Chapter 41: Kembali

330 39 2
                                    

Yoonji di belakang tirai dewan itu tidak henti menjenguk keluar, menunggu kehadiran Yoongi di kehadiran penonton itu. Dia mengeluh ringan bila dia langsung tidak melihat Yoongi disitu.

Taehyung yang tidak jauh dari Yoonji hanya mampu merenung. Dia faham perasaannya kerana Jimin juga mengalami benda yang sama.

Menanti kehadiran Jungkook yang dari tadi tak tiba-tiba.

"Taehyung, panggil Yoonji jap. Saem nak mekap dia sikit..." arah Jung saem yang merupakan guru pelatih disitu. Taehyung hanya mengangguk, dan berjalan menghampiri Yoonji.

"Yoonji.."

Yoonji menoleh kearah Taehyung dibelakangnya.

"Jung saem panggil. Kau... okay tak?"

Yoonji mengeluh ringan dan kembali mengintai disebalik langsir tu.

"Entah lah Tae. Aku rasa macam nak balik.."

Taehyung membulat matanya mendengar luahan Yoonji tu.

"Hah? Nak balik? Kenapa?"

"Gi oppa takda... aku rasa semangat aku hilang ah."

Taehyung hanya muncung bibirnya, sambil merenung kostum putera yang dia pakai.

"Weyh Yoonji."

"Hmm?"

"Kau rasa, aku hensem tak pakai baju ni?"

Yoonji menoleh memandang Taehyung atas bawah.

"Tak."

"Tak?? Alaaa~ kau tengok ah betul-betul!! Aku hensem kan? Cuba tengok mahkota ni. Awesome tau! Kan? Kan?" kata Taehyung sambil menjongket keningnya.

Yoonji hanya tersengih dan membetulkan mahkota Taehyung yang senget tu.

"Macam ni baru hensem! Tadi mahkota kau senget. Macam tu kau kata hensem?"

Taehyung hanya tersengih dan membetulkan mahkotanya. Matanya terpandang pada satu cekak rambut reben merah dan berlari mendapatkannya. Kemudian, dia menghampiri Yoonji.

"Kau pakai ni. Mesti comel!"

Yoonji merenung cekak rambut itu pelik.

"Tak nak ah! Aku tak comel."

"Kau comel! Kalau tak, kenapa Chim hyung boleh sangkut kat kau en?"

Muka Yoonji merah bila mendengar luahan Taehyung itu. Taehyung hanya tersengih dan kemudian memakaikan cekak rambut itu dikepala Yoonji.

"Nah, kan comel! Cuba kau jenguk kat cermin tu." kata Taehyung sambil menuding jari kearah satu cermin besar.

"Eii taknak la—"

"Pegi pegi pegi!!" Taehyung menolak tubuh Yoonji hingga ke cermin besar itu.

"Kan? Betul tak apa aku cakap? Heheh~"

Yoonji merenung dirinya, sambil tangannya memegang rambut pendeknya. Dia tersenyum simpul, melihat dirinya dicermin tu. Taehyung yang melihat Yoonji tersenyum membuatkan dia turut tersenyum, kerana Yoonji tidak lagi murung.

[C] 𝙱𝙰𝙱𝚈𝚂𝙸𝚃𝚃𝙴𝚁 ; 🄹🄹🄺Where stories live. Discover now