"Haduh,dah habis spm ingatkan berdebar dah hilang tapi berdebar makin menjadi jadi"keluhan berat aku lepaskan.
Kenapa?sebab si Ashraff tu la.Ada ke patut nak bawak aku yang cantik jelita lagi menawan jumpa family dia.
Aku dengan dia?Macam tu la kadang-kadang rasa kekok perubahan dia ni.
Tengah sedap aku termenung dekat luar rumah ni,ada makhluk datang mengacau dengan muka yang penuh kecomelan.Dah tahu dah si mairah ni memang tak boleh tengok aku duduk diam.
"Akakkk"tanpa tafsir panggilan dia aku dah tahu ada niat dia panggil aku.
"Kau tak payah buat muka macam tu buruk je aku tengok,kau nak apa kacau aku ni?"sahut aku dengan muka malas
"Hehehehe,,ni sayang akak ni,,mairah nak mintak izin...hmmm,,ermmm,,ermmm"tersekat sekat permintaan Mairah kali ni.
"Mintak izin ape!!".Mendadak nada suara aku berubah.Aku saja je nak kacau adik aku sorang ni,nak uji jugak garang ke tak aku ni.
Muka Mairah dah kecut."Adik nak pergi makan dengan Abang Ashraff"selafaz permintaan itu keluar dari mulut Mairah.
Tergelak aku tengok muka beruk Mairah.
Tapi ehh,kejap!Ashraff?sejak bila si kecik ni pandai berhubung dengan si Ashraff tu?
"Ehh,kau jumpa dia dekat mana?pandai eh kau sekarang"
Tak semena-mena soalan ni keluar dari mulut aku."Abang Ashraff datang semalam masa akak tidur."Mula-mula aku terkejut jugak tapi entah tapi rasa tak apa kot lagipun aku boleh keluar dengan kawan-kawan esok huhuhu.
"Pergilah"
Sepatah aku menjawab membuatkan Mairah tersenyum koyak.Gatal jugak adik aku ni .Yang Ashraff ni satu apahal tiba-tiba macam takda kawan.
"Arhhh lantak la" aku mendengus dalam hati.Yelah untuk apa aku nak ambil tahu sangat si Jebon tu.
"Aku nak keluar jugak nanti,nanti aku call ayah".Mairah mengangguk faham .
"Akak nak keluar jugak?"tanya Mairah perlahan.
"Yela kau ingat aku ni gula-gula getah?setepek je dekat satu tempat?Aku pon tahu apa itu rimas dan mereput"jawap aku dengan muka meminta dengan Mairah.
.........
Petang ni nak jumpa bawang-bawang besar,So memang muka aku pon yang kena sediakan makanan untuk diorang.Ada jugak yang makan kaki manusia petang ni.
Kelemahan aku sangat bila orang buat muka comel sikit lepastu dia cuit-cuit nak sesuatu.Haduyai 10 kali memikir.Tengah-tengah sedap pilih makanan telefon bimbit aku berbunyi.Lagu IDOL you all jangan kecam aku.Aku tengok nama tentera dekat skrin haduh memang potong sangat mood aku.
"Jebon ni call nak apa pulak,potong mood aku je"dengan malas aku slide screen ke kanan, dan
"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan"
Tak se?mpat aku dengar percakapannya aku tekan butang end call.
......
Harini aku balik lewat.Lega rasa tak terkantoi dengan Ayah.Nasiblah dia tak balik kerja lagi.Bawang-bawang punya pasal la ni sampai aku tak ingat dunia.
Fuhhh,selamat!
Tapi kan rasa macam pelik sebab,,,Oh ye aku lupa nak tanggal tudung aku je.Alim betul aku sampai kedalam rumah tak cabut tudung.Ustaxah belum tentu gitu
Aku naik ke bilik untuk mandi dan solat.Usai solat,aku rasa lagi pelik sebab kelibat Mairah tak nampak lagi sejak aku balik ni.Habis satu rumah aku cari.
Last-last aku decide nk call Ashraff.Kenapa?sebab dia yang bawak adik aku keluar.Yang adik aku ni call tak berangkat dah kenapa.Seronok betul dengan Jebon tu
Tangan aku ligat mencari nama Ashraff pada telefon bimbit.Tak sempat aku nak call Mairah dah serbu rumah.Terkejut beruk aku dibuatnya,nasib takda penyakit jantung.
"Eishh budak ni aku cepuk karang!tak reti beri salam ke?!"kata aku sambil tangan yang tak lama lagi nak hinggap ke pipi Mairah dan lantas dia memotong perbuatan aku,
"Akak abang Ashraff nk jumpa dekat luar sekejap je"terdiam sepuluh saat aku dibuatnya.Aku mengangguk lemah dan mencapai tudung dan cardigan labuh.
Saat ni aku tak tahu nak tafsir perasaan aku.Kau dah kenapa Ain??!!jangan Ain jangan perjalanan masih jauh.Aku cuba tenangkan diri dan buat takda apa-apa jadi.
"Kau jangan lama-lama nanti jiran tengok dia membawang pulak"Aku redah aje tanpa salam.
"Errr okay.Aku nak bagi kau something ni"lambat-lambat perkataan tersebut keluar dari mulut Ashraff.Aku tak selesa terlalu lama bersama dengan Ashraff salah satunya sebab takut orang mengata dan keduanya aku nervous tapi aku senyapkan aje perasaan yang aku sendiri tak faham ni.
"Oi jebon kau boleh cepat tak,nyamuk ni tak sabar-sabar nak kiss aku"rungut aku
"Nah"
Tangannya menghulurkan sebuah kotak yang kemas diikat dengan riben berwarna biru.Lambat-lambat juga aku ambil kotak itu takutlah jugak kalau prank semata-mata.
Aku mengangkat muka.Dammm! Anak matanya menikam anak mata aku.Cepat-cepat aku alihkan pandangan aku.Dup dap dup dap rasa hati ni.Dia tersenyum setelah kotak itu telah bertukar tangan.
Aku tak mampu buat apa-apa.Krik krik sekejap
"Aku balik dulu"suaranya jelas aku dengar dan aku hanya mengangguk.
"Save drive"Ashraff tersenyum mendengar kata-kata aku sambil berjalan memasuki perut kereta.
Sebelum keretanya berlalu pergi,sempat dia katakan sesuatu pada aku dengan pandangan redupnya.
"I miss u Ain"
Aku endahkan perkara tersebut dan buat-buat tak dengar padahal telinga aku Alhamdulillah lagi sehingga saat ni.
Aku tak tahu nak buat apa,tindakan Ashraff buat aku kaku.Cepat-cepat aku masuk ke rumah dan masuk ke bilik.Malam itu menjadi pengganggu segala malam disebabkan Jebon tu.
Usai solat isyak
YOU ARE READING
MASIH ADA SAYANG
Romance"Sayap cintaku sentiasa melebar untukmu kerana masih ada sayang💜"