CHAPTER 8

64 4 1
                                    

#BeyondTheDimensionsSeason2

#UnbreakableBond

Yairus terus melagkah sambil meraba raba dalam kegelapan. Dia berusaha mencari cahaya di sebalik kegelapan yang dilaluinya. Dia terus berjalan.

“Haidron!” kedengaran laungan kuat bergema dalam ruangan itu. Yairus berhenti seketika. Haidron? Apakah itu? Hatiny bertanya. Dia terus meraba lagi. Kali itu dia terasa seperti menyentuh dinding. Dia tidak mampu melihat apa-apa.

“Haidron...!” Laungan itu kedengaran lagi. Seperti suara seorang wanita memanggil anaknya. Yairus memegang jantungnya yang berdegup kencang. Seperti merasakan sesuatu. Apakah perasan itu? Rindu? Terharu? Anehnya....

“Haidron anakku...!” Sekali lagi laungan kedengaran. Yairus semakin mempercepatkan langkahan kakinya.

Tiba-tiba di satu sudut, dia melihat beberapa ekor kelip-kelip berterbangan. Dia merasa aman sedikit. Dia menghembuskan nafasnya. Kelip-kelip itu kemudiannya berterbangan menuju ke arahnya sambil mengelilingi tubuhnya. Kelip-kelip itu seterusnya terbang di satu arah. Seperti seakan-akan faham dengan reaksi kelip-kelip itu Yairus terus melangkah mengikuti jejak mereka. Yairus terus melangkah mengikuti kejak kelip-kelip tadi dan tidak jauh dari situ dia dapat melihat cahaya. Dia tersenyum, lega. Dia mempercepatkan lagi langkahan kakinya menuju ke arah cahaya itu. Dia semakin mendekati cahaya itu. Rupanya cahaya itu adalah jalan keluar dari tempat itu dan tempat itu adalah sebuah gua. Dia terus keluar dari situ.

“Haidron...anak...”

Dia terkejut melihat seorang wanita sedang melutut sambil memeluk seorang budak lelaki dalam sekitar 10 tahun. Wanita itu menangis sambil mencium muka anak itu. Yairus merasa sesak tiba-tiba. Air matanya mengalir keluar dari pipinya.

“Ina...” Dia secara spontan menyebut perkataan itu. Ina? Hatinya tidak mengerti. Dalam masa yang sama, kelihatan seorang wanita tua berambut putih menghampiri mereka. Pakaiannya pelik sekali. Berwarna hitam dipenuhi manik-manik berwarna warni berkilauan. Wanita yang sudah berusia itu lantas memegang kedua belah bahu anak itu sambil merenung ke dalam matanya. Yairus memejamkan matanya. Dia hairan. Kenapa perkara yang baru dilihatnya sebentar tadi seperti pernah berlaku dalam dirinya? Dia merasa pelik.

“Odu...aku serahkan Haidron anakku padamu...” Kata wanita tadi sambil berdiri. Dia memalingkan tubuhnya Seperti hendak berlalu pergi.
“Ina...” Anak yang dipanggil Haidron itu dengan pantas memeluk erat tubuh wanita itu dari belakang. Yairus merasa sedih sekali. Dia memegang dadanya yang sebak sambil duduk di atas batu. Dia menangis semahunya sepertinya dia merasakan kesakitan yang dialami oleh anak itu. Wanita itu menolak bahu Haidron lalu berlari meninggalkan dia di situ. Haidron menangis sambil menjerit...
“Ina....Ina...!” Wanita yang sudah berusia itu lantas memeluk erat tubuh Haidron. Haidron memeluk Wanita berusia tadi. Tangisannya reda sedikit.
“Seorang pahlawan perlu kuat. Ina pasti akan merasa gembira dan berbangga mempunyai anak yang cerdik dan gagah sepertimu, anak...” pujuk wanita itu.

“Odu...kenapakah Ina meninggalkan aku di sini? Adakah mereka tidak menyayangi ku lagi?” Anak kecil itu bertanya ambil teresak esak. Tangisannya masih berbekas.

“Kau ada tanggungjawap yang berat Haidron.” Kata wanita yang dipanggil Odu itu. Haidron mengesat airmatanya. Odu membawa dia disuatu tempat.

Yairus tetap mengikuti jejak mereka. Yairus berasa hairan. Kenapa mereka tidak menyedari akan kewujudannya? Dia mendekati mereka dan cuba untuk menyentuh Haidron tapi usahanya gagal. Siapakah dia di alam itu? Adakah dia sedang bermimpi? Yairus semakin hairan.

“Anak...ini untuk mu. Odu buat istemewa untukmu.” Odu itu kemudiannya menyerahkan sebilah parang panjang pada Haidron. Haidron memegang parang panjang itu. Walaupun dia tidak mampu mengangkatnya tinggi tapi parang itu seperti bersinar sinar disaat Haidron memegagnya.

“PARANG SAKTI PARANG KERUALA...BECANTUMLAH DENGAN TUBUH HAIDRON DAN KAMU AKAN MENJADI SATU...”

Sebaik sahaja Odu itu mengucapkan kata-katanya, parang itu meresap dalam tubuh Haidron. Haidron memejamkan matanya sambil memegang tangan kanannya. Dia menjerit kesakitan namun beberapa saat kemudian dia sudah kembali stabil.

“Kau harus pandai mengawalnya Haidron. Kau harus belajar dari sekarang” Ujar Odu itu lagi. Yairus memandang tapak tangan kanannya. Dia menggenggam tangan itu. Terasa panas menguasi tubuhnya. Dia melepaskan geggaman tangannya. Dia kembali normal. Yairus lantas melihat Haidron yang sedang berusaha menggenggam tangannya. Odu hanya memerhatikannya. Parang itu keluar dari tapak tangan Haidron.

Yairus tetap memerhatikan Haidron yang sedang bermain dengan parangnya. Bila tangannya digengam, parang itu akan muncul sendiri dalam genggamannya. Seperti melihat wayang x-man.

Dia menggeling-gelingkan kepalanya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat matanya saat itu. Beberapa saat kemudian. Pandangan Yairus pada Haidron semakin kabur. Haidron lenyap dari pandangan Yairus. Pandangannya kabur serta merta.

Yairus membuka matanya perlahan-lahan.
Dia menyedari dirinya berbaring di atas sebuah batu. Dia bingkas bangun.

“Anak...kau sedar juga akhirnya...” Yairus terus memandang ke arah suara itu.

“Odu..” Dia seperti mengenali wanita berusia itu. Wanita itu tersenyum ke aranya.

“Haidron...”

“Erm...saya Yairus...” kata Yairus tapi hairan kenapa Odu memnggilnya Haidron? Dia bingung seketika.

“Kau Haidron...Rohmu amat merindui dunia ini. Kau Haidron anak Pogil.” Ucap Odu.

“Aku Tosundu. Kau mesti telah melupai kami. Tapi Rohmu tetap merayu ingin kembali. Tubuh yang kau ada sekarang adalah tubuh seorang lelaki yang sudah meninggal dan dalam masa yang sama Tubuh itu amat sesuai dan serupamu anak...” Terang Odu Tosundu panjang lebar. Dia anak Pogil? Siapa Pogil? Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran Yairus.

“Manis adalah nama ibumu. Odu sengaja mengingatkanmu akan kenangan pahit itu disaat ibumu meninggalkan kau padaku.” Sambung Odu. Yairus menatap wajah tua Odu Tosundu.

“Odu...Betulkah apa odu cakap?” Yairus bertanya. Dia tidak mampu mengerti akan kata-kata odu tadi tapi kenapa dia merasakan semua apa yang Haidron alami? Odu tersenyum melihat wajah Yairus yang dipenuhi tanda tanya.

“Kau pasti mencintai dia kan?” Persoalan itu membuat jantung Yairus bergetar. Harabelle? Adakah Harabelle yang Odu maksudkan?

“Dia amat cantik seperti Ibumu bukan?” Ujar odu lagi. Yairus terus mengingati wajah wanita yang melutut sambil menangis tadi. Ya. Ibu Haidron. Harabelle agak mirip dengan wanita itu.

“Tapi Odu...Harabelle...”

“Odu tau...Rohnya terkurung di dasar lautan dan akan dijadikan Dewi dalam tempoh masa yang singkat. Kau harus menyelamatkannya.” Balas Odu Tosundu. “Sekirannya kau terlambat, dia tidak akan lagi mengingati apa-apa. Tiada cara lain, Haidron. Kau harus menyelamatkannya.” Sambung Odu tosundu lagi. 

“Kenapa aku boleh berada di dunia mereka odu?” Yairus masih ingin bertanya. Sikap ingin tahunya begitu dalam. Dia belum mengerti dan amat terkejut.

Yairus yang sebenar rupanya sudah meninggal dalam kemalangan trajis beberapa tahun lalu. Wajarlah kalau dia tidak mengingati apa-apa semasa umurnya masih kecil. Kehilangan memori bukan kerana kemalangan seperti mana yang disahkan doktor serta diberitahu Ibu dan bapanya tetapi dia hanya meminjam tubuh itu sebagai cara untuk mendekati dan mengenali Harabelle dan seterusnya akan menyelamatkan dia....

“Aku akan menceritakan tentangmu lebih lanjut lagi, anak. Kau harus ingat bahawa dalam tubuhmu itu tertanam sebilah parang yang mempunyai sakti. Parang sakti itu tidak akan muncul sekirannya kau tidak mengetahui asal usulmu.” Ujar Odu Tosundu lagi. Yairus duduk di bangku batu lalu melihat tangan kanannya. Dia cuba mengenggam tangan itu seperti
Haidron menggenggam tangannya. Dadanya dirasakan panas sekali.

“ARGHHHH!” Yairus meraung kesakitan. Dia memejamkan matanya.....

Bersambung....

Beyond The Dimensions Season 2 Unbreakable Bond (COMPLETED) Where stories live. Discover now