Bab 9|Rahsia Alvelera sembunyikan

715 55 42
                                    

Seorang lelaki sedang melihat pemandangan malam sambil menghirup udara segar. Dia menghirup secawan coffe sambil memikirkan sesuatu.

Tok!Tok!Tok! bunyi ketukan pintu mematikan lamunannya.

"Masuk." katanya separuh menjerit supaya kedengaran. Seorang gerangan masuk ke dalam dan menunduk hormat pada pemuda itu.

"Jadi?" tanya pemuda itu tanpa menoleh. Matanya hanya menatap ke arah rumah dan kedai-kedai yang tidak jauh darinya. Bercahaya terang ditempat dia melihat.

"Saya berjaya menangkap mereka Tuanku." jawab gerangan itu dengan hormat, Luke. Pemuda itu memandang ke arah Luke.

"Kamu... Ada nampak seorang gadis berambut putih?" pertanyaan itu betul-betul membuat Luke tergamam. Apakah yang patutku jawab?!

"Tidak apa. Bagitahu saya, apa terjadi pada dia?" pemuda itu menunggu jawapan dari Luke.

"Sa....Saya..." tergagap-gagap Luke dibuatnya.

"Saya terbunuh dia Tuanku." Luke menutup matanya. Pasrah sahaja apa yang akan jadi pada dirinya. Badannya sudah menggigil satu badan.

"Bagus." terangkat wajah Luke apabila mendengar jawapan pemuda itu. Hairan sungguh. Bukankah itu perkara yang salah kalau bunuh orang? Tanpa sengaja pula itu.

"Bagus juga dia mati. Kalau tidak, ia cuma akan menyusahkan aku." pemuda itu mengirup coffenya dengan senyuman di bibir.

"Bagus kerja kau. Ambil ini sebagai ganjaran untuk kau dan konco kau." pemuda itu memberi sejumlah duit yang sangat banyak untuk Luke dan konconya. Terbutang mata Luke. Dia tersenyuman lebar apabila melihat duit itu.

"Terima kasih Tuanku! Terima kasih Tuanku Jayden!" Luke terus keluar dengan perasaan gembira. Pemuda yang bernama Jayden, hanya tersenyum seribu satu makna.

🐬

Serina mencuba sedaya supaya untuk membunuh ikan duyung tidak guna ini. Ceh, mahu bunuh bagaimana? Sudah tusuk banyak kali pun tidak mati lagi!

Serina semakin kepenatan. Mana adil hidupan laut lawan dengan hidupan darat, di dalam laut. Mereka mendapat kelebihan. Saat Serina leka, salah seekor duyung itu menghampiri Serina. Dia membuka mulutnya yang berterabur gigi yang tajam dan mengacukan kukunya ke arah Serina.

Tidak!!

BUK! bunyi hentaman yang kuat dari seekor hidupan laut yang sangat ditakuti, ikan jerung! Dia menghentam duyung-duyung itu dengan badannya yang besar.

Saat duyung itu dihentam kuat oleh jerung, jerung itu terus meluru ke arah duyung itu dan menggigit kasar ekor duyung. Menjerit-jerit duyung itu apabila diperlaku sebegitu.

Darah-darah hijau yang pekat, mengalir deras saat jerung itu memutuskan ekor duyung itu dari badan. Jerung itu terus menghabiskan makanan baharu dia dapat. Selepas ikan duyung itu dimakan oleh jerung itu, terus kecut perut.

Mereka mahu melarikan diri, malangnya terdapat beberapa ekor ikan jerung meluru ke arah mereka. Apa lagi? Habis badan-badan mereka dikoyak dan dimakan oleh jerung.

Serina yang melihat hanya terkebil-kebil. Ini adalah kali pertama dia melihat jerung di depan matanya sendiri. Dekat pula tu.

Keyrose book 2 | The Truth UntoldDonde viven las historias. Descúbrelo ahora