39

211 25 2
                                    

[Vernon's POV]
AKU termenung. Aku berfikir tentang cara nak pikat Ha Na sebenarnya. Semalam Mingyu mesej aku. Dia kata aku dah boleh masuk jarum.

Pada mulanya aku teragak-agak. Aku rasa macam aku ni dah rampas kebahagiaan dia. Tapi dia cakap dia ok.

Aku mengerling jam di dinding. Pukul 9 malam. Aku menaip mesej untuk Mingyu dan Ha Na.

To: Mingyu
→ jom lepak dekat rooftop. Aku tengah siap nak ke sana ni.

Hantar.

To: Ha Na
jom lepak rooftop. Aku dah ajak Mingyu sekali. Aku tengah siap ni.

Hantar.

Aku memakai T-shirt lengan panjang warna putih. Seluar pula cuma seluar track. Aku mencapai dompet dan kunci kereta. Siang tadi baru Mingyu hantar kunci kereta ni. Padahal dah seminggu. Teruk.

Sebenarnya aku suruh noona jaga Dodam sepenuh masa dengan alasan aku sibuk. Bila-bila aku nak ambil dia, aku akan ambil.

Aku memandu ke 7E. Aku membeli beberapa snek. Aku juga ada ambil 3 botol air Torato.

(Qis's notes: x ingt lh sama ada torato ke tarota. Tapi rasanya torato. Air tu ada dekat cerita strong woman do bong soon. Rasanya pun Qis x tau.)

Aku memandu ke Vila Namil. Aku terus menarik handbrake sebaik saja aku berhentikan kereta.

Plastik yang berisi barang yang aku beli tadi dibawa sekali. Selepas kereta dikunci, aku naik tangga satu persatu sampai ke tingkat atas.

"Kau lambat." Mingyu memandangku tajam. Aku tersengih. "Sorry. Aku beli ni tadi." Plastik tu aku angkat tinggi. Ha Na sudah menepuk tangan tanda teruja.

"Kau tak payah perasan. Aku beli untuk aku dengan Mingyu je." Kataku sekadar bergurau. Dia menarik muka masam. "Ish, awak ni Ha Na. Dia gurau jelah. Kau ni asyik nak usik dia je." Mingyu berkata.

"Jomlah." Aku mendekati bangku tu. Plastik diletak di atas bangku tu juga. Mingyu dan Ha Na berebut makanan yang aku beli.

"Saya nak Super Ring!" Jerit Ha Na. Mingyu yang baru nak ambil jajan Super Ring tu terus terhenti. Mingyu mencebik. Dia akhirnya mengambil jajan Twisties perisa BBQ. Aku pula hanya ambil apa yang tinggal.

Kami bertiga berbual seperti tiada apa berlaku. Seperti kejadian Ha Na diculik, aku berlawan dengan Woozi sampai pengsan akhirnya, mereka putuskan hubungan dan beberapa perkara lagi.

Mingyu memandangku sambil beri isyarat. Aku tak faham pada mulanya. Dia menghantar mesej padaku. Waktu ni Ha Na tengah syok makan.

From: Mingyu
→ dah seminggu dah ni. Baik kau luahkan perasaan kau tu harini.

Aku mula membuat kira-kira. Aku angguk akhirnya. "Korang ni ada apa sebenarnya?" Soal Ha Na yang sudah habis makan.

"Ermm... Tak ada apa. Ni hal orang lelaki." Jawab Mingyu. Aku angguk bagi menyokong jawapan Mingyu tu.

Ha Na membasuh tangannya menggunakan air mineral yang dibawanya. Mulutnya dilap dengan tisu.

Mingyu mencuitku. Eh, apa main cuit-cuit ni?

Dia membuat gaya memberi semangat. "Fighting!" Bisiknya. "Ha Na, saya balik dulu. Bye Ha Na. Bye Vernon." Dia meninggalkan aku sebelum sekali lagi dia membuat gaya memberi semangat.

Setelah dia hilang dari pandangan, aku memandang Ha Na.Aku mengengsot mendekatinya. "Nak cakap apa-apa ke?"

Aku angguk. Gugup pula rasanya.

"Ha Na, aku..."

Dia menanti kata-kataku.

"Saranghae." Aku buat love di atas kepala. Dia terkedu. "Awak bergurau, kan?" Aku geleng sambil buat muka serious. "Couple dengan aku, jom."

Dia tarik muka masam. "Awak ni tak sweetlah." Dia memusingkan badan ke arah lain. Aku memeluknya lalu meletakkan kepalaku di atas bahunya.

"Kau aku punya." Kataku lembut. "Hah?!" Ni yang aku tak suka ni. Balasannya cuma 'hah?!'.

"Kau tak faham bahasa ke? Nak aku cakap dalam bahasa inggeris?" Aku angkat kepala dari bahunya.

Aku memusingkan badannya menghadapku. Mataku menikam matanya.

"You are mine." Aku terus mencium bibirnya. Tanpa disuruh, dia membalas ciumanku.

Kami betul-betul menikmati ciuman ini.

Dan sekarang, dia akan jadi milikku selamanya.

-TAMAT-

###################################

Cerita ni jngn d buang dari library dulu.

Nanti ada special part untuk Mingyu.

Dia pun nak bahagia juga.

You Are Mine [√]Where stories live. Discover now