19

781 91 19
                                    

Bau ubat dan hospital bersatu dalam rongga hidungnya . Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka . Putih . Dipandang kesemuannya putih berlaka.

"Mi Ran ?

Disentuh tangannya (Mi Ran) perlahan menyalurkan saluran haba buat gadis tersebut . Hatinya melonjak gembira apabila melihat insan yang terbaring lemah di atas katil kini sudah sedar.

"InJong" suara seraknya memanggil. Sayu sahaja matanya memandang manusia tersebut.

"Mi Ran syukurlah awak dah sedar." Tersenyum dia (InJeong) apabila melihat sahabat baiknya kini sudah sedar walau masih dalam keadaan lemah.

"InJeong aku dekat mana ?"

"Hospital. Kau berlaku pendarahan semalam" Jelas InJong. Jelas sekali riak risau terpancar diwajah gadis tersebut.

Pantas sahaja dia (Mi Ran) menyentuh perutnya,perasaan lega menghurung jiwanya . Masih berisi .

"Kau sayang budak tu Mi Ran ?"

Berkerut dahinya (Mi Ran) apabila mendengar soalan dari bibir InJeong . Tidak berkelip dia memandang wajah gadis tersebut . Di angguk kepalanya perlahan .

"Walau dia bukan anak Sehun ?"

Terkejut .

"Ma-"

"Macam mana aku tahu ?"

Perasaannya (Mi Ran) sudah bercampur baur. Baginya sekiranya si InJeong tahu ini bermakna si abangnya juga tahu hal sebenar. Otaknya mula berfikir adakah pengakhiran hidupnya sampai disini sahaja ? Adakah dia akan dibuang dari keluarganya sendiri. Nama Sehun bermain dilayar fikirannya. 

"Mi Ran, jujur dengan aku please ? Itu bukan anak SeHun kan.. itu anak LuHan kan" Lembut sekali bicaranya (InJeong) 

"Oppa.."

"Chanyeol dah tahu semua dah Mi Ran. LuHan sendiri yang cerita" 

"aHa . Ini bukan anak Sehun. Ini anak Luhan. Lelaki cina yang kau bawak balik tu. Tapi bukan sebab aku terlanjur  InJeong. Aku dirogol" Teresak-esak dia (Mi Ran) memberitahu perkara sebenar. Ditutup wajahnya dengan kedua tangan. Tidak mahu dia melihat wajah manusia yang sudah menjadi sebahagian dalam ahli keluarganya itu. Perasaan malu mula terbit. Dia (Mi Ran) sudah beri nama buruk dalam ahli keluarganya. 

"Kenapa tak bagi tahu oppa ?" Suara garau Chanyeol menyapa ruangan bilik tersebut. 

Dilihat wajah Chanyeol yang sudah berubah keruh. Lingkaran bawah matanya kelihatan sebam seperti dia baru lepas menagis ? Manusia yang panas barannya tidak dapat dikawal itu menagis ?. Dipeluk tubuh si adik dengan erat. 

"Kenapa tak kasi oppa hal sebenar ? Kalau kamu tahu kasi tahu benda sebenar kamu mesti bahagia sekarang.Kenapa Mi Ran ?" Dirasai bahunya (Mi Ran) basah . 

"Op-oppa..."

"Oppa tak kan marah orang yang oppa sayang . Oppa minta maaf" Dipandang wajah si adik. Dia (Chanyeol) seperti tidak kisah kalau si adik memandang wajahnya sudah memerah akibat menagis. 

"Oppa...oppa menagis ?" dikesat air mata di wajah si abang. Tersentuh hatinya apabila melihat si abang yang difikirnya panas baran sahaja itu menjatuhkan air mata dihadapannya. 

"Mendiang omma dengan appa amanah kan oppa jaga Mi Ran . Dan oppa gagal jaga kamu sayang." Ditunduk wajahnya , tangan milik Mi Ran dipegang kejap seperti dia tidak mahu melepaskan gadis tersebut. 

"Oppa...terima kasih" dipeluk tubuh si abang. Beruntung dia memiliki abang seperti Chanyeol. 

___________________________

17🍒 - DIA LELAKI IDAMAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now