membebel

Jungkook mencebik.Dia tak puas hati dengan bebelan daripada hyung nya.Baginya semua itu hanya buat dia bertambah sedih dan lemah semangat apabila mendengarnya

" Sabarlah Kookie.Nanti Yuju okay lah tu.Dia just terkejut je,biasalah perempuan kalau dah ada first kiss, mesti diorang takkan percaya " kata Jin sambil menyapu ubat di pipi Jungkook.Setelah itu,dia meletakkan ubat ubatan di dalam kotak lalu dia bangun, ingin meletak kotak itu ke tempat asalnya

" Jungkook kau mesti minta maaf kat Yuju kat sekolah nanti.Kalau tak,Yuju akan jauh diri lagi macam semalam " pesan Namjoon.Jungkook hanya sekadar mengangguk sambil bermasam muka

Ting ! Tong !

" Suga ! Buka pintu cepat !! " arah Jin

Suga yang ingin dibuai mimpi tersentak apabila mendengar jeritan Jin

" Haishh aku juga yang kena.Aku nak tidur pun tak tenang " Suga dengan malasnya bergerak menuju ke arah pintu.Dia membuka pintu itu dan dahinya mula berkerut sambil mengangkat kening sebelahnya apabila melihat seorang perempuan yang berada di hadapannya

" Nak cari siapa ? " tanya Suga.Perempuan itu hanya memberikan senyuman sambil melambai tangannya ke arah Suga

" Annyeonghaseyo,Jeon Somi imnida ! Saya nak cari abang saya,dia ada tak ? "

I Just Wanna Make You Love Me [YuKook]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora