Part 36

873 90 18
                                    

Aku menekup mulut apabila terasa mual. Bingkas aku bangun menuju ke dapur sebelum muntah di sinki. Aku tak muntah makanan, tetapi air dan angin saja. Aku tahu ini yang akan selalu dialami oleh kebanyakan ibu mengandung. Sebelah tangan aku memegang bawah perut yang seperti dicucuk. Kepala aku menjadi pening.

"Okey tak ni, Qis?"

Kepala aku gelengkan sambil berkumur. Setelah itu Bryan membantu aku berbaring di atas sofa. Perut aku bertambah tidak selesa jadi Bryan menawarkan diri untuk menggosok minyak ke perut aku bagi mengurangkan rasa tidak selesa itu. Sesudah itu dia beralih ke kepala aku pula. Sedap pula dia urut kepala aku, jadinya aku tertidur.

Apabila sedar pagi itu aku sudah berada di atas katil. Bryan sedang bersiap hendak ke tempat kerja. Aku sempat membebel kerana dia tak kejutkan aku tapi dia melarang. Dia menyuruh aku berehat saja di rumah sehingga simptom mual aku berhenti. Mahu tak mahu aku terpaksa menurut.

Tidak lama setelah dia pergi ke tempat kerja, Ain datang untuk menjenguk aku. Lebih kepada menjaga aku sebenarnya. Bila aku tanya jawabnya Bryan yang memintanya datang menjaga aku. Agaknya aku ni dah jadi bebudak balik kut sejak mengandung ni. Ke mana-mana aku nak pergi Bryan kerap memerhatikan aku. Teruk sangat ke perangai aku sampai dia tak percayakan aku untuk jaga diri dan baby ni?

Ha, Ain pun sama! Semua kerja dia yang tawarkan diri untuk buat. Bermula dari mengemas bilik, membersihkan lantai dan memasak di dapur. Alasannya dia mengambil cuti hari ini untuk membantu meringankan tugas aku di rumah. Jadi aku hanya mampu diam memerhatikannya yang rajin gila nak mengemas. Rasa macam aku menyusahkan banyak sangat orang. Aduh!

"Nah!"

Aku tersenyum melihat Ain yang melabuhkan punggung di hadapanku. Susu yang diletakkannya di hadapan aku pandang.

"Perlu ke aku minum?"

Dia mengangguk laju. "Tapi aku buat bukan sebab kau, tu untuk bakal anak buah aku dalam perut kau tu. Kalau kau nak, pergi buat sendiri."

Aku tergelak kecil mendengar jawapannya. Tak sah kalau dia tak kenakan aku. Nasib baik dia kawan baik aku. Jadi aku dah terbiasa dengan perangai dia, walaupun kadang-kadang menyebalkan.

"Baiklah." Aku bersuara perlahan sebelum meneguk susu itu sehingga setengah. Tapi rasa mual yang datang tiba-tiba kembali memaksa aku berlari ke sinki.

Ain turut mengejar aku lalu mengusap belakangku lembut. "Ada sakit kepala tak?"

Aku mengangguk. "Sikit."

Selesai berkumur Ain membantu membawa aku ke ruang tamu. Kusyen diletakkan di kepala sofa sebelum aku berbaring. Kemudian kepala aku diurutnya bagi mengurangkan rasa mual.

"Kau kena kuatkan semangat. Memang sesetengah orang akan rasa mual kalau tengah berisi, tapi ada juga yang tak rasa mual. Suami dia yang akan mengalami alahan tu."

Aku membulatkan mata. "Serius?"

Ain mengangguk sambil tergelak kecil. "Pak cik aku waktu isteri dia mengandung anak kedua tahun lepas. Isteri dia boleh je duduk santai, lepak dengan mak aku tapi pak cik aku. Hmm, kesian sungguh dia. Terpaksa lari ulang-alik dari bilik air sebab muntah. Lepas tu kaki dia bengkak dan tak boleh hidu bau masakan."

Aku tergelak. Wah tak sangka ada juga macam tu eh. Seronok pula aku bayangkan keadaan tu.

"Aku paling ingat sampai sekarang bila mereka pergi makan dekat restoran satu malam ni. Aku tak tahu kenapa isteri dia nak bawa pak cik aku pergi tempat tu, tapi rasanya kes nak kenakan pak cik aku kut. Isteri dia pergi pesan sup daging yang ditabur bawang goreng. Lepas tu pak cik aku tengok je makanan tu, dia dah serupa terkena sawan. Terjerit sana, terjerit sini panggil pelayan supaya bawa makanan tu jauh. Dan.... kau tahu apa yang lawak?"

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now