EP 02

94 13 11
                                    

Puan Lee dan Tuan Lee sedang bersarapan. Gwen menuruni anak tangga menuju ke dapur. Tanpa mempedulikan Tuan Lee dan Puan Lee, Gwen membuka peti ais dan mengambil botol air. Roti di atas meja terus di masukkan ke dalam mulut. "Gwen.." Langkah Gwen terhenti. "Kamu tak nak makan sekali dengan--"

"Aku dah lambat." Gwen terus keluar dari rumah. Tuan Lee mengeluh lemah. Puan Lee memegang bahu Tuan Lee. "Nanti ok la tu..."

"Ni semua salah kita, kita tak ada masa untuk Gwen." Puan Lee mengusap lembut belakang tangan Tuan Lee. "Apa kata kita sekeluarga bercuti hujung minggu ni. Mesti Gwen suka." Tuan Lee mengangguk. "Idea yang bagus."

-SEKOLAH-

Gwen melangkah masuk ke dalam kelas dan duduk di tempatnya. Mina yang duduk di sebelah Gwen terkejut bila melihat luka-luka pada tangan Gwen. "Kau gaduh dengan sapa?!" Gwen hanya mendiamkan diri. Suara Mina menarik perhatian rakan sekelas yang lain. "Gwen gaduh?!!" Jerit Dahyun dan Chaeyoung. Nayeon memegang dagu Gwen membuatkan Gwen mendongak. Wajah Gwen di teliti. "Ayah kau kan?" Gwen menepis lembut tangan Nayeon dan mengangguk. Yang lain mengeluh. "Ayah kau ni kan...tak boleh ke berbincang secara matang. Perlu ke sampai nak pukul kau macam ni." Kata Jeongyeon sambil mengusap rambut Gwen. "Tak payah risau pasal aku, aku okay. Dah biasa.." Jawab Gwen, senyuman diukir. "Kesian kau..." Sana memeluk erat tubuh Gwen.

"Cikgu Han dalam perjalanan!!" Jerit seorang pelajar lelaki. "Dah pergi duduk." Arah Gwen.

-Kantin-

Gwen tak ada mood untuk membuli sesiapa. Dia masih marah tentang kejadian malam semalam. Sedang Gwen makan dia terasa ada sesuatu yang bergesel-gesel pada kakinya. Gwen menunduk. "Arnab? Sejak bila sekolah ni ada bela arnab? Ehh?! Kaki dia luka lah." Belum sempat Gwen menyentuh arnab tersebut, arnab itu melarikan diri. "Arnab tunggu!" Gwen mengejar arnab sehingga ke bangunan belakang sekolah, iaitu tempat larangan bagi pelajar-pelajar.

Nafas Gwen tercungap-cungap. "Tu pun kau, kalau ye pun bagilah aku rawat kau dulu." Gwen berjalan kearah arnab, arnab itu duduk di perigi. "Duduk diam-diam...nanti kau jatuh..." Arnab itu hampir terjatuh, cepat-cepat Gwen lari dan menangkap arnab itu. Tapi sayangnya, Gwen dan arnab itu terjatuh ke dalam perigi. "Ahhhhhhhhhh!!!" Gwen masih memeluk arnab itu.

BUSH!!

Pandangan Gwen menjadi kabur...

TBC-;

Pls vote dan komen. Bukannya susah pun kan

Hope readers suka ff ni..abaikan typo..

goodgaltaemin BTS_eunji taeainiel yoongie130612

[Random Tags]

Dipersilakan baca ff ni. Jgn lupa vote dan komen.

WITCHES + JJKUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum