kisah lalu

375 10 0
                                    

Pita memori mula mengimbas kenangan kenangan lalu. Luka parut yang masih tersirat buat aku makin perit untuk mengingati segala kisah. Entah kenapa aku lihat tarikh hari ini seakan punya satu cerita yang aku lupa apa permulaannya sehingga terpaksa aku akhirinya. Kisah yang mungkin beri kesan pada jiwa hingga kini; setelah ratusan hari telah aku lewati, aku masih belum mampu untuk sembuhkan luka yang satu ini. Tak mengapa, semuanya tidak terlihatkan pada lensa manusia lain kerana tetap aku hias dengan senyum aku supaya semuanya dilindung esok. Moga moga segala urusan dipermudahkan oleh Tuhan yang tidak pernah menginggalkan aku. Hingga hari ini, Dia masih lindungi aku untuk tidak menjatuhkan hati aku pada yang bukan miliknya. Terima kasih Allahu Rabbi.

fatamorganaWhere stories live. Discover now