4: Park Jimin

2.6K 222 60
                                    

"Ma--maksud hyung, hyung nak Kook kahwin dengan Hyeri?"

Secara automatiknya, aku membeliakkan mata.

Hell no!

Aku terlampau muda untuk kahwin.

Seriously Jin? Dia kenal Jungkook pun baru dua hari.

"Yup. Kook nak ke omma bising? Ke Kook ada calon lain?" soal Jin kepada Jungkook.

Aku melihat dua manusia di hadapan aku. Abang adik sama gila. Muka aku mula merah menahan marah.

Sabar Hyeri.

Kau kena ingat, Jungkook dah banyak tolong kau.

"Maaf kalau saya menyampuk. Tapi kenapa mesti saya? Saya tahu saya hanya menumpang je kat rumah ni. Tapi please.. saya taknak kahwin." rayu aku.

Aku memandang muka Jungkook meraih simpati. Aku nak dia sokong aku.

"Kamu berdua bincang lah dulu. Oppa naik atas nak kemas barang. Jangan menyembang lama sangat. Dah lewat dah ni." aku hanya memberi pandangan kepada Jin. Jungkook mengangguk kecil.

"Hyeri.. aku tahu ni berat bagi kau. Tapi kau kena tolong aku. Aku taknak omma aku kecewa dengan aku. Cukuplah mendiang appa sorang je.." kata Jungkook setelah Jin menapak ke biliknya.

Aku melihat wajah Jungkook.

Aish, kesian lah pulak.

Aku nak tolong ke tak?

Tapi aku tak ready..

Nak tolak, tapi Jungkook dah banyak tolong aku. Dah banyak benda aku terhutang dekat dia.

"Erm.. beri saya masa. Saya perlukan masa untuk jawapan awak." kata aku kepada Jungkook setelah lama aku mendiamkan diri. Jungkook pantas tersenyum.

"Terima kasih Hyeri." aku memandang wajahnya.

Tersenyum comel je.

Padahal aku?

Muka macam cekodok.

"Saya naik dulu." kata aku sekadar meminta diri.

Jungkook menahan tangan aku. Wajahnya aku pandang hairan.

"Good night." aku melihat wajahnya.

Aku tersenyum nipis sekadar menutup pipi aku yang membahang dan mengangguk kecil. Aku segera naik ke atas untuk tidur.

.

.

.

.

.

.

.

"Kau siap. Baju aku dah letak dekat tepi meja dalam bilik kau tadi."

Aku memandang wajah Jungkook yang berada di hadapan muka pintu dan mengangguk sahaja.

Tapi..

Dia nak bawak aku pergi mana?

Aku melihat baju yang dia maksudkan. Ya, memang sepanjang aku duduk rumah dia ni aku pakai baju dia je.

Jealous? HAHAHA padan muka anda.

"Aku tunggu kau di bawah. Jangan lama sangat." pesan Jungkook sebelum berlalu pergi.

Aku segera menutup pintu bilik untuk menyalin baju. Rambut aku yang panjang diikat dengan gaya ponytail.

Setelah puas dengan penampilan aku, kaki aku dilangkah turun ke bawah. Kelihatan Jungkook menunggu aku di bawah. Dalam masa yang sama, mata aku dapat menangkap Jin oppa sedang makan di meja makan.

[RE- EDIT] Wife Mr. Jeon | JJKWhere stories live. Discover now