Fame

895 8 0
                                    

Orientation dah habis, gempak gak lahh, form 5 yang handle, kami ada pergi shopping mall utk buat mission. Rasanya sbb dah tak da idea nak buat apa utk orientation. Tapi tak pa la gempak dohh.

Kami semua form 1 ni masuk kelas, aku kelas 1 Alpha. Guru kelas aku lead kami sekelas ke kelas, bila sampai ja, terus aku aim meja paling hujung, paling belakang, tepi tingkap.
Aku duduk la dkt situ, pastu ada dua budak ni duduk sebelah aku, diaorang tegur,
"Hai, nama apa?" budak tu tanya
"Hai, nama aku Farhan"
"oh, aku Nazirul Arman, sebelah aku ni, Nazirul Arshah"
"oh adik beradik eh?"
"haa adik beradik" jawab Arman

Bila guru kelas ni dah start bercakap, kami stop sembang, guru kelas tu perkenalkan diri,
"Nama saya Ng Yoon Hui, kamu boleh panggil saya Huang Laoshi"
aku amik pen, bukak buku, aku tulis, nanti lupa susah
Lepas tu, dia suruh satu kelas perkenalkan diri masing2, Laoshi kata nak tanya lepas ni
Aku amik inisiatif, aku tulis setiap satu nama depa semua.
Cikgu pun dah start masuk apa semua.

Bila datang satu hari ni, teacher BI aku masuk kelas, nama cikgu tu Tc Que, macam biasa dia teruskan pdp, ajar mcm biasa. Dia suruh beberapa orang baca teks dalam buku teks, lepastu buat exercise dalam buku latihan. Sambil buat latihan tu, Tc Que panggil nama sorang sorang pergi depan. Curious jugak la kenapa ni?

Rupanya dia suruh baca teks lagi, apa inisiatif pun aku tak tau. Then, waktu dah habis, dia pun terangkan kenapa dia suruh baca teks, rupanya dia nak pilih orang utk jadi emcee waktu perhimpunan, emcee dalam english.
Dia pun sebut la nama sorang budak ni,
" Ha, Yana, can you be the emcee on that day?"
"Sorry teacher, I have nasyid on that day" Yana jawab
"Oh, so we have to find another person to do this, hm, how about Faiz? can you do it?"
Aku terkejut, kenapa aku?
"Yes teacher, i can try"
"Good, find me in the staff room during recess"
"okay teacher"

Waktu rehat, aku pergi la jumpa tc Que dkt Bilik Guru, dia kata Jumaat ni ada rehearsal, dekat dewan.
Sambil jalan balik kelas, aku baca la script tu,
"oh, ada budak thailand nak datang ke?" aku tanya diri sendiri

Bila balik kelas, mcm biasa la, semua berebut2 nak baca script tu, aku bagi je la, layan je, sat gi kena kutuk pulak.
Tiap2 hari aku practise baca script tu, asal cikgu tak de je, aku baca la, practise, takut doh. Bila sampai hari Jumaat, aku tunggu dkt dewan sambil tunggu Tc Que, pastu aku nampak kereta dia, dia pun ajak aku masuk dewan. Dalam dewan tu ada la beberapa orang form 3 yang dok tolong setting barang2, depa tanya tc Que,
"Teacher, budak ni ada apa dekat sini"
"Dia emcee nanti waktu haritu"
"oo, form 1 eh ni tc? "
"haa"
Aku pun start la bercakap dkt mic, pastu datang sorang lagi cikgu, duduk dkt tc Que, depa bersembang, aku curi dengar
"Que, ni la budak yang hang pilih jadi emcee tu?
"haah"
"okay jugak budak ni, suara laki tu ada "
"ha tu laa, okay budak ni"
Aku pun kembang la disitu bila dipuji. hahahah

Bila tiba hari tu, ari Isnin, perhimpunan rasmi, aku datang awal, nervous katakan, yang lain dok rollcall, aku blah dulu, aku pesan dkt depa, kalau ada apa2 kata aku dkt dewan dah.
Aku masuk dewan, pergi belakang pentas, tahan nervous.

Okay, budak2 semua dah start masuk, aku apa lagi nervous dohhh, penuh satu dewan. cuba bayang, over 700+ ppl, aku form 1 baru masuk beberapa bulan, jadi emcee depan budak2 thailand.

Bila nak start tu, abg Irfan datang dkt aku, abg Irfan ni dia seorang yang berjawatan jugak lah dlm sekolah, srs baik gila!, dia kata,
"buat elok2 eh " sambil senyum
aku balas senyuman dia

okay, aku kena face jugak benda ni, hadap jela , aku pegang mic and start talking. lepas habis umum itu ini,
"as the principal gave his speech  just now, our assembly today is dismissed" habis jugakkkk, alhamdulillah, pengetua sekolah thailand tu, naik pentas, tangkap gambar dgn aku, pk hem naik pentas, cakap,
"tahniah, kamu buat dengan bagus sekali"

lepas tu, kawan2 semua bercerita apa yang jadi waktu aku dkt atas pentas,  macam2 cerita aku dengaq. jalan sini sana org tgk, dkt dorm pulak asal jalan ja, tak habis2 org panggil suruh cakap sikit english.

so, that's how people do know me in the school, tapi itu bukan sebab utama sbb apa aku mcm bahan kecaman dkt sklh, semua benda aku buat, semua kena kecam, ada satu benda yang jadikan aku mcm tu. stay tuned.

Lustful TeenagerWhere stories live. Discover now