bisu?

1.1K 156 140
                                    

Okea first, chap ni pernah dipublish dulu. Tapi aku unpublish sbb readers ramai marah. So. Kuatkan mental anda untuk baca chap seterusnya okea. 😂💔

____________________________________

"Appa!"

Tubuh appa aku kejar sebelum memeluknya. Erat.

"Naura.."

"Appa, jangan tinggal naura seorang"

Appa tersenyum nipis sebelum membalas pelukan aku. Dah lama aku kejar appa. Baru sekarang aku dapat peluk dia. Kenapa dia lari dari aku?

"Appa, lama naura kejar appa. Kenapa appa tak tunggu rara?  Rara penat tau"

Rambut aku dihelus lembut kemudian dicium.

"Rara sayang, tempat rara bukan dekat sini sayang.. Ni tempat appa. Dah lama sangat rara dekat sini. Pergilah balik.. Jumpa omma"

"Tapi rara nak tinggal dengan appa"

"Omma lebih perlukan kamu naura. Jaga omma baik baik untuk appa."

Tubuh appa mula menghilang perlahan lahan. Apa.. Apa semua ni? Kenapa appa boleh hilang macam angin. Ke-

"Naura? Naura dah sedar sayang?"

Omma?

"Omma? Omma kat mana??  Datang la sini cepat. Dekat sini ada appa!"

Omma seperti tidak mendengar laungan aku tadi. Nama aku berulang kali disebut. Okea. Aku betul betul tak faham.

**

Mata aku buka perlahan lahan. Sinar dari lampu bilik ini membuatkan perit di mata aku bila aku cuba buka mata. Bibir pula aku rasa kering sangat. Wayar di mulut yang menutupi hidung dan mulut aku aku buka.

Wajah wanita yang penuh dengan linangan air mata aku lihat.

"Rara.. Jangan banyak gerak ye sayang... Omma bersyukur sangat rara dah sedar. Rara baru lepas jalani pembedahan. Lebih kurang dua bulan kamu koma sayang. Omma takut sangat bila doktor kata peluang kamu untuk hidup cuma lima peratus. Tapi omma tahu. Anak omma ni kuat"

Tubuh aku dipeluk erat. Air mata wanita itu mula membasahi bahagian bahu aku. Belum sempat aku tanya apa apa, dia dah terangkan semua.

Omma?

"Arkk oaa?"

Kejap. Kenapa suara aku tak keluar. Kenapa aku tak boleh bercakap?

"A'eee aaaya. Ark!! "

Jerit aku sekuat hati bila satu patah perkataan pun aku tak mampu sebut. Makin deras air mata wanita yang gelar diri dia omma. Aku tak kenal sesiapa. Aku tak ingat sesiapa.

"Rara.. Sabar ye sayang.. Omma tahu rara boleh hadap semua ni. Rara kuat kan sayang? Kalau rara tak ingat, ini omma. Omma rara. Rara ada suami. Min yoongi namaya. Nanti kejap lagi dia Datang lah tu"

"Uaeii?"

Omma tersenyum.

"Ark!! Anee ua'aa "

"Rara bisu sayang. Rara bisu"

Tangisan omma yang tadinya hendak reda kini makin deras air matanya mengalir.

"Selepas jalani pembedahan ni, rara akan hilang ingatan rara. Dan mungkin rara akan jadi buta, pekak ataupun bisu. Omma bersyukur bila rara nampak omma dan boleh dengar apa omma cakapkan. Cuma... Rara bisu sayang"

Perlahan sahaja bunyi suaranya dihujung ayat itu. Bisu? Kenapa aku tak sedih? Kenapa aku tak menangis bila tahu aku bisu?

"Tapi tak apa. Sekurang kurangnya, rara boleh melihat dunia ni lagi. Boleh tengok muka omma. Boleh dengar lagu yang rara suka.."

Pujuk omma lembut sambil memeluk aku. Ya tuhan.. Ujian apa kau berikan ni..

Pintu bilik aku dibuka. Kelihatan satu figura yang asing bagi aku

"N.. Naura?"

Wajah omma aku pandang meminta jawapan.

"Yoongi"

Jawab omma sepatah. Dapat aku lihat dari pandangan omma yang dia betul betul bencikan namja ni.

" Aku nak jaga anak aku lepasni.. Aku taknak kau sakitkan anak aku lagi"

Wajah lelaki yang dipanggil yoongi itu langsung tidak dilihat. Kenapa omma benci sangat dengan dia?

"Aku suami dia. Aku yang akan jaga dia"

Tak mahu mengalah, yoongi turut memberikan jelingan maut kepada omma.

"Lepaskanlah anak aku. Biarkan lah dia bahagia. Dah cukup lama kau siksa dia. Apa salah anak aku yoongi? "

Air mata omma mula menitis lagi. Rasa sakit pula bila tengok omma menangis.

"Aakk.. E'iii!!!"

Jerit aku walaupun takda satu petah pun yang dapat aku sebut. Ya tuhan.. Seksanya.

"Bisu? Interesting"

*****

"Rara jaga diri ya sayang ya"

Aku hanya menganguk dan membalas pelukan omma. Aku mana ada suara nak balas balik apa omma cakap. Aku bisu.

Harini aku dah kena balik rumah yoongi. Dah lebih kurang dua minggu aku duduk sini. Lepas aku sedar dari koma, aku terpaksa duduk dekat hospital lebih kurang sebulan sebelum aku dibenarkan keluar. Tapi ini baru dua kali yoongi datang jumpa aku. Yang pertama masa aku baru sedar haritu. Dan sekarang. Dia paksa aku balik rumah dia.

Kami berdua bahagia ke sebelum ni?.

*****

"Ni bilik kau. Aku dah lama tak masuk bilik ni. Nanti kau kemas lah sendiri. Faham tak?"

Aku angguk.

"Eh buat apa aku tanya. Kau kan bisu. Macam mana nak balas balik apa aku cakap kan?"

Dia tersenyum sinis sebelum meninggalkan aku. Dan ya. Aku tak menangis. Aku tak tahu kenapa aku tak menangis padahal aku rasa sakit sangat sekarang ni. Omma... Rara nak omma. Atau aku memang tak pernah menangis?.

Dari aku sedar haritu. Aku cuma kenal omma dengan yoongi je. Aku takda kawan? Aku takda sahabat? Ataupun aku memang keseorangan selama ni.

Katil aku kebas sedikit menggunakan kain sebelum aku rebahkan badan aku diatasnya. Takdalah bersepah mana. Habuk pun macam takda... Kalau dia tak pernah masuk, takkan boleh bersih.

"Naura! Masak!"

Aku mengeluh. Bangang juga namja ni. Macam lah aku ingat macam mana nak masak. Bebal.

*****

"Malam ni, yeochin aku nak datang. Kau duduk je diam diam dalam bilik kau. Jangan tunjuk muka kau. Aku taknak dia tahu aku dah ada isteri. Nak nak isteri buruk dahtu bisu macam kau ni"

Aku hanya menganggukkan kepala. Tak tahu nak bagi reaction apa.

"Kau marah? "

Aku geleng.

"Angguk geleng angguk geleng je kau tahu kan?. Suara mana?!"

Dia hentak meja makan. Apa masalah dia sekarang ni. Kita dah lah dekat kedai makan. Dia pikir ni rumah ke apa!. Nak kata suara mana?.  Aku bisu lah bodoh!

"Kau nak tahu tak naura?"

Nafas ditarik dalam.

"Sebab kau, jaera tinggalkan aku"

Tbc

Redho jelah dengan jalan cerita mengarut ni. Hahahah. Okea. Seya akan sambung. Risau pula tengok masing masing mengamuk. Hahahaha

MR.CRUSH [MYG]Where stories live. Discover now