Khasiat Pokok Bijan Hitam

374 1 0
                                    

Khasiat pokok bijan  hitam

Khasiat yang diberikan oleh bijan  hitam terutamanya bijinya amat banyak.

Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikan kapada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limpa, usus dan hati.

Biji bijan hitam dikatakan kaya dengan besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, mangan, fosforus, protein, vitamin E, vitamin B1, serat, dan asid phytic

.  Biji bijan  hitam juga mengandungi dua bahan unik iaitu sesamin dan sesamolin.

Kedua-dua bahan ini termasuk di dalam kumpulan serat istimewa yang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkan kolestrol kepada manusia, dan untuk mencegah tekanan darah tinggi dan meningkatkan bekalan vitamin E terhadap haiwan.

Sesamin juga dikatakan mampu melindungi hati daripada kerosakkan oksidatif.  Komponen ini juga merupakan sumber baik omega-6, dan asid lemak mono tak tepu yang berupaya mencegah pembentukkan selaput pada arteri dan menganjalkan kulit.

Mantapkan payudara
Bijan hitam amat kaya dengan arginine.

Oleh itu bijan hitam membantu menghalang pembentukkan tumor, membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang, dan mampu memperbaiki sistem imun.

  Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kesuburan.

Biji bijan. Hitam juga amat berkesan dalam pembesaran dan pemejalan payudara wanita.

Biji bijan hitam ini boleh dimakan apabila dicampur dalam makanan atau minyaknya boleh disapu pada payudara.

Minyak bijan hitam turut mempunyai kesan laksatif atau penjulap.  Minyak ini juga banyak digunakan dalam kosmetik terutamanya dalam penghasilan sabun.

Bagi mereka yang mengalami masalah cacing dalam usus, dengan memakan biji bijan hitam mampu menghapuskan cacing ini dan mengeluarkannya daripada usus.

Kebaikan-kebaikan lain biji bijan hitam untuk kesihatan ialah ia membantu pencernaan, merangsang peredaran darah dan sistem saraf.

Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian, biji bijan hitam yang kaya dengan sumber besi dan zink amat sesuai diambil kerana ia mampu menambah jumlah zat besi dan zink dalam tubuh akibat kurangnya pengambilan protein daripada makanan berdaging.

Herba ini juga dikatakan memiliki ciri-ciri antireumatik dan antikanser.

Apabila biji bijan hitam telah diekstrak menjadi minyak, ia boleh digunakan untuk merawat jangkitan gusi.

  Minyak ini juga mampu digunakan untuk merawat periodontitis atau penyakit pada gusi.

Caranya adalah dengan menyapu dua hingga tiga titis minyak ini pada gusi di waktu malam, terutamanya selepas menggosok gigi.

Gusi perlu digosok dengan perlahan dan rawatan ini perlu diulang setiap malam dalam jangka masa minima tiga bulan.

Minyak biji bijan hitam boleh digunakan untuk masalah kulit terbakar akibat terdedah pada matahari.

Jika anda menyapu minyak bijan hitam pada kulit sebelum berenang di dalam air berklorin di dalam kolam renang, ia mampu melindungi kulit daripada kesan klorin dalam air kolam renang.

Minyak bijan hitam juga berupaya mengurangkan kesan yang disebabkan oleh terapi radiasi dan meneutralkan radikal bebas oksigen selain mampu menghalang pertumbuhan malignan melanoma.

  Jika disapu pada kulit berkedut, minyak ini boleh mengurangkan kedutan di wajah.

Bagi mereka yang mengalami masalah tumit kaki merekah, sapukan minyak biji bijan hitam pada tumit selepas membersihkannya setiap malam sebelum tidur.

Dalam pada itu daun pokok bijan hitam yang kaya dengan bahan bermusilaj jika dicampurkan dengan herba lain dan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan kolera.

Petua Alami Warisan TradisiWhere stories live. Discover now