7

140 21 0
                                    

*waktu malam*

Setelah tamat aktiviti kemuncak pada malam itu di gunung iatu membakar unggun api, semua peserta balik ke khemah untuk tidur, kecuali aku. Aku mencuri masa untuk duduk di hujung puncak untuk mnghirup udara malam di puncak gunung itu.

Sedang aku leka melayan perasaan, tiba-ii aku dapat merasakan seseorang duduk tidak jauh 1 meter dari tempat aku duduk. Dari sudut darjah pandanganku, aku dapat lihat Kai yang duduk di sebelah aku.

Aku berasa takut, tapi bercampur baur dengan rasa bahagia bila dekat dengannya. Selepas peristiwa tadi, aku sangat yakin bahawa Kai bukan datang dari dunia ini. Warna kanta matanya bertukar. Dia bergerak pantas dan dia juga mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sungguh, dia bukan manusia biasa.

"Awak sangat pelik. Semua orang mengelak daripada awak. Beritahu saya, siapa awak sebenarnya?" Aku memberanikan diri bersuara kepadanya. Dia memandangku. Kemudian dia menundukkan kepalanya.

Adakah dia akan bertukar? Aku melihat bulan pada malam ini yang sedang mengambang. Aku berasa sangat takut. Aku hanya mampu memejamkan mata.

[Complete✔] Wolf's Love Never Die [Short Ver.]Where stories live. Discover now