Sebaik karim dan orang-orang itu telah jauh meninggalkan rumah itu,sesusuk tubuh yang hanya nampak bayangan nya saja keluar dari tempatnya bersembunyi.Dia kemudian berjalan dengan langkahnya yang panjang-panjang namun teratur.Dia berjalan cukup berhati-hati untuk tidak diketahui sesiapa pun.Bila dia merasa curiga terhadap sesuatu,dia pun menghentikan langkahnya disebalik bayangan pokok-pokok.
Langkah sesusuk tubuh yang hanya nampak bayangan hitam itu melalui jalan kampung yang telah lengang.Penduduk kampung tiada nampak jalan di jalanan yang tengah lengang dan dalam keadaan hari telah malam ini.Biasanya yang berjalan hanya mereka yang menjaga kampung yang meronda sebanyak empat orang.
Demikianlah.Empat orang yang jaga kampung sedang berjalan dijalanan kampung itu sambil sesekali menggunakan lampu suluhnya untuk menyuluh rumah seseorang atau halaman samping rumah.Kadang-kadang mereka mengingatkan kepada penduduk yang telah tertidur tapi terlupa menutup pintu tingkapnya.
Setelah keempat orang jaga kampung itu cukup mereka berkeliling sambil meronda,mereka pun kembali kerumah jaga yang terletak ditepi jalanan kampung itu.Setelah mereka sampai dirumah jaga,kemudian digantikan oleh yang dirumah jaga itu.Demikian mereka terus bergilir.
Rosnah merasakan yang hawa begitu panas dan tak membolehkan dia cepat tidur.Tuan hamid telah tertidur dengan nyenyaknya dengan selimut menutupi separuh tubuhnya.Tergerak hati rosnah untuk membuka tingkap.Maka dia pun bangkit kemudian berjalan kearah tingkap untuk membukanya.
Tingkap cermin itu berlapis kain langsir.Disingkap nya kain langsir itu sehingga mata rosnah melihat sebentuk wajah yang mengerikan dan menakutkan.
"Aaaaaa...."Jerit rosnah ketakutan dengan mata yang membulat.Tuan hamid segera bangkit bila mendengar jeritan itu.Dia nampak rosnah berdiri ditingkap itu.
Tuan hamid segera menghampiri rosnah kemudian ikut melihat disebalik tingkap itu.Tiada sesiapa pun yang berada diluar sana.Tuan hamid segera membimbing rosnah ke tempat tidur kembali.
"Apa yang terjadi yang?"Soal tuan hamid meredakan ketakutan rosnah.
"Sa...saya na..nampak wajah pucat dengan sebelah mata dan ianya sungguh menakutkan.Tu...tulang mulutnya nampak."Jawab rosnah sambil menggambarkan keadaan makhluk yang dilihatnya.
Setelah rosnah kembali ketempat tidurnya.Tuan hamid memeriksa segala pintu-pintu yang ada dibiliknya.Dia pun melihat kearah luar tapi tidak nampak apa yang dilihat oleh rosnah.Puas tuan hamid memeriksa bilik tidurnya setelah mengesyaki sesuatu tetapi tiada menemui apa-apa.Akhirnya dia kembali berbaring disisi rosnah.
"Tiada sesuatu diluar sana."Bisik tuan hamid.
Rosnah tidak menjawab,tetapi ingatannya tidak lepas dari mengenang apa yang baru disaksikan disebalik tingkap cermin itu.Sebentuk wajah yang menggambarkan tengkorak manusia dilapisi daging nipis yang telah reput.
"Apa yang membuat mu menghampiri tingkap itu?"Soal tuan hamid dengan berbisik.
"Udara terlampau panas.Saya nak buka tingkap cermin itu."Jawab rosnah.
"Engkau baru saja membayangkan mimpimu antara sedar dan tidak."
"Entahlah...tapi saya rasa saya tidak dalam keadaan mengigau.Benar-benar disebalik tingkap cermin itu sesusuk tubuh berdiri dan wajahnya oh.."Kata rosnah ketakutan.
Tuan hamid kembali memjamkan matanya untuk membolehkan dia cepat tertidur lagi.Namun rosnah masih mengarahkan pandangannya ketingkap cermin itu atau ke sudut ruangan.Dia syak kalau-kalau lembaga yang dilihatnya itu berada didalam bilik ini.Maka dia pun masih memerhati benda-benda yang dalam bilik.Benda-benda itu tiada bergerak kerana tiada kene sentuh sesuatu.
Akhirnya rosnah memejamkan matanya lagi dan cuba membuang ingatan yang menghantuinya.Hanya beberapa saat rosnah memejamkan matanya.Ketika telinganya mendengar sesuatu suara yang halus,dia pun mula terjaga lagi.permandangan matanya kemudian memeriksa segenap penjuru dalam biliknya.
"Ah.."Kata rosnah tanpa sedar ketika matanya melihat bayangan hitam disebalik tingkap cermin itu.
"Bang..bang..saya takut."Kata rosnah sambil jari-jari tangannya menggoncang-goncang tubuh tuan hamid.Tuan hamid dah mula terlena didalam tidurnya maka dia pun malaslah membuka matanya.
"Bang..bangunlah.."Tangan rosnah menarik selimut tuan hamid.
"Apa lagi nih..."Kata tuan hamid.
"Ros nampak bayangan hitam disebalik tingkap itu."Kata rosnah.
"Mana ada.."Kata tuan hamid sambil menarik selimutnya untuk membungkus tubuhnya sampai keseparuh dadanya.
Tetapi tuan hamid pun segera bangun juga kerana jari-jari rosnah menarik-narik selimut itu.Tuan hamid pun mendengar juga bunyi desis diluar rumah.Tapi itu hanya bunyi angin yang sedang bertiup.
"Apa yang kau nampak ros?"Soal tuan hamid.
"Sa...saya nampak suami saya."Jawab rosnah dengan ketakutan.
"Apa?Kau nampak kimin.Kimin sudah lama tiada.Dia telah mati tak tentu rimbanya.Kini kau telah jadi isteriku,jangan pikirkan perkara-perkara karut yang membebani hidupmu."Kata tuan hamid sambil memerhati sekeliling ruangan yang ditempati.
Kerana tak sedap hati,tuan hamid terus turun dari katilnya dan dia benar-benar memeriksa keadaan dalam biliknya.Pintu-pintu semua telah terkunci dalam keadaan yang baik.Lampu minyak peninggalan keluarga belanda itu,dibesarkan sedikit nyalanya,sehingga cahayanya cukup menerangi sebahagian dari ruangan tidur tuan hamid.
Walau bagaimana pun tuan hamid cuba menyakinkan rosnah itu hanya khayalnya saja,namun rosnah tidak dapat melelapkan matanya walau pun barang sekejap.Tuan hamid suaminya telah pun berbaring lagi disampingnya dan memberikan senyuman sebelum menidurkan dirinya.Tak lama kemudian tuan hamid telah tertidur.
Bila rosnah melihat suaminya tertidur dengan mudah,dia pun mencuba untuk tidur dengan segera yang boleh.Diambilnya bantal peluk dan diletakkan diatas kepalanya sehingga kepala rosnah terbenam kedalam bantal itu.Rosnah belum memejamkan matanya,tanpa menyedari sesuatu benda bergerak dilubang angin.Benda itu adalah keratan tangan yang keluar dari lubang angin didinding sebelah atas.
Keratan tangan itu kemudian terjatuh dan tersangkut di kain langsir.Disitu lah dia bergantung dengan kuku-kukunya yang tajam.Dengan gerakan lambat keratan tangan yang mengerikan itu turun ke lantai.Dari lantai tangan itu terus merayap lagi menuju ke arah pintu.
Kemudian berusaha naik dengan membenamkan sedikit kukunya,didaun pintu itu.Kadang-kadang menimbulkan bunyi bagai kucing yang sedang mencakar papan.Demikian lah cakaran tangan itu mencuba bergerak didaun pintu itu.Akhirnya dia berjaya mencapai duan selak pintu dan menariknya.Tak lama kemudian gagang pintu berpusing yang digerakkan dari luar.
Sedikit demi sedikit daun pintu itu terbuka.Bila daun pintu terbuka,disaat itu rosnah membuang bantal yang menutupi wajahnya.
"Bang..."Suara rosnah kuat mengejutkan tuan hamid.Tuan hamid segera bangun dan ikut memandang pintu bilik yang telah terbuka itu.
"Tidak mungkin ros..."Kata tuan hamid setelah dapat menguasai dirinya dari rasa mengantuk.Dia pun turun dari katilnya kemudian menuju kepintu itu.
Dari pintu itu tuan hamid mencuba melihat dikegelapan ruang tamu,kerana pintu bilik tuan hamid berhubung dengan ruang tamu yang luas itu.Dengan menggunakan lampu suluh,tuan hamid dari tempatnya berdiri menyuluh disekitar ruang tamu itu.
"Aku rasa aku telah memeriksa bahwa selak pintu ini dalam keadaan terkancing.Macam mana ia boleh terbuka?"Fikir tuan hamid dalam hatinya.Didinding ruang tamu itu berbagai macam hiasan tergantung disitu,termasuk kapak lama yang pernah digunakan dizaman gladiator roma masa lalu.
Tuan hamid mengambil kapal lama itu kemudian dengan sebelah tangannya memegang lampu suluh dia mula berjalan didalam kegelapan ruang tamu yang luas itu.Bila tuan hamid sampai dibawah lampu gantung,dia menurunkan lampu itu dan menyalakan lampu minyak gantung itu.Lampu dinaikkan kembali.Kini ruang tamu yang luas itu telah diterangi oleh cahaya lampu gantung.
Kedua-dua tangan tuan hamid kini memengang tangkai kapak itu.Pandangan matanya kemudian merayap menatap dengan teliti setiap benda-benda yang ada dibilik tamu rumah bekas keluarga belanda itu.Ruang itu begitu luas sehingga cahaya lampu itu tak cukup untuk menerangi sampai kesudut ruangan.Namun itu sudahlah cukup bagi tuan hamid untuk mengesan sesuatu yang bergerak.
"Bang.."Suara rosnah yang masih didalam bilik tidur dan berada dikatil seorang diri.Tuan hamid memang melihat sesuatu yang bergerak dikegelapan bayangan tiang bilik.Tapi bila tuan hamid sampai ketempat itu,tidak menjumpai sesuatu apa.Dengan jalan perlahan dan hati-hati tuan hamid makin merasakan keganjilan didalam bilik ruang tamu itu.
Di arah punggung tuan hamid,sesuatu bergerak dari tempat yang gelap disebalik dinding ada lorong yang menghubungkan kebilik yang lain.Sesuatu yang bergerak itu ternyata sesusuk tubuh yang membentuk bayangan.Bila cahaya lampu minyak itu menerangi wajahnya,ternyata dia adalah seorang manusia yang mengerikan untuk dilihat dengan pandangan mata.Sebelah matanya tiada dan dagingnya yang nipis itu membalut tulang belulangnya.Dia bagaikan mayat kubur yang telah bangkit dan bergerak dengan cara yang menakutkan.
Tubuh yang mengerikan ini berjalan perlahan dengan langkah lebar mendekati tuan hamid,dari arah belakangnya tuan hamid masih memerhati kearah sudut ruangan bila kedua tangan tubuh yang mengerikan ini menjulurkan kedua tangannya kearah leher tuan hamid.
"Grrrr..."Suara benda terlanggar dan kaki benda itu menimbulkan suara setelah bergesel dengan lantai.Cepat tuan hamid membalikkan dirinya.Bersamaan dengan itu,kedua tangan tubuh yang mengerikan itu menerkam leher tuan hamid.Tuan hamid mengelak dan disaat itu juga dia menghayunkan kapaknya yang kemudian menebas bahagian dada tubuh tersebut.
Tubuh yang terkapak itu terhoyong kebelakang.Walau demikian tubuh itu kembali menghampiri tuan hamid dengan kedua tangan nya mencakar dan menerkam.Tuan hamid pun berkali-kali menghayunkan kapak itu ke tubuh yang mengerikan itu.Sebelah tangan tubuh itu tanggal dan begitu juga anggota tubuh lainnya.
Akhirnya kepala tubuh itu terbabas dan tanggal pula.Tubuh itu pun segera rebah kelantai dan tuan hamid keletihan setelah berusaha membunuh musuhnya itu.Dia segera berjalan ke pintu utama dan membukanya.
"Penjaga..."Teriak tuan hamid kepada jaganya.Jaga itu pun datang berlarian menghampirinya.
"Ya..tuan.."Karim menjawap pertanyaan itu.Yang lainnya ikut berdiri saja sambil melihat tuan hamid yang nampak keletihan dan tubuhnya datang itu belum mengerti apa halnya.
"Hidupkan semua lampu yang ada dibilik tamu ini."Perintah tuan hamid.
"Baik tuan."Jawab orang-orang jaganya.
Orang-orang tuan hamid termasuk karim segera menyalakan lampu-lampu minyak yang saling bergantungan diruang tamu tersebut.Kini seluruh ruangan itu benar-benar telah diterangi oleh cahaya lampu yang bergantungan bagai bilik pameran itu.Segala perabot lama yang terletak diruang tamu tersebut telah dapat dilihat.
"Keluarkan benda itu."Perintah tuan hamid sambil menyandarkan dirinya disalah sebuah tiang yang ada disitu.Rosnah muncul dipintu biliknya dengan memakai baju tidurnya dan melihat dari situ saja.Orang-orang yang mendengar perintah tuan hamid saling berpandangan.Sesungguhnya mereka tidak mengerti apa yang hendak dikeluarkan.
"Apa benda yang perlu dikeluarkan tuan."Tanya karim.
"Eh..awak tak melihat benda itu tergolek disana."Kata tuan hamid sambil berjalan kearah tempat dia mengapak lembaga itu.Tempat itu tidak ada sesuatu apa pun.Yang ada hanya lantai yang bersih.
"Ha...tak mungkin"Kata tuan hamid.Dia merasa hairan melihat tempat kejadian itu telah bersih seakan tiada sesuatu apa yang terjadi.Tuan hamid pun segera melihat kearah kapak yang dicampak kesitu.Tetapi kapak itu tiada disitu.Tetapi kapak itu tiada disitu melainkan telah tergantung ditempatnya semula didinding.
"Karim..."Kata tuan hamid dengan tak mengerti.
"Kau percaya dengan hantu?"Soal nya.
"Hantu?Percaya tuan."Jawab karim.Tuan hamid termenung untuk beberapa lamanya.Dia sebenarnya hendak menceritakan apa yang baru saja berlaku,namun dia kemudian membatalkan niatnya itu.
Sementara tuan hamid masih bersembang dengan orang-orangnya,keratan tangan itu telah bergerak sampai ke pintu utama.Keratan tangan itu kemudian bergerak keluar dan hilang dikegelapan malam.
"Baiklah...aku rasa...aku telah mengigau tadi...bertemu dengan hantu.Kalian boleh balik ke tempat kamu semula.Kau karim...tinggal disini."Kata tuan hamid.Orang-orang lainnya pergi meninggalkan ruang tamu itu dan karim tinggal disitu.
Rosnah kembali ketempat tidurnya dengan perasaan yang masih dihantui ketakutan setelah mengalami kejadian melihat permandangan yang menakutkan tadi.Walau dia telah berbaring,namun tiada sesekali dia memejamkan matanya sebelum tuan hamid berada dsisinya sekali.
Tuan hamid masih berbincang dengan karim diruang tamu yang besar itu.
"Karim...sungguh tak dapat diterima oleh akalku.Kejadian yang baru ku alami.Benar-benar aku melihat kimin didepanku.Walau wajah nya telah rosak dan keadaan tubuhnya ibarat kulit pembalut tulang,aku masih boleh mengenal.Tubuh yang mengerikan itu adalah kimin."Kata tuan hamid dengan perlahan.
"Dia langsung hendak menerkamku.Namun disaat itu aku membalikkan diriku dan menghayunkan kapak ditanganku kearah tubuhnya berkali-kali.Dia tidak menjerit atau pun mengaduh.Sebaliknya tiada setitis darah keluar dari tubuhnya.Namun aku merasa telah menetap dikepalanya dan dia rebah.Beberapa minit kemudian setelah aku panggil kau kemari mengangkat keluar,tubuhnya telah hilang.
"Tuan..."Kata karim setelah mendengar cerita itu."Itu bererti hantu kimin yang datang menyerang tuan itu.Hantu itu pernah dilihat oleh sabri di rumahnya awal malam tadi.Ini benar-benar membuktikan bahawa kimin telah meninggal yang tak diketahui di mana kuburnya."Kata karim.
"Karim..rupanya tempat-tempat yang kita gunakan untuk membunuh misah dan marni itu adalah tempat yang berhantu.Ingat semasa kita memeriksa tempat itu.Idrus mati disitu.Justru tempat rumah buruk yang digunakan oleh orang-orang untuk berjudi,disitu lah timbulnya malapetaka hantu itu."Kata tuan hamid.
"Agaknya benarlah kata tuan itu"Kata karim dan menambah "jadi apa yang harus kita lakukan sekarang."
"Sampai hari ini pun kau harus tetap merahsiakan kematian misah dan marni itu.Kini kerja berat yang harus kau tempuh adalah mencari mayat misah,mayat marni dan mayat kimin."Kata tuan hamid.
"Maksud tuan?"Tanya karim yang belum faham.
"Mayat si misah dan marni harus diketemukan dan dikebumikan dengan sempurna.Mungkin roh mereka yang kita bunuh itu tak berpuas hati kerana mayatnya kita,biarkan begitu saja."Kata tuan hamid yang tidak mempunyai pengetahuan apa-apa tentang perkara hantu.
"Baik tuan."Kata karim.
"Ingat bawa orang-orang yang boleh dipercayai dan rahsiakan kematian misah dan marni."Kata tuan hamid.Karim pun kemudian meninggalkan bilik tamu itu.Setelah tuan hamid menutup pintu depan,dia pun kembali ke bilik tidurnya.Rosnah masih berbaring dan berusaha untuk memejamkan matanya.
"Kenapa abang mengatakan yang abang mengigau,pada hal ros yang bangkit kan abang untuk mendengar suara-suara itu."Kata rosnah.Tuan hamid masih belum menjawap dan berusaha merahsiakan bahawa tubuh manusia yang mengerikan itu sebenarnya adalah kimin suaminya.
"Dan apa yang abang kerjakan dibilik tamu begitu lama?"Tanya ros.
"Aku memeriksa bilik itu dan tidak ada apa-apa yang menakutkan.Lagi pula aku tak ingin buat heboh,jaga-jaga itu menjadi penakut nantinya."Kata tuan hamid dengan alasannya.Rosnah pun tak bertanya lagi.
"Tapi bang..."
"Eh apa lagi?"
"Andaikan suami rosnah masih hidup dan mengetahui keadaan kita?"Kata rosnah.
"Itu tak terjadi.Kimin sudah mati walau kuburnya tak diketahui."Bisik tuan hamid.Kemudian tak terdengar apa-apa lagi.
Malam semakin larut dan berlalu dengan segala macam peristiwa.Walau pun rosnah tidak berpuas hati dengan jawapan suami barunya,namun dia terpaksa diam.Akhirnya dia mencuba untuk memejamkan matanya dan akhirnya dia terlena.
Dimalam itu juga.Didalam rumah yang diterangi oleh cahaya lampu minyak,seorang perempuan tua baru saja membuka pintu ke arah dalam.Sambil masuk kedalam rumahnya,perempuan tua itu mengheret mayat seorang lelaki tanpa kepala.Kepala mayat itu terikat dibahagian tubuhnya.Mayat itu adalah mayat kimin yang telah diawetkan.
"Mayat tiada guna..."Kata perempuan itu dengan pandang matanya yang tanpa biji itu sangat menakutkan.Mayat yang telah diawetkan menjadi kurus kering itu kemudian dimasukkan didalam mulut tungku dapur kayu.Mulut dapur kayu sangat besarnya sehingga cukup untuk tubuh mayat itu berada didalamnya.
"Celaka punya mayat....semasa hidupmu kau mencederakan tangan kiriku,kini mayat kau pun tiada berguna untuk membantuku.Hancurlah kau menjadi debu."Kata perempuan tua itu dengan geram kemudian dia memasukkan kayu-kayu kering yang telah tersedia disitu kedalam lubang dapur.Dapur kayu itu dinyalakan dan tak lama kemudian kayu didalam mulut dapur menyala besar sehingga cahayanya menerangi ruang rumahnya.
Api yang marak menyala itu segera membakar mayat kimin berserta kepalanya.
"Aaaaa...."Jerit suara mayat didalam tungku dapur itu.
"Hancur kau tubuh sial...dan pergi kau roh tak berguna."Bentak perempuan tua itu.Api makin lama semakin besar sehingga mayat kimin yang berada didalam menjadi hangus kemudian menjadi debu.
Tungku dapur itu ditinggalkan.Dia kemudian masuk kesebuah bilik yang diterangi oleh cahaya lampu minyak.Diatas katil yang beralaskan tikar pandan,terbujur mayat yang dalam keadaan tertutup oleh kain batik lepas.Jari-jari perempuan tua itu kemudian menarik kain batik yang menutupi tubuh mayat itu kemudian dengan lampu minyak dia memeriksa keadaan mayat.
Mayat itu adalah seorang mayat perempuan.Setelah puas perempuan itu memeriksa keadaan mayat,dia pun menutup kembali mayat itu.Lampu minyak diletak balik ke tempat asal dan dia kembali ke ruang depan.
Api didalam mulut itu tidak menyala lagi.Yang tinggal hanya bara yang memerah.Dengan menaburkan segenggam serbuk kemenyan kedalam bara api,perempuan tua itu kemudian menjampi sementara asap kemenyan yang putih itu membumbung tebal.Dia berbuat demikian sebanyak enam kali,kemudian bersuara dengan kedua tangannya terangkat.
"Wahai..jin..segala jenis jin...tidakkah kau ingin menjadi manusia?Aku menyerumu..,masuklah pada tubuh mayat yang cantik jelita ini,dan nikmatilah hidup dengannya didunia ini."Seru perempuan tua itu dengan suara yang memanjang dan lambat.
Tiba-tiba didalam asap kemenyan yang tebal itu nampak bayangan putih membentuk tubuh manusia.Tetapi tidak menampakkan wujud yang nyata.Bayangan itu bagaikan cermin yang putih warnanya.
"Aku jin..siapa yang menyeruku..?"Suara jin itu kemudian terdengar.
"Aku manusia dengan kuasa sihir..yang tersurat dalam kitab munkar."
"Apa hajatmua kepadaku?"Soal jin itu dengan suara yang berkumandang.
"Masuklah kedalam tubuh gadis yang jelita itu,dan engkau akan menjadi manusia dengan segala kesenangan didunia.Aku akan membantumu.Cepat..masuklah."Kata perempuan tua itu dengan menaburkan lagi segenggam serbuk kemenyan,yang menjadikan asap itu semakin tebal dan bayangan jin itu semakin jelas.
"Oh tidak..aku takut dilaknat oleh allah."Kata jin itu kemudian bayangan tubuhnya hilang lenyap dan membuat mata perempuan tua itu memerah marah.Wajahnya menunjukkan wajah yang menyeramkan untuk dilihat.
"Jin..gilaa...berambus..."Serapah perempuan tua itu dengan geram.
Kini perempuan tua itu memulakan menabur kemenyan tiga kali dan mengucapkan jampi-jampinya.Asap pun mengepul memutih tebal diatas tungku dapur kayu itu.Setelah habis dia menjampi dia pun kemudian menyeru seperti semula.
"Wahai iblis..segala jenis iblis..ku sediakan mayat manusia yang indah jelita...masuklah dan gunakan dia untuk kesenanganmu..datang...datang kepadaku dan aku akan membantumu."Seru perempuan tua itu dengan suara panjang.Kemudian dia mengucapkan lagi jampi-jampinya.
Tiba-tiba terjadi didalam kepulan asap kemenyan bayangan api yang menyala. Bayangan api yang menyala merah itu membentuk kepala dengan wajah yang menakutkan serta mulut dari wajah itu bertaring dan bergigi runcing.Lidah nya terjulur merupakan lidah api.
"Hai..siapa menyeruku..?"Tanya iblis dengan marahnya.
"Aku manusia dengan kuasa sihir yang tersurat dalam kitab munkar."Kata perempuan tua itu dengan mata menatap kearah bayangan didalam kepulan asap kemenyan,dan kedua tangannya diangkat.
"Hai..lekas katakan kuasa sihirmu dari malaikat mana?"Tanya iblis.
"Harut dan marut malaikatku."Jawab perempuan tua itu.
"Tunjukkan padaku..pintu mana aku masuk mayat itu."Pinta iblis.
"Masuklah melalui kedua kakinya."Tunjuk perempuan tua itu.Iblis pun kemudian memancarkan lidah apinya yang makin merah kemudian bagai kilat dia terbang untuk masuk ke tubuh mayat melalui kakinya.
Bila kepala ibilis yang berupa api itu menyentuh kaki mayat perempuan itu,terjadilah benturan hebat sehingga menjadi letupan dan bunga api.Kepala itu terpelanting dan kembali ke asap kemenyan.
"Aduuuhhh..."Jerit iblis kesakitan dan kedua matanya membara.
"Aku tak dapat memasukinya kerana kakinya selalu pergi ketempat suci."Keluh iblis itu sambil mengerang kesakitan.Perempuan tua itu menunjukkan lagi arah mana yang akan dimasukinya.
"Masuklah melalui kedua tangannya."Tunjuk perempuan tua itu.
"Baik..aku akan memasukinya."Kata iblis.
Kepala iblis itu kemudian meloncat lagi ke arah tangan mayat.Disitu terjadi lagi benturan makin kuat sehingga letupannya pun makin membelah kesunyian.
"Waaa..."Jerit iblis yang kembali mengaduh didalam kepulan asap kemenyan itu.Perempuan tua itu jadi hairan dan terkejut dengan amat sangatnya.Tubuh badannya undur kebelakang sedikit.
Kemudian berkali-kali dia menghamburkan asap kemenyan didalam bara tungku api dapur itu.Asap pun makin tebal memutih sehingga menampakkan makin jelas kepala iblis yang kesakitan itu.
"Kenapa kau menjerit dan gagal masuk kesitu?"Soal perempuan tua itu.
"Aku tak dapat memasuki melalui kedua tangannya di keranakan tangannya selalu bertasbih.Seluruh jari-jarinya yang digunakan untuk bertasbih penuh dengan kesan-kesan doa maka aku tak dapat memasukinya."Keluh iblis itu dengan kesakitan dan wajahnya yang makin menakutkan.
"Kalau begitu masuklah melalui mulutnya."Pekik perempuan itu.
Iblis itu pun meloncat lagi dan terbang memasuki mulut mayat perempuan yang sedang terbujur itu.Sebaik kepala iblis menyentuh mulut mayat,iblis itu bagai terkene ledakan yang maha dahsyat.
"AAaaaaaaaa....aku tak tahan lagi."Jeritnya dengan suara yang melengking panjang.Kepala iblis itu berpusing-pusing kembali ke asap kemenyan yang tebal itu.Perempuan tua itu semakin hairan.
"Kenapa kau tak cuba masuk dihatinya?"Jerit perempuan tua itu geram.
Saat itu juga iblis meloncat memasuki hatinya.Kepala iblis itu meronta-ronta kesakitan dan kembali lagi ke asap kemenyan.Wajahnya menakutkan dan dia rasanya tidak sanggup lagi untuk memasukinya.
"Cilaka..apa kenanya?"Jerit perempuan tua itu dengan geram.
"Mulutnya tu bisa bagiku kerana suka berzikir dan hatinya berjiwa tauhid."
"Berambus..."Bentak perempuan tua kepada iblis dengan geramnya.Tak lama kemudian perempuan tua itu menyeru nama syaitan didalam asap kemenyan yang sedang membumbung putih menebal itu.Didalam asap kemenyan itu timbullah bayangan api yang menyala berkobar-kobar.
Api yang marak itu makin lama makin menunjukkan bayangan wajah yang menakutkan dari yang sudah-sudah.Matanya sesungguhnya cantik tetapi kerana merah sehingga menakutkan.Rambutnya panjang menyala-nyala.Demikian pula bibirnya.Bibirnya sesungguhnya indah tetapi kerana dari api dan darah,maka nampak lah bibir itu mengerikan dari iblis tadi.
"Siapa menyeruku..?"Tanya bayangan didalam asap kemenyan tersebut.
"Aku manusia..dalam kuasa sihir yang tersurat dalam kitab mungkar.Wahai syaitan...ada tubuh manusia yang indah jelita sepertimu.Guna kan dia untuk hidup di dunia dan mencari kesenaganmu."Kata perempuan itu dengan senyumnya yang menakutkan.
Dengan lemah lembut dan gaya yang halus bayangan syaitan itu keluar dari asap kemenyan.Dia melayang mendekati tubuh mayat yang terbujur dikatil.Syaitan itu kemudian mencuba memasuki ke tubuh mayat.
Sebaik dia dekat dengan tubuh mayat,syaitan itu terkene ledakan yang dahsyat dan dia terpelanting jauh kemudian menjerit dan kembali didalam asap kemenyan.
"Aku tak dapat memasuki tubuhnya kerana dua ayat doa yang diamalkan selama hidupnya."Kata syaitan itu.Perempuan tua itu kemudian menundukkan kepalanya dan seakan berputus asa.Wajahnya yang bengis itu nampak makin bengis dan menaruh dendam yang amat sangat.
"Hai.."Tegur syaitan itu dengan suara dahsyatnya dan marah.
"Kau telah menyeruku,kini aku akan memasuki tubuhmu."Kata syaitan.
"Ha..dah kenapa aku tak terpikir dari dahulu berbuat demikian...hi..hi.hi masuklah beri aku kekuasaan dan kekuatan."Kata perempuan tua itu.Syaitan didalam asap kemenyan itu semakin marah.
"Tidakkah kau sedar...mayat itu musuhku?Buang dia jauh-jauh dari sini baru aku selesa memasuki tubuhmu."Kata syaitan itu.Perempuan tua itu membulatkan matanya dan bersedia melakukan perintah syaitan itu.Saat itu juga mayat perempuan itu diheretnya keluar.
Kerana ilmunya maka perempuan tua itu mengheret mayat itu hanya dengan sebelah tangan.Dia berjalan dikegelapan malam,mencari tempat yang jauh untuk membuang mayat perempuan yang diheretnya itu.Setelah cukup jauh dan kebetulan ditempat itu dia menjumpai mayat tersebut,maka disitu lah mayat itu ditinggalkan.
Setelah selesai membuang mayat itu,dia kemudian kembali kerumahnya.Diruang rumahnya asap kemenyan itu pun telah tiada.Kembali perempuan tua itu menaburkan kemenyan dan menyeru lagi.Syaitan itu timbul dalam asap kemenyan.
"Sudah kah kau lakukan seperti apa kataku?"Tanya syaitan itu.
"Aku letakkan dimana mula-mula aku menemukan dia."Kata perempuan itu.
"Sekarang aku akan memasuki tubuhmu dan kau dalam kuasaku."Kata syaitan.
"Oh tidak..kau yang.."Kata perempuan tua itu.
"Diam..."Bentak syaitan yang kemudian dia meloncat dan membakar tubuh perempuan tua itu.Perempuan tua itu menjerit-jerit kesakitan,namun tubuhnya tidak terbakar tetapi berasap saja.
Perempuan tua itu meronta namun akhirnya dia jatuh pengsan tidak sedarkan diri.Tiba-tiba keratan tangan perempuan tua yang terletak disudut ruangan,ikut terbang dan tercantum kembali ke pergelangan tangan perempuan tua itu.Setelah demikian,dia masih pengsan untuk beberapa lamanya.
Ketika hari telah siang,perempuan tua itu bangkit,dia merasakan bagai bangun dari tidurnya.Matahari telah cukup tinggi.Sambil memandang keadaan sekitar rumahnya dia berdiri dimuka pintu yang telah ternganga.Wajah tua nya itu tersenyum dan makin menakutkan setelah terjadinya peristiwa semalam.
(Bersambung...)
