Ep16

115 13 0
                                    

"Mimpi je rupanya" Jaehyun terbangun daripada tidur.
Matanya digosok banyak kali.

Dia melihat semua orang yang sedang menunggu di luar bilik pembedahan.

Doyoung dan yang lain sudah lama masuk ke dalam alam mimpi.

Jaehyun memutuskan untuk pergi ke kantin hospital untuk membeli minuman kerana rasa haus. Dia juga mahu membelikan kopi untuk yang lain.

Semasa sedang minum di kantin hospital. Jaehyun ternampak salah seorang pelajar kelasnya iaitu Sorn.

"Sorn!" Jaehyun bangun dari kerusi dan datang dekat.

Sorn terus menoleh ke belakang.

"Cikgu Yoon Oh? " Sorn terkejut.

                     

"Jadi, sebab itu lah kamu tak datang sekolah?" Soal Jaehyun kepada Sorn yang sedang duduk di hadapannya.

"Kakak saya baru meninggal.." Sorn menangis dan Jaehyun memberikan tisu.

"Kamu dah takde siapa-siapa lagi ke?" Jaehyun turut rasa bersimpati.

"Saya masih lagi ada ibu bapa dan abang" Sorn tersedu-sedu kerana terlalu lama menangis.
Ketika mereka berdua berborak tiba-tiba nama Sorn dipanggil seseorang.

"Sorn! Tau tak abang cari adik merata tempat? " Marahnya.

"Maafkan adik" balas Sorn lalu menunduk.

"Ten? " Teka jaehyun setelah mengamati wajah betul-betul.

"Jae..Jaehyun? " Ten juga terkejut.

Sorn berasa pelik . Banyak persoalan muncul di dalam otaknya.

Abang dan cikgunya kenal antara satu sama lain?

Kenapa abang dia panggil cikgunya Jaehyun sedangkan namanya sebenarnya Jung Yoon Oh?

"Ten, duduk dulu" pelawa Jaehyun.

Mereka bertiga duduk semula dan berbual kosong. Masing-masing kekok sehingga tidak tahu apa yang diborakkan.

"Abang kenal Cikgu Yoon Oh?" Soal Sorn yang kehairanan dengan Jaehyun dan Ten.

"Dia cikgu kau ke? " Ten pula yang menanya soalan kepada Sorn.

Sorn mengangguk.

"Sorn cakap kat aku Lalisa meninggal . Aku tak tahu pun . Takziah aku ucapkan " Jaehyun turut berasa sedih.

"Dia meninggal dunia malam tadi" Air muka Ten berubah menjadi muram.

"Aku taktau pun sejak bila dia masuk hospital" Jaehyun menepuk bahu Ten supaya rasa sedihnya hilang.

"Aku ada bagitau kat Kun. Aku dah pesan suruh bagitau kau. Dia lupalah tu"

"Sorn ada satu soalan! kenapa abang panggil dia Jaehyun? " Sorn tiba-tiba menyampuk perbualan orang-orang tua.

"Jaehyun tu nama panggilan cikgu" balas Jaehyun kemudian usap rambut Sorn.

"Weh, aku pergi dulu tau nanti abang aku cari pulak nanti " Ujar Jaehyun lalu meninggalkan mereka berdua.

"Selamat tinggal cikgu" Sorn melambai-lambai kepadanya.

++++

[Ten POV] 

"Abang Chittaphon. Siapa cikgu dengan abang? Adik tengok rapat betul dengan dia"

"Oh. Dia kawan dengan abang sejak sekolah lagi. Dia ada tiga adik-beradik. Dia anak bongsu tapi diorang sama mak berlainan bapa tetapi diorang tetap adik-beradik kandung. Bukan tiri" Aku pegang tangan Sorn dari tadi.

"Boleh pula macamtu? Adik tak tahu. Ingatkan adik-beradik tiri. Tapi adik dah lama belajar dengan dia pun tak banyak tahu pasal dia"

Aku tersenyum dan naik tangga dengan dia.

"Dia tu memang kuat berahsia dari dulu tapi dia jenis yang gila-gila dalam kelas kan? Masa abang sekolah dulu. Banyak kali cikgu halau dia keluar dari kelas sebab menganggu, dia suka buat lawak bodog "

Eh, aku sebut bodoh ke bodog?  Lantaklah

"Yang abang sebut tu.. Kun.. Kunyit? Dia kawan juga dengan cikgu? "

Kesiannya betul nama asyik salah disebut ni. Bertabahlah wahai anak Qian.

"Abang Kun? Haah, dia kawan dengan Jaehyun juga. Adik-beradik dia pun berkawan dengan Abang Kun. Senang citer kitaorang ni saling kenal antara satu sama lain juga" Balas aku dan Sorn hanya meng'oh'kan.

Tiba-tiba Sorn tukar topik dan membuat aku tergaru-garu kepala.

"Tapi apa yang cikgu buat kat hospital. Siapa yang sakit sebenarnya? "

"Hmm..." Aku kehabisan kata dan Sorn pandang muka aku dengan seram.

"Heh.. Abang tak tahu. Mungkin dia nak melawat kenalan dia yang sakit ke? Who know right? Hahaha" 

"Iya ke? Muka dia macam tak cukup tidur je. Mungkin dia jaga abang dia ke? " Sorn membuat andaian dan cubit tangan aku.
Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kita dah sampai. Kalau mama dengan papa tanya kenapa kita lambat. Cakap terserempak dengan cikgu tau? " Aku terpaksa bungkukkan badan.

Sorn mengangguk faham.

[End Ten POV]

-TBC

Without You | 견딜만해 | Moon Taeil Where stories live. Discover now