Mortuary

2.8K 168 13
                                    

Bab 33

Aiman Aklaken terus berlari hingga sampai ke bangunan belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aiman Aklaken terus berlari hingga sampai ke bangunan belakang. Bangunan yang tidak ada lampu langsung menerangi. Aiman Aklaken mengambil nafas. Tercungap-cungap nafasnya apabila sakan melarikan diri dari hantu misi tadi. Aiman Aklaken sempat menoleh ke belakang. Hantu misi tidak mengejarnya. Aiman Aklaken berasa lega. Hanat! Tak pasal-pasal kalah Usain Bolt aku lari. Bapak laju gila aku lari. Fuh! Kata Aiman Aklaken di dalam hati.

Aiman Aklaken memandang pemandangan sekitar. Gelap, sunyi dan sepi. Angin sejuk sesekali menyapa tubuh Aiman Aklaken. Aiman Aklaken mula berasa sejuk sedikit. Dia mengosok-gosok tangannya. Aiman Aklaken membaca papan tanda yang dia nampak.

"Mortuary"

Dengan anak panah ke hadapan. Nampaknya bangunan itu terlalu gelap. Aiman Aklaken merasa merinding. Dia cuba memotivasikan dirinya. Dia perlu tolong Raihan dan Raiqal. Nyawa mereka kini bergantung kepada ubat dan penawar.

"Kenapalah tidak ada tempat lain letak ubat. Kenapa perlu bilik mayat?" katanya lalu mula melangkah.

Tiba-tiba bunyi unggas bersahutan kedengaran. Memecah kesunyian malam. Aiman Aklaken melangkah lemah. Tadi elok sahaja senyap. Ini ada bunyi unggas pulak. Kata Aiman Aklaken di dalam hati. Dia berzikir di dalam hati. Dia menenangkan fikiran. Akhirnya dia sampai di pintu hadapan bilik mayat. Pintu kayu berwarna coklat.

Aiman Aklaken mengambil nafas. Dia menyentuh tombol. Tapi pintu terbuka dengan sendirinya.

Skretttt!

Bunyi pintu berkeriuk kedengaran. Serta-merta Aiman Aklaken menutup mata. Dia takut ada lembaga di hadapan muncul. Tetapi tidak kedengaran apa-apa. Aiman Aklaken membuka perlahan-lahan mata sebelah kiri. Keadaan di dalam memang gelap. Tidak nampak apapun. Aiman Aklaken menyuluh ke dalam. Serta merta dia memalingkan muka.

Di tengah-tengahnya ada ruang katil bedah mayat yang telah berkarat. Dia tidak sanggup melihatnya.

"Aiman Aklaken... selamatkan aku. Tolong.... tolong," permintaan Raiqal terngiang-ngiang di fikirannya.

Celaka! Aku baru nampak ruang katil bedah sudah tak sanggup. Macam mana aku nak ambil ubat dalam peti ais mayat? ALLAH ! tolong aku. Aku hamba yang lemah. Tetapkan semangat aku YA ALLAH. Doa Aiman Aklaken di dalam hati.

Setelah tenang Aiman Aklaken membuka matanya perlahan-lahan. Dia masih nampak katil besi tersebut. Aiman Aklaken melangkah masuk ke dalam bangunan. Hanya ada katil di tengah-tengak ruangan tersebut. Ada beberapa pintu. Aiman Aklaken menyuluh papan tanda setiap pintu yang adanya. Suluhannya terhenti pada pintu di kanan.

"Fridge"

Hanya itu perkataan yang tinggal. Aiman Aklaken yakin di situlah bilik mayat yang menempatkan peti sejuk mayat. Aiman Aklaken melangkah ke pintu.

Dam!

Bunyi pintu utama tertutup dengan sendirinya.

"ALLAHUAKBAR!" laung Aiman Aklaken.

Koc 13Where stories live. Discover now