12

176 19 5
                                    

<Taehyung's P.O.V>

Aku nampak Seokjin datang bersama-sama Hyera. Aku bersiap sedia di sebalik dinding untuk membawa Hyera lari sekali lagi dari situ. Namun, rancangan aku gagal sama sekali apabila Seokjin mengikuti Hyera ke mana sahaja. Aku perhatikan gerak-geri mereka berdua. Bagaimana Hyera memandang Seokjin dengan pandangan pelik apabila Seokjin mengikutnya ke mana sahaja. Bagaimana Seokjin balas soalan yang diajukan oleh Hyera dengan tenang. Bagaimana Hyera tertunduk malu apabila Seokjin mengusap kepalanya.

Berbulu mata aku melihat semua adengan ini. Aku mendengus geram.

Tak guna kau Kim Seokjin. Berambus la sial!

Aku perhatikan mereka. Aku ingat lepas Hyera dah habis kemas buku, dia akan pergi ke kelasnya dan berpisah dengan Seokjin. Sangkaanku meleset sama sekali. Hyera mengekori Seokjin ke lockernya dan mereka jalan beriringan ke kelas. Hati aku panas melihat mereka. Seokjin telah menghantar Hyera sampai ke kelasnya, membuatkan api kemarahanku semakin marak.

Sakai la kau ni Seokjin!

Aku tak dapat menahan kemarahan aku lagi. Belum sempat Seokjin sampai ke kelasnya, aku telah menggenggam lengannya dari belakang dan menariknya jauh dari kelasnya. Memandangkan dia masih terpinga-pinga dengan keadaan dia sekarang, aku dengan senangnya menariknya ke suatu lorong antara kelas dan menolaknya ke dinding. Dia memandang aku dengan dahi berkerut. Aku mencengkam kolar bajunya dan memandang mukanya dengan perasaan marah.

"Kau kenapa haa sebenarnya!?" Aku tak mampu menahan marahku lalu aku hamburkan dalam kata-kataku. Seokjin memandang aku dengan pandangan kosongnya seperti biasa. Dia kelihatan tenang walaupun dalam keadaan sebegini.

"Kenapa dengan aku?" Dengan tenang dia menyoal aku semula. Aku jadi semakin geram lalu aku menolaknya ke dinding lagi.

"Jangan nak pura-pura la! Kenapa kau asyik berkepit dengan Hyera hah!?" Tatkala aku berkata begitu, senyuman sinisnya muncul dibibirnya.

"Kenapa? Tak suka ke?" Walaupun senyumannya dingin sekali, aku tahu dia sangat berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Aku tahu itu senyuman kemenangannya. Aku tahu dia sedang mengejek aku di sebalik dinding riak muka yang dingin itu.

"Jangan nak buat hal! Kau sebok sangat pasal aku dengan Hyera pahal!?" Aku merenung tajam matanya namun dia membalas renungan itu dengan pandangan dinginnya.

"Kan aku dah kata jangan kacau Hyera. Kau yang degil kan?" Dia menjawab dengan tenang, membuatkan aku semakin marah dengannya.

"Kau sebok pahal? Hyera tu girlfriend kau ke?" Apabila dia mendengar soalan aku yang agak pedas itu, riak mukanya berubah sedikit. Aku tahu dia terganggu dengan soalan aku walaupun agak susah untuk mengagak apa yang tengah difikirkannya.

"Sekurang-kurangnya, aku tak kasar dengan dia walaupun aku suka dia," dia menjawab seraya menolak tanganku dari kolar bajunya. Aku agak tersentak dengan jawapan itu, membuatkan aku kaku di tempatku. Seokjin menepuk bajunya lalu beredar dari situ. Sebelum dia melangkah pergi, dia sempat memberikan aku senyuman sinisnya sekali lagi.

Aku hanya mampu memandang dia melangkah pergi dengan perasaan geram. Ya, aku geram. Aku sangat geram dengan budak tak guna tu. Berani dia cakap camtu kat aku.

Kau ingat kau bagus sangat ke Kim Seokjin? Aku tahu la benda jahat yang kau rahsiakan daripada Hyera. Dasar talam dua muka.

Fanboy: Fanfiction Writer [Malay Ver]Where stories live. Discover now