Usai solat asar, Andiq Fateh terus bersiap untuk keluar bersenam di taman ..
" Eh tuan encik nak pergi mana ? "
" Bik , saya nak keluar pergi jogging kejap .. "
" Oh baiklah "
Sebaik sahaja Andiq Fateh hilang dari pandangan , dia terus tersenyum ..
" Alhamdulillah tuan encik dah jadi macam dulu .. "
Enjin kereta Myvi nya di hidupkan dan terus meluncur laju keluar dari rumah itu ..
. . . . . . . . . . . .
" Akak ! sandwich tu Tehah ada letak dalam bakul .. tolong ambilkan kejap ! "
" Ye , nanti akak ambikkan ! " jerit Asilah dari dalam ..
Memandangkan pada hari itu ada hujung minggu , mereka bercadang untuk keluar berkelah di taman ..
" Tehah , Laila mana ? "
" Laila pi bilik air tadi .. "
" Abang Faliq ? "
" Dia pi beli ais "
Mereka diam seketika sementara menunggu semua nya berkumpul di kereta ..
" Tehah , abang afi nak tanya boleh ? "
" Mestilah boleh "
" Em , Tehah okay ke ? "
" Hah ? nampak macam Tehah sakit ka ? "
" Tak .. maksud abang , dengan semua yang dah jadi ni "
Medyna Fatehah tersenyum ..
" In sya allah Tehah cuba kuat demi hampa semua "
Mereka saling berbalas senyuman dan berpandangan mata ..
" Ehem ! "
" Eh akak .. tak jangan salah paham .. Tehah .. "
" Takpe la Tehah ni .. akak faham .. korang dah macam adik abang .. it's okay "
Medyna Fatehah tersenyum ..
" Hoi jom ! tunggu apa lagi .. cepat sakgi tempat penuh " sergah Faliq Asyrul yang baru sahaja pulang dari kedai ..
Semua orang naik ke dalam kereta dengan perasaan yang gembira ..
. . . . . . . . . . . . .
Sesampai sahaja Andiq Fateh di situ , hati nya sedih .. Sedih melihat ramai pasangan sedang bergembira .. Ada yang sedang berkejaran bersama anak anak , bermain layang layang ..
" Kau kuat ! " jerit Andiq Fateh ..
Dia meneruskan aktiviti nya iaitu berjogging ..
. . . . . . . . . . .
" Mana tempat yang kosong ? "
" Hah tu ! "
Medyna Fatehah terus berlari menuju ke tempat kosong itu ..
Dia terlanggar seorang budak kecil yang berusia 4 tahun itu ..
" Ya Allah adik .. akak mintak maaf .. "
Medyna Fatehah membangunkan budak lelaki itu dan mengambus pasir pasir yang terlekat di seluar serta baju budak itu ..
" Tasrik ! " jerit pasangan suami isteri iaitu ibu bapa kepada kanak kanak lelaki itu ..
" Baba ! Mama ! " jerit budak itu lalu memeluk baba dan mamanya
" Dik , akak minta maaf ya .. anak akak memang nakal sikit .. adik okay ke ? " kata ibu kepada budak itu ..
YOU ARE READING
budak kampung isteri aku ?
General FictionMedyna Fatehah yang berusia 22 tahun merupakan seorang gadis kampung nerd bakal dijodohkan dengan sepupu nya sendiri iaitu Andiq Fateh , 24 tahun .. Sejak kecil , Medyna Fatehah menyukai Andiq Fateh .. Akan tetapi , Andiq Fateh merupaka...