6

2.4K 182 5
                                    



Hani POV

Aku benci dia. Sanggup dia kunci aku dalam bilik ni. Aku nak balik. Aku rindu rumah aku, kawan aku, tempat kerja aku dan dunia di luar sana. Apa fungsi aku duduk di sini? Untuk kumpul air mata sampai banjir?

"Hani, meh aku suapkan kek beras ni. Nasi kau tak nak makan jadi baik kau makan kek beras ni. Aku tak nak kau lapar." Kata Taehyung lalu cuba menyuap aku seperti menyuap budak-budak. Alah tahulah yang 'kapal terbang datang buka mulut cepat!' Hah yang tu. Ingat aku dua tahun ke?

Aku hanya diam dan tidak membuka mulut. Itu membuatkan dia marah. Disumbatnya mulut aku kek beras tu. Nasib tak tersedak.

"Kau ni aku suruh makan, makanlah! Tak payah memilih boleh tak? Kau nak mati ke sebab tak makan? Jagalah diri tu." Kata Taehyung yang nampaknya sikit lagi mahu melepaskan amarah.

Aku lebih rela mati tak makan dari mati di tangan kau.

"Hani.. jangan buat aku macam ni. Tolonglah. Aku cintakan kau. Tolonglah percayakan aku." Kata Taehyung. Dapat aku lihat dia cuba untuk menahan air matanya dari keluar.

"Jadi tolonglah.. Terima aku." Kata dia lalu beredar dari bilik ni. Sudah pasti dia akan mengunci pintu bilik ini.

Kenapa dia macan ikhlas je cintakan aku?


Harini sudah masuk hari kelima aku berada di rumah ini. Aku tak lagi dikurung di dalam bilik sebab aku dah pun  berubah demi Taehyung. Bukan. Hanya pertunjukkan. Aku tak sanggup duduk lama-lama dalam bilik tu lagi. Aku rasa lebih baik aku berlakon dan cuba menerima keadaan sekarang walaupun terpaksa.

"Buat apa tu?" Tanya Taehyung sambil melingkarkan tangannya ke pinggang aku, memeluk aku dari belakang.

"Cuci pinggan."

"Alah, cucilah lain kali plishh~ jomlah tengok movie dengan aku." Pujuk Taehyung.

Pala bananana dia lain kali. Dah dua hari dah aku tangguh cuci pinggan sebab dia. Pinggan pulak makin banyak dalam sinki ni.

"Awak, lain kalilah saya join. Banyak ni pinggan. Lama dah tak cuci. Mana boleh biar lama nanti rosaklah pinggan."

"Alah nanti saya cucikanlah untuk awak. Jomlah~"

Nak tak nak aku kena iyakan jugak. Karang tak pasal-pasal kena marah dengan dia macam haritu.

Dia ajak aku makan tapi aku taknak. Sikit lagi nak ditamparnya muka aku masa tuh. Terus aku kata aku nak makan.

Aku bergerak ke arah sofa bersama Taehyung yang berada di hadapan aku. Aku dapat lihat yang dia berasa amat teruja. Dia nampak macam budak kecik bila dia teruja. Nampak comel. Eh apa yang aku ngarut nih?

Aku duduk disebelah dia sambil melihat segala perbuatannya ketika itu. Nampaknya dia nak tengok cerita Iron Man.. Walaupun aku tak suka cerita tu, takpelah aku layankan je. Bukannya mata aku tengah fokus kat tv pun. Aku sibuk mengelamun.

Macam mana aku ada kat sini? Kenapa aku boleh cuba untuk menyesuaikan diri di sini?

Ya. Itu dia. Aku masih tak sangka yang Taehyung sememangnya telah merancang dari awal untuk menculik aku. Baju dalam almari kat bilik aku tu penuh dengan baju yang dia beli. Tu pun aku tak tahu bila dia beli semua tu. Semuanya muat dengan aku dan disebabkan Taehyung mempunyai citarasa yang menarik, semua baju yang dibelinya amatlah cantik dan mahal walaupun hanya baju lengan pendek biasa. Harga satu baju lengan pendek putih yang kosong sahaja sudah cecah 275, 885 won. Wahh.. aku sungguh terkejut.

Stalker ; kth ✓ Where stories live. Discover now