072-Tips move on #13

1.5K 132 23
                                    


Sambungan :

PROSES PENYEDARAN DIRI

SEDAR DIRI sikit.

Kita ni siapa. Budak lagi kan...😏
Masih berhingus kerak lagi kan...
Main polis entry lagi kan...
Duit makan ibu ayah yang tanggung...
SPM tak lepas lagi...
Tengok cerita Spongebob lagi... Sifir tak habis hafal lagi...
Akhlak belum baik lagi...
Aduh, penyedaran diri ni memang terasa tau.

Sedar yang kita ni masih belajar, masih lagi berjihad di jalan Allah. Ibu ayah hantar pergi sekolah untuk melihat kita berjaya bukannya berchenta.

Apabila kita sedar siapa kita ini, automatik kita akan menolak untuk melakukan perkara sia-sia. Ya, perkara sia-sia.

Kita sendiri sudah tahu sebenarnya... tapi sebab kita ni degil, nak juga buat perkara yang tak betul. Tak apa, lepas ni.. kita sama-sama berubah jadi manusia yang lebih baik :)

Untuk siapa...?

Untuk Tuhan :)

SAYANGKAN TUHAN LEBIH DARIPADA SEGALANYA

You will get far away from jahiliah for sure, ehem I mean FOR SURE.

Perkara ini bukan helah, cerita dongeng pun jauh sekali, masuk gaung sungguh.

Macam mana nak percaya dengan kata2 aku ni? Jawapannya, kena rasainya sendiri.

Sekurang-kurangnya, seumur hidup kita... Kita akan rasa kemanisannya apabila kita sayangkan Tuhan.

Apabila kita mencintai Tuhan, kita dapat segala-galanya. Kita dapat ketenangan, dapat dekat dengan Dia, yang paling indah sekali ialah apabila kita dapat kasih sayang-Nya.

Tak rugi, sangat. Rasa bahagia sangat, rasa macam terawang-awang di langit biru. Gituhh. Contohnya, berzikir dan berselawat.

Dengan automatik, kita mampu menjauhi perasaan suka dan sayang pada orang lain.
Lagi-lagi pada mereka yang tak pernah nak hargai dan pandang kita ni... macam buang masa, kan?

Lebih baik kita bagi kasih sayang kita pada Tuhan, yang sayang sangat-sangat pada kita... iaitu hambaNya yang hina ini. Sehina-hina kita ni, Tuhan sayang lagi tau. Tuhan bagi semua pada kita, masih tak bersyukurkah kita? Malu pula... sebab sibuk mengejar cinta manusia yang tak akan kekal tu pun.

So, kalau kita dah jadikan Tuhan sebagai kekasih hati jantung pengarang kita, Choi Minho pikat bagi bunga pun mungkin hati kita tak akan terusik.

Kerana apa?

Kerana kita dah berjaya letakkan Tuhan dalam hati, sampai mati.

Kita takkan rasa lonely! Tuhan kan ada? apa nak takut.

CARI BIAS/ IDOLA 

Uhuuuuuu well cara ini adalah cara yang paling aku suka. Agak berkesan sebenarnya.

First, sebab aku minat Hangul, jadi aku pun... mestilah minat Kpop Idol yang cantik-cantik, yang handsome-handsome, yang mancung-mancung lagi yang putih polos mulus suci mukanya! Yes, kenapa? Ada masalah ke hakak abang2 sekalian?

【C】Let's Move On Where stories live. Discover now