1 : Laut Itu..

81 13 5
                                    


Laut adalah nama aku dan air adalah tempat asal-usul aku. Manakala diri aku pula dibentuk apabila tiga unsur bersatu lalu dilahirkan apabila dua atom saling bergabung iaitu dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang membentuk satu formula kimia yang baharu. Ya, wujud sebagai ketiga-tiganya, aku boleh dibahagi dengan tiga kewujudan iaitu air, gas dan ais.

Dulu, laut seringkali dipuja dan diangkat tinggi sebagai tuhan. Aku disembah manusia dan aku seringkali dianggap sebagai tempat suci kepada kaum manusia kerana aku sangat menyenangkan hidup mereka.

Namun, tahun demi tahun berlalu, abad demi abad bertukar. Masa yang lalu kini tidak sama seperti masa yang sekarang.

Arus kemodenan mengubah sifat manusia menjadi bongkak dan zalim.  Kini mereka mula mengabaikan aku dan mula menzalimi hidupan lain di sekeliling mereka.

Tuhan yang mereka panggil sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah tuhan yang bernama 'duit'.  Aku pun tidak faham mengapa mereka sanggup bermati nyawa semata untuk mendapatkan kertas-kertas yang mudah koyak itu. Sedangkan aku kini dicemari dan dibazirkan segala sisa kepada aku. Ke mana perginya manusia yang dulunya begitu menyanjungi dan menyayangi aku? Aku tak faham!

Kini, hampir keseluruhan tubuh badanku diselaputi dengan sisa-sisa toksik yang dihasilkan oleh manusia. Sampah sarap, minyak, bahan buangan semuanya dilempar ke dalam aku. Hidupan yang hidup di dalam aku juga ada yang turut mati, sehinggakan kebanyakan mereka hampir pupus di atas kawasan muka bumi ini. Hampir membuatkan aku lumpuh sepenuhnya atas sikap penting diri sang manusia.

Tidak. Aku tidak boleh berdiam diri lagi. Menunjukkan yang aku lemah tidak berdaya untuk melawan, membuatkan mereka semakin besar kepala dan tidak menghiraukan tangisan aku.

'Aku akan balas dendam.'

"Siiii.....AP!" Kekunci noktah yang terakhir aku tekan serentak bersama punat shift dan punat nombor '1'. Ah, siap pun cerpen untuk kempen 'Cintailah Alam Sekitar' untuk majalah sekolah kali ini. Harapnya  tak nampak mengarut sangatlah.

Laptop terus aku matikan lalu ku simpan semula ke dalam beg. Tak sabar rasanya nak present cerpen aku buat ni dengan budak-budak ahli majalah sekolah. Yipppie!






 Yipppie!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
H²OWhere stories live. Discover now