ㅡ001

173 17 1
                                    

BLACK NOTE [라이관린]
ㅡ001

+++



Sebab dia selalu dapat perhatian dari Jihoon hyung. ingat aku sukalah, aku sokong 'deepwink' diorang tu?

+++

Seorang remaja lelaki sedang meredah hujan tanpa perlindungan. apa yang dia tahu, dia perlu pulang dengan kadar segera. risau akan keselamatan ibu dan adik perempuannya dirumah.

Memang risiko yang amat besar jika seseorang berjalan dalam keadaan tergesa-gesa di dalam hujan, lebih-lebih lagi kalau hujan lebat dan bukannya sekadar gerimis.

" Heih, nasib tak terjatuh " katanya sebaik sahaja kembali berdiri dengan stabil. hampir-hampir sahaja dia terjatuh di atas jalan tar yang licin.

Memang bukan dia yang jatuh, tetapi sebatang pen biru yang jatuh. sedang bergolek di atas jalan raya sehingga ke tengah jalan raya. tanpa membuang masa yang banyak, lelaki itu memastikan tiada seberang kenderaan yang akan lalu.

Dia berjalan ke tengah jalan raya untuk mendapatkan pen biru yang baru dibelinya tanpa menyedari sebuah pacuan empat roda bergerak laju ke arahnya dalam sekelip mata.

" Bae Jinyoung! " jerit seorang gadis yang ketika itu berada di tempat kejadian. terduduk dia seketika melihat mayat salah seorang pelajar sekolahnya.

Sekujur tubuh tidak lagi bergerak sedang terbaring di atas jalan raya bersama pen yang baru dibeli dan sekeping nota hitam kecil yang
tertulis '배진영' dibawah hujan lebat.

Sementara seseorang yang juga berada di situ, memperkemaskan lagi hoodie dan topi yang dipakainya lalu beredar kembali ke kediamannya bersama segaris senyuman sinis sentiasa berada di wajahnya.

' Well, we gonna miss you '

to be continued...

BLACK NOTE + LAI KUANLINWhere stories live. Discover now