4

1K 112 2
                                    

Selepas seminggu dia tak datang, akhirnya dia datang juga hari ini.

Kali ini dia bukan sahaja lambai dan senyum, malah dia masuk ke dalam bilik yang menempatkan aku.

"Hi! Dah makan?"

Itulah ayat pertama yang aku dengar dari lelaki asing tersebut yang bernama Lee Taeyomg

Disebabkan treatment bodoh tu, aku tiada tenaga untuk mengeluarkan suara. Setiap kali aku cuba untuk bercakap, tekak aku terasa perih seperti dikoyak-koyak dari dalam.

Maka aku hanya mengangguk perlahan sebagai respons terhadap soalan dia.

"Mari, saya bawa awak ke cafeteria. Di sana makanan lebih baik."

Dia menghulurkan tangan, dan aku tidak berfikir panjang untuk mencapai tangan dia lebih besar dari tangan aku.

Tangan dia hangat, berbanding tangan aku yang pucat dan sejuk.

Rasa hangat timbul dan ia membuat aku berasa nyaman dan selamat.

Aku ingin terus menggenggam tangan dia.

Jikalau takdir tidak menghalang, aku sangat tidak ingin melepaskan tangan ini sehingga aku menghembuskan nafas terakhir aku.


///

ꜱᴀɴᴇ | ʟᴇᴇ ᴛᴀᴇʏᴏɴɢ (ʀᴇᴠɪsɪᴏɴ) Where stories live. Discover now