Watak dan Perwatakan by Leader Nurul

308 33 118
                                    

Assalamualaikum semua. Saya ditugaskan oleh mami untuk membawa tajuk watak dan pewatakan. Saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang penulisan, tetapi saya hanyalah seorang penulis jalanan yang masih merangkak mencorakkan penulisan sendiri. Jadi, saya harap kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian hari ini.

 Jadi, saya harap kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

* * *

WATAK

Watak ialah tokoh atau pelaku yang perlu dalam sesebuah cerita. Kalau tak ada watak, kita nak cerita tentang apa? Betul tak?

Watak ini tak semestinya manusia sahaja. Boleh jadi haiwan atau tumbuh-tumbuhan.

JENIS-JENIS WATAK :

JENIS-JENIS WATAK :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baik. Berdasarkan gambar di atas, saya akan perincikan tentang jenis-jenis watak yang ada.

Watak Utama
Watak utama yang menjadi tonggak dan penggerak utama sebuah cerita. Saya pasti semua faham tentang watak utama jadi saya tak akan beri huraian lanjutan.

Watak Sampingan
Untuk watak sampingan, biasanya watak ini akan bersama dengan watak utama, cuma skop peranan dan focus terhadap watak ini kurang daripada watak utama.

Watak Bundar / Bulat
Watak bundar ialah watak yang agak kompleks. Watak ini akan mengalami perubahan sama ada dari segi fizikal, mental atau kemahiran. Maksudnya di sini, watak bundar ini akan berubah kepada seseorang yang langsung tidak terfikir oleh pembaca.

Watak Kodi
Menurut pembacaan saya, ada dua pemahaman berbeza tentang watak kodi ini.

Pertama, watak yang sering digunakan dalam cerita rakyat seperti nenek kebayan.

Kedua, watak yang diberi tanggapan positif atau negative oleh pembaca, sedangkan perkara itu tidak selalunya betul. (berdasarkan perkataan stereotaip)

Watak pipih
Watak ini tidak mengalami perubahan sepanjang perjalanan cerita, juga tidak diberi fokus yang tinggi

* * *

PERWATAKAN

Okey, siapa kata tak tahu perwatakan itu apa, sila tutup wattpad dan buka balik buku KOMSAS anda.

Sebenarnya, perwatakan ini adalah perkara yang sangat mudah, tetapi juga sangat penting bagi menimbulkan seseorang watak dalam sesebuah cerita.

Perwatakan ini sebenarnya sifat-sifat yang digambarkan kepada watak.
Secara asasnya perwatakan ada 2 jenis :

Jasmaniah (fizikal)
Perwatakan yang kelihatan pada tubuh badan seperti ketinggian, warna kulit, etc

Lahiriah (dalaman)
Sifat-sifat yang ada dalam diri watak seperti penyayang, baik hati dsb

Jadi, ini sahaja nota untuk kalian. Saya harap nota yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kalian. Kalau ada apa-apa yang tak faham, jangan malu jangan segan untuk bertanya ya. InshaAllah saya cuba jawab apa yang termampu.

* * *

Nota dari nurul_light

Bengkel G2CWhere stories live. Discover now