Bab 16

2.1K 246 51
                                    

"Hyung...?" Soal Jungkook sambil memandang wajah Seokjin yang berada di hadapannya. Dia mengerutkan dahinya kerana keliruan dan inginkan penjelasan daripada Seokjin bahawa apa yang dilihat dihadapannya matanya adalah tidak benar.

"Seokjin, betul ke...?" Jimin juga begitu. Dia memandang sebuah bangunan besar di hadapannya kemudian beralih memandang Seokjin.

"Seokjin, aku tak bolehlah macam ni. Aku balik" luah Taehyung sambil berjalan menuju ke trak. Langkahnya dihalang oleh Seokjin yang secara tiba-tiba berdiri di hadapan Taehyung.

Kedua-dua bahu Taehyung digenggam kemas oleh Seokjin. Taehyung tertunduk memandang tanah manakala Jungkook dan Jimin setia memandang Seokjin dan juga Taehyung.

"Taehyung-ah, janganlah macam ni. Kau taknak jumpa omma ke? Kau tak rindu dia? Dah setahun kau tak jumpa dia kan, jadi harini aku bawak kau jumpa omma. Tapi kenapa kau nak balik pulak?" Soal Seokjin dengan nada yang lembut dan mendamaikan. Perlahan-lahan Taehyung mengangkat wajahnya dan memandang tepat Seokjin di hadapannya.

"Tipulah kalau aku cakap aku rindu omma. Tapi macam mana kalau omma tak rindu aku? Macam mana pulak omma langsung taknak jumpa aku? Lagipun Seokjin, sebenarnya dah dua tahun aku tak jumpa omma. Kau tak ingat waktu kali pertama aku jumpa omma? Aku dapat tengok omma dari luar bilik je" luah Taehyung. Riak wajah Seokjin bertukar cemas kerana apa yang dikatakan oleh Taehyung ada betulnya.

"Aku takutlah. Macam mana kalau dia langsung tak ingat aku? Hati aku belum bersedia lagilah nak jumpa omma, belum bersedia nak terima reaksi dia bila jumpa aku. Aku takut, Seokjin. Aku takut" luah Taehyung lagi. Seokjin hanya terdiam. Kemudian perlahan-lahan Jimin menghampiri mereka.

"Taehyung-ah, aku faham kau belum bersedia lagi. Nanti kalau kau betul-betul dah bersedia, kita pergi eh? Dengan Hoseok, Yoongi dan Namjoon sekali" ujar Jimin. Taehyung memandang Jimin dengan mata yang bersinar-sinar.

"Betul??" Soal Taehyung riang.

"Betul. Aku janji, aku akan bawak kau bila kau dah bersedia" Seokjin mencelah. Taehyung tersenyum sambil memandang Seokjin dan Taehyung silih berganti.

"Hyung, hyung tak rasa ke kita perlukan sesuatu yang manis? Kookie laparlah" Jungkook mencelah setelah sekian lama mendiamkan diri. Perutnya digosok-gosokkan tanda lapar. Seokjin, Jimin dan Taehyung memandang Jungkook serentak.

"H-hyung tak lapar?" Soal Jungkook kepada mereka bertiga dengan muka yang tidak bersalah. Seokjin tersenyum melihat kerenah dongsaengnya.

"Arasseo jom balik. Dah lewat dah ni. Nanti nak masak makan malam tak sempat pulak" Seokjin berjalan menuju ke trak. Taehyung pula menangkat tangannya. Jungkook segera menghampiri Taehyung dan membiarkan Taehyung memeluk bahunya. Begitu juga dengan Jimin. Taehyung juga memeluk bahu kanan Jimin. Lantas mereka bertiga berjalan menuju ke trak dengan rasa keriangannya.

Kini Namjoon, Hoseok dan Yoongi sedang duduk di atas kerusi di hadapan sebuah kedai runcit. Mereka bertiga hanya diam membisu. Peristiwa di Sungai Han tadi masih terngiang-ngiang di fikiran mereka dan Hoseok mula bersuara.

"Aku tak sangka Sun Woo dah berubah sampai macam tu sekali. Aku ingatkan dia dah ada kehidupan baru yang jauh lebih baik dari dulu. Tetapi aku silap. Mafia, dia lebih rela jadi mafia untuk hidup senang dengan pukul orang-orang yang tak bersalah. Aku-" Hoseok terhenti kata-katanya kerana berasa cukup kesal dan kecewa.

"Kita tak tahu apa punca dia jadi macam tu. Lagipun janganlah nak buat andaian sebarangan, mungkin dia tak pukul orang. Dia cuma..." Yoongi turut terhenti kata-katanya kerana tiada idea untuk ayat yang seterusnya.

"Cuma apa, Yoongi?" Nada Hoseok kedengaran seperti melenting.

"Kau tak nampak ke tadi tu? Dia dengan geng-geng dia belasah budak tu?" Soal Hoseok sambil memandang Yoongi tidak puas hati.

7012 S2 | BTSWhere stories live. Discover now