14 !

1.3K 142 17
                                    

. . . . . . . . . . . . . .
Seujin POV
. . . . . . . . . . . . . .

Selama si kuali keparat tu sekolah kat sini , semakin rancak nampak dia bermesra sakan dengan CHAR KUEY TIOW tu !

Apa yang dia cuba buat ni ?! Cuba uji aku ?! Wehhh aku tak hamaklah cinta basi yang da berfungi tu puihh !!

"Seujin , sejak kebelakangan ni aku tengok kau asyik nak emo je ni kenapa ?"

"Aku sakit"

"Sakit ? Tah tah kau ngandung ?<(‾︶‾)>"

Dengan geram , penyapu kelas aku ketuk kepala Jennie . Ahh ambik kau . Hengko ingat aku nak sangat ke disentuh diraba diusik oleh kuali keparat tak guna tu !!!

"Aku lagi sakit tengok kau tenuk keturunan dajal -_-#"

"Chill leks sis . Cuba cerita sikit , mana tahu dapat redakan kemarahan kau"

"Tak yah cerita , kau sendiri tahu kisah sebenarnya"

Sekali si kuali keparat dan char kuey tiow lalu depan kelas aku . Ahh secocok lertu kan ?! Char kuey tiow dimasak dalam kuali keparat dan jadilah char kuey tiow berperisa karat grr

"Ahh tu diaaa , kau tengok tu . Pasangan secocok tu"

Jennie pun tengok luar kelas selepas aku berkata dicampur dengan jelingan maut pian kpop .

"Ohhh ni kes jealous lah . Aku da agak da , kau mesti suka dan sayangkan dia"

"Baik kau senyap sebelum aku raba boyf kesayangan kau"

Terus Jennie senyap macam patung . Naik giler lah setiap hari tengok si char kuey tiow tu bergesel berkepit dengan suami aku eii

"Seujin , sayang oii"

Jungkook memanggil aku dengan nada kuat sekali . Kuan Lin yang lalu tu pandang aku dengan muka terkejut . Apa pandang pandang ?! Ada hutang ke ?!

"Kau nak apa ?"

"Nah"

Jungkook menghulurkan coklat jenama yang sama Kuan Lin bagi aku dulu . Aku ambik je lah , biar hantu galah tu cemburu macam mana aku cemburu sekarang ni .

Ok , aku memang cemburu -_-

"Thanks"

Aku menyuap seketul coklat ke dalam mulut lalu tersenyum lebar kepada Jungkook . Satu sekolah da tahu pasal aku marah Kuan Lin kat belakang stor sukan .

Dan manusia yang sebarkan tu telah aku kerjakan dengan kejam sekali . Nasib orang lain tak tahu hubungan sebenar kitorang .

.....................skip.....................

Balik sekolah , disebabkan aku ngajuk dengan Kuan Lin . Aku ingat nak balik lambat harini .

"Ni asal tak ikut aku balik ?"

"Hello ? Aku kenal kau ke ? Takkan ?"

Aku duduk kat pondok dan mula bermain phone , chat Jungkook . Dia da ada Charlotte kan ? Ahh pergilah sana grr

"Aku tengok kau ni da berubah Seujin . Kau da kenapa ni ?"

Aku endahkan soalan Kuan Lin . Baik kau tanya diri kau sendiri , bukan aku sorang yang da berubah . Kau ? Cett !

Serta merta Kuan Lin merampas telefon aku . Elehh jealous tu aku chat Jungkook sambil tersengeh sengeh .

Renungan tajam aku bagi Kuan Lin . Muka dia pun da memerah sebab tahan amarah .

"Ingat Kim Seujin yang kau da bersuami"

"Dan ingat juga wahai Lai Kuan Lin bahawa anda telah beristeri"

Telefon aku rampas dari tangannya lalu beredar . Sampai kat sebuah lorong , aku menangis teresak esak lalu aku cangkung memeluk lutut .

Memang sah aku da mula sukakan Kuan Lin tapi kenapa terlalu awal aku suka dia ? Mungkin patut aku jauhkan diri dari dia .

"Seujin"

Aku memandang empunya suara dan ianya Jungkook . Dia menghulurkan tuala kecil kepada aku .

Aku ambil lalu lap semua jenis cecair kat muka ni ahh termasuk hingus . Sungguh aku cakap , time dengan Jungkook aku tak pernah nangis seteruk ni tapi dia...hm

Kami pun ke sebuah cafe untuk tenangkan fikiran aku yang semakin serabut . Aku rasa Kuan Lin tak perasan apa yang berubah kat diri aku , dia tahu fikir negatif .

Aku da tak ponteng kelas atau lari dari sekolah tau . Demi siapa ? Demi dia ! Bodoh punya perasaan . Tetibe emo hm

"Aku tak pernah nampak kau nangis seteruk ni , Seujin . Aku tahu kau ni jenis happy-go-lucky tapi kenapa..?"

Jungkook sampai tak terkata . Aku lagilah malas nak berkata . Kalau boleh aku nak nangis sampai penuh perigi sedalam 200 kaki hiks

"Entah lah , Jungkook tapi aku rasa nak pergi jumpa mana mana saintis lah"

"Nak buat apa ?"

"Nak suruh saintis tu tukarkan aku jadi robot . Jadi robot tak de perasaan , best sikit"

Jungkook mengelengkan kepala lalu mengangkat kerusi lalu bergerak ke sebelah aku .

Tangannya diletakkan di bahu kiri aku lalu menepuk dengan perlahan . Dia cuba pujuk aku , sepatutnya Kuan Lin .

"Aku da lama tak rasa pujuk perempuan selepas break dengan kau"

"Bukan kau couple dengan Mira Filzah ke selepas break dengan aku ?"

"Tu kitorang hanya berfoya foya sorry"

Aku menjegilkan mata 360° . Ambik kau satu bulatan terus pusingnya , nasib tak tersekat mata ni pusing kalau tak jadilah Seujin juling pfft

"Kau nak tahu sesuatu tak ?"

"Tahu apa ? Kalau benda merepek , aku malas nak dengar"

"Tak , ini serius"

"So tell me"

Jungkook mendekatkan dirinya ke telinga aku untuk berbisik sesuatu yang serius sangat tu . TERSANGAT SERIUS .

"I'm still love you"

Aku ? *flip meja* plus *campak kambing dalam kuali* plus *potong rambut sampai botak* plus *nak duduk dalam mulut paus*

Aku rasa nak pergi tukar jantina pula dengar ayat jijik tu . Kalau Sudin , ok tak nama tu bila jadi lelaki ?

Apabila author merapu meraban HAHAHA bukan apa , hw harini tak de HUAHAHA

Mami hepi :')

+vote+comment+

[C] My Naughty Wife : lklWhere stories live. Discover now