Bab 2

565 10 0
                                    

Malam menjelang tiba.Burung-burung bersahut-sahutan untuk pulang ke sarang.Kedengaran azan mahgrib dari masjid berdekatan.

Tina,Emma,Mira dan Lasy sedang leka menonton televisyen.Syasya turun dari atas sambil memegang kunci kereta."Gugs,aku nak keluar jap.Nak cari restoran untuk bungkus makanan.Esok kita beli barang dapur."kata Syasya kepada mereka."Ok,Sya.Beli yang sedap-sedap tau.!!!!!"jerit mereka.Syasya hanya menganguk.

Sewaktu Syasya hendak masuk ke dalam kereta,dia ternampak bayangan yang menyerupai seorang perempuan berbaju putih yang dipenuhi darah serta rambut panjang mengurai.Tiba-tiba sahaja bulu roma Syasya meremang.Sewaktu dia ingin melihat lagi.bayangan itu telahpun tiada."Ah,perasan aku je kut."kata Syasya dan terus memecut.Dari jauh,"sesuatu"sedang memerhati.

Selepas membeli makanan,Syasya terus balik."Wow!Dah sampai.Eh,cepatlah
hidangkan.Aku dah lapar ni."ujar Mira sambil tersengih
seperti kerang busuk.Syasya pun meletakkan makanan di dalam pinggan dan nasi di dalam mangkuk.Kembang kempis hidung mereka menghidu segala lauk pauk yang terhidang.Kari ayam,telur dadar,ikan siakap masak tiga rasa,sayur campur dan lala masak sos tiram.Cukup membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya akan meneguk liur.Mereka makan dengan agak lahap.Mana tidaknya,seharian mereka belum makan.Selepas makan mereka beramai-ramai mencuci pinggan mangkuk.Selepas mencuci,mereka terus masuk tidur.Hanya Lasy yang masih dengan laptopnya.Tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti televisyen dipasang.Hatinya berdetik"Takkan diaorang belum tidur kut.Dah pukul tiga pagi ni."ujar Lasy dalam hati.Kerana perasaan ingin tahunya membuak-buak,dia menuruni tangga untuk mengintai.Dia kemudian keluar dari biliknya dan menuju ke celah dinding.
Jantungnya berdegup laju."Eh,tadi aku memang dengar bunyi tv tadi."serta- merta bulu romanya meremang.Dia lantas masuk ke dalam bilik dan membungkus tubuhnya dengan selimut.Tubuhnya menggigil.Telinganya sayup-sayup mendengar namanya dipanggil dengan lembut dan mendayu-dayu.Kemudian dikuti dengar tangisan halus dan mengilai.Lasy terus memaksa matanya tidur.


Rumah Sewa Bukit TengkujuhWhere stories live. Discover now