Short Story #1~

97 14 14
                                    

Sebelum anda baca...

1)Sila baca dahulu sebelum bertanya.

2)Jalan cerita ini adalah rekaan Ayumu semata-mata.

3)Gambar di atas ialah Lulu.

What Has Happened To Lulu?

Suatu masa dahulu

Di sebuah rumah agam

Aku membuka mataku perlahan-lahan.Hanya kelihatan siling bilikku yang gelap.Dengan segera aku bangkit lalu memandang ke arah tingkap bilikku.Sinar cahaya bulan sedikit sebanyak menerangi ruang bilikku yang luas ini.Kedengaran bunyi deruan angin yang memasuki celah tingkap bilikku.Mungkin malam ni akan ribut.

Aku turun dari katilku yang empuk itu lalu mencapai lilin yang ada di atas sebuah perabot.Dengan segera aku menyalakan lilin tersebut dengan mancis.Aku berjalan keluar daripada bilik aku sambil membawa lilin tersebut.Rumah agam keluarga aku ini sememangnya sangat besar.Disebabkan itulah,lorong laluan menuju ke bilik lain juga amat luas...dan sunyi.

Urgh...aku tak suka suasana sepi!Langkah aku dipercepatkan.Hanya satu sahaja destinasi aku! Setiap kali aku terjaga daripada tidur di tengah malam.

Tok tok tok!

Aku mengetuk pintu beberapa kali sebelum membuka pintu tersebut.Kenapa?Sebab aku yakin empunya bilik ini sudah berlayar ke alam mimpi.

"Kak Lulu..."ujar aku perlahan sambil menjengukkan kepalaku ke dalam bilik tersebut.Tiada respons.

Eh?

Aku berjalan masuk ke dalam bilik tersebut.Tiada orang?Mana Kak Lulu?Apa yang sudah terjadi kepada Kak Lu?

"Kak Lu~"Aku memanggilnya sekali lagi.Seperti tadi,tiada jawapan.Apa yang sudah terjadi ni?Aku melihat katil Kak Lulu.Hanya ada anak patung kgemaran Kak Lu.Patung tersebut sememangnya kelihatan lusuh kerana telah lama di simpan oleh Kak Lulu sejak kecil.Sedang aku berjalan menuju ke katilnya,aku terpijak sesuatu di atas lantai.Aku menghalakan cahaya lilin tersebut ke bawah.Ianya hanyalah kasut Kak Lulu.Tapi...

Kenapa cuma tinggal sebelah?

Aku melihat tingkap biliknya.Kenapa daun tingkapnya terbuka luas?Langsirnya pula mengerbang akibat ditiup angin dari luar.Aku melihat pula perabot yang berada di sebelah katil Kak Lu.Perabot tersebut dipenuhi debu kerana telah lama tidak dibersihkan.Hanya ada sebuah bulatan yang bersih daripada debu tersebut.Kejap...

Bukan ke ini tempat yang biasanya peti simpanan Kak Lulu berada?

Dengan segera aku berlari keluar dari bilik Kak Lu dan mencari mak.Aku tahu mesti ada yang tak kena!Aku melihat ruang tamu rumah agamku bercahaya.Mak mesti ada kat situ!Aku mengintai di celahan pintu ruang tamu tersebut.Ya,memang betul mak ada di situ.Tapi...

Aku berjalan menuju ke arah mak.Lilin yang aku bawa tadi diletakkan di atas perabot.

"Mak...kenapa ni?"tanya aku.Mak terkejut dengan kehadiran aku itu lalu memandang aku.Dengan segera dia berpaling.Kenapa dia memalingkan wajahnya dari aku?Dan kenapa air mata mak mengalir di pipi mak?Aku melihat mak merenyukkan sekeping kertas seperti nota di tangan mak.Kemudian mak membakarnya ke dalam pendiang api di hadapannya.

"Mak...kenapa mak bakar kertas tu?"tanya aku penuh curiga.

"Tak de apa sayang..."jawab mak.Kalau betul tiada,kenapa mak tak pandang aku?Dan kenapa air matanya jatuh?Dan kenapa mak bakar kertas tu?Lepas tu cakap tak de apa?Aku menjadi semakin curiga dengan situasi sekarang.

"Mak...malam semalam,saya terjaga sebab saya terdengar sayup2 suara.Lepas tu saya terdengar bunyi enjin dihidupkan..."aku memberitahu apa yang aku dengar semalam kepada mak.

"Tak mungkin sayang...Kamu cuma bermimpi sahaja..."ujar mak.Kenapa?Mak tak percaya ke dengan apa yang aku cakap?Aku yakin yang aku dengar semua tu malam tadi.Tapi kenapa mak kata bahawa semua itu hanyalah mimpi semata-mata?

"Habis tu?Kenapa semalam saya dengar suara tangisan?Tangisan tu pula berbunyi samada dalam kemarahan atau kesakitan..."soal aku lagi.

"Kamu salah dengar tu...Itu hanya lah bunyi deruan angin hujan..."jawab mak.Aku menjadi semakin keliru.Takkan aku salah dengar lagi?Aku hanya mendiamkan diri sambil memerhati mak.Kelihatan mak sedang bermandir-mandir di kawasan ruang tamu itu.

Kalau betul lah apa yang mak cakap selama ni,kenapa mak berjalan ke sana sini?Seolah-olah mak tak tahu nak buat apa?Semakin lama aku menjadi semakin keliru.Apa yang sudah terjadi kepada Kak Lulu,Mak?Apa yang dah terjadi kepada Kak Lu?

The End

Ok!Mesti ramai yang tertanya-tanya kan pasal citer ni?Ok!Biar Ayumu terangkan!

1)Ini ialah dare daripada sapphirerwby

2)Darenya ialah untuk membuat satu cerita pendek berdasarkan poem literature Form 5 iaitu What Has Happened To Lulu?

3)Sebab itu lah watak dalam cerita ni bernama Lulu!Siapa boleh teka apa yang dah terjadi pada Lulu?!

Ini dia poem yang asal!

What Has Happened To Lulu?

What has happened to Lulu,mother?
What has happened to Lu?
There's nothing in her bed but an old rag-doll
And by its side a shoe.

Why is her window wide,mother?
The curtain flapping free,
And only a circle on the dusty shelf
Where her money box used to be?

Why do you turn your head,mother?
And why do the tear-drops fall?
And why do you crumple that note on the fire
And say it is nothing at all?

I woke to voices late last night,
I heard an engine roar.
Why do you tell me the things I heard
Were a dream and nothing more?

I heard somebody cry, mother,
In anger or in pain,
But now I ask you why, mother,
You say it was a gust of rain.

Why do you wander about as though
You don't know what to do?
What has happened to Lulu, mother?
What has happened to Lu?

Ok!Itu sahaja daripada Ayumu.Lepas ni Ayumu akan buat sambungan daripada poem ini pula iaitu 'I Know What Happened To Lulu,Mother'BTW,Ok tak citer ni Kak Ruby?Jaa,matta nee!

Sincerely,

Ayumu Kumiko

Ayumu's Book~Where stories live. Discover now