The Trouble Duo

38 13 0
                                    

Sha berada di kelas History nya. Hari ini mereka di tugaskan untuk membuat assignment bersama.

"Sha, Luke dan Lucky! Kalian bertiga sepasukan" seru guru sejarah Sha, Miss Aliza.

"Hello. Saya Luke"

"Saya pula Lucky"

Kedua remaja lelaki 16 tahun itu tersenyum ke arah Sha "Dan kami adalah kembar" ujar keduanya

Sha memandang kedua kembar yang tersenyum misteri ke arah nya. Ia menerima ajakan bersalam dari Luke.

Zzt!

"Ah!"

Dengan cepat Sha menarik tangannya, ia melihat seringai licik dari Luke dan ketawa dari Lucky.

"Hahaha! Kau patut tengok muka kau! Ianya macam 'Mereka pelik lepastu bam! Auch!' Haha! Ianya memang lucu" gelak Lucky.

Sha hanya keliru sebelum memandang ke arah Lucky juga Luke dengan marah.

Gadis yang biasanya baik dan lemah lembut itu paling pantang jika di prank oleh orang.

"Hey! Itu tidak baik!" seru Sha marah.

Luke tersenyum innocent ke arah Sha "Maaf ya, Sha" ujarnya ramah.

'Mereka ini... gila' fikir Sha.

Tanpa menyedari yang lain memandang Sha simpati. Mereka mengetahui kedua kembae itu ialah prankster terkenal sekolah.

'Semoga kau bertahan dengan mereka, Sha' fikir Miss Aliza yang memandang simpati ke arah Sha.

××××

Waktu rehat menjelang dengan pantas meninggalkan seorang gadis 14 tahun sendiri.

Gadis itu ialah Damia yang hanya mampu mengembungkan pipinya kerana baru hari kedua ia bersekolah. Leo dan Alice sudah mengabaikan nya.

Gadis berusia 14 tahun itu menuju bumbung sekolah dengan sedih. Ia merasa sunyi bila Leo dan Alice pergi melakukan hal masing-masing.

Saat pintu di buka yang ia lihat ialah taman kecil dengan beberpa buah kerusi kayu.

"Oh wow! Cantiknya!" Seru Damia kagum.

Gadis itu terus melupakan kemarahan nya kepada Leo dan Alice. Ia melihat sekeliling dan memastikan tiada sesiapa di sana sini.

"Baiklah. Mari kita mulakan"

Bagaikan mempunyai muzik, bunga-bunga di sekitar Damia mekar dengan indah.

Aroma bunga menusuk ke dalam hidung. Damia menikmati aroma bunga dan angin perlahan.

Tanpa ia sedari kedua kembar yang mengintip dengan senyuman licik dan idea prank yang muncul dengan banyaknya.

"Hehe"

Kedua kembar itu ialah Luke dan Lucky. Mereka memandang antara satu sama lain dengan seringai licik bak musang.

"Blackmail" bisik keduanya.

Malang sungguh nasib Damia, rahsia mengenai kuasanya terdedah oleh kdua musang licik bermasalah itu.

××××

Sebaik sahaja masa rehat tamat, Lycera dengan cepat memasuki kelas terakhir nya iaitu kelas Muzik.

Walaupun hari ini adalah hari kedua ia bersekolah. Lycera dapat mengingat dengan baik laluan sekolah nya.

Saat ia sampai di depan pintu terlihat rakan sekelas dan beberapa senior ragu-ragu ingin memasuki kelas tersebut.

"Ano"

Hanabi iaitu rakan sebangku Lycera menoleh ke arah nya "Ah! Lycera! Kau dah sampai" seru Hanabi gembira.

"Kenapa ni?" Tanya Lycera keliru.

"Entahlah. Taoi para senior kata yang The Trouble Duo sudah sampai terlebih dahulu di bilik muzik" ujar.  Hanabi yang sama keliru nya dengan Lycera.

Seorang senior lelaki yang melihat ke arah Lycera mengenalinya "Hey, kau kawan kepada Aron dan Crystal" ujar senior itu.

"Eh?! Y-ya... Senior kenal Aron dan Crystal"

Senior lelaki itu mengangguk "Yeah. Mereka berada di Club kendo dan Club Craft. Nama saya Daichi" ujar Daichi.

"Saya Lycera dan ini Hanabi"

Lycera memandang ke arah Daichi yang hanya tersenyum sebelum melihat ke arah pintu bilik muzik.

Salah satu senior membuka pintu denagn berani walaupun Lycera yakin yang ia sedang ketakutan.

"Yah! Hm? Bag-"

Splash!

Senior itu basah tersimbah air dari baldi oleh kedua kembar itu. Yang lain berundur ke belakang dan hanya mampu memandang simpati.

"Hahah! Satu lagi mangsa!" Gelak Luke ceria.

"Yeah! Hari ini kita ada tiga mangsa untuk esok kita oerlu cari mangsa yang lain!" Seru Lucky ceria.

Lycera hanya memandang kedua kembar itu seakan-akan mereka gila. Ia membayangkan dirinya di kenakan oleh kedua orang kembar bermasalah itu.

'Sekolah ini... lebih menakutkan dari ibu' fikir Lycera.

××××

"Ara~ara~nampaknya mereka terlihat berseronok" ujar Violet dengan seringai.

"Sudahlah Violet" ujar Oliver yang duduk de sebelah Violet.

"Kau sudah menjumpai lokasi Winter Guardian?" tanya Zac melirik Ifwan.

Pemuda yang menatap komputernya hanya melirik Zac seketika "Tidak. Nampaknya Shu dan Lisa bertindak memasang pelindung kepada Winter Guardian" jawab Ifwan.

Dolly yang sedang bermain dengan anak patung nya melihat ke arah Zac. Senyuman innocent mengerikan muncul di bibirnya.

"Ni~ni~ni~ Zac, saya lapar... nak daging boleh?" Tanya Dolly.

Zac menepuk pelan kepala Dolly sebelum berdiri menuju hutan untuk mencari daging segar bagi ahli termuda mereka.

"Oh? Makan malam, aku ikut! Aku memerlukan koleksi tulang haiwan yang baru!" Seru Violet dengan senyuman Yandere.

Ifwan beralih dari melihat komouter ke arah Zac "Bawa pulang darah unicorn untuk Dark Master" pesan Ifwan.

Oliver hanya diam dan bermain anak patung bersama Dolly sebelum anak perempuan itu menjadi gila.

TBC

Akemj kembali dengan cerita baru. Maaf ya, Akemi sangat sibuk sejak akhir-akhir ini di tambah lgi terdapat beberapa masalah dengan telefon Akemi.

Jadi Akemi tidak mampu menulis chapter baru. Maaf kalau chapter ini tidak menarik.

Akemi akan cuba menulis untuk cerita lain (jika Akemi memounyai ilham baru).

Harap kalian bersabar dengan Akemi dan tetap menunggu cerita Akemi yang lain. Jaa~

The Season GuardiansWhere stories live. Discover now