#0

24 0 0
                                    

"Kau percaya dengan jodoh tak,Mingyu?"

"Mestilah.Setiap orang sudah mempunyai jodohnya sendiri yang telah ditetapkan oleh Tuhan"

"Kalau aku jodohmu,adakah kau akan menerima ku dengan sepenuh hati?"

"Tak mungkin,Seok.Aku yakin jodohku kuat dengan Wonwoo hyung."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Mak dan ayah nak Mingyu kahwin dengan Seokmin"

"Mana boleh macam tu,Mak.Mingyu dan Wonwoo hyung saling mencintai.Hanya dia saja yang layak berada di samping Mingyu. Mingyu tak kira,Mingyu takkan berkahwin dan menerima Seokmin sebagai isteri Mingyu"

"Walaupun terpaksa lepaskan posisi CEO kamu di dalam syarikat kepada sepupu kamu?"

.
.
.
.
.
.

"Aku kahwin dengan kau pun sebab terpaksa sebab aku memang tiada perasaan dekat kau,Seokmin.Perkahwinan ini hanya akan menyiksa perasaan kita berdua.Kenapa kau tidak menolak pinangan keluarga aku?"

"Sebab aku terlalu mencintai kau Mingyu.Perasaan tu tidak pernah sedikit pun pudar dalam hati aku.Aku mohon buat sekali saja,pandang lah aku sepertimana kau memandang Wonwoo hyung.Aku cuma hendak kau melihatku dan cintaku yang hanya untuk dirimu."

"Maafkan aku,Seokmin.Aku memang tidak boleh dan tidak akan menerima kau sebagai isteri ku.Cinta dan kasih sayang aku hanya untuk Wonwoo hyung."

"Jadi,aku akan berusaha untuk merebut semua itu dari Wonwoo hyung walaupun aku terpaksa menjadi 'orang jahat' dalam hubungan kalian"

.
.
.
.
.
.
.
"Aku ada berita baik dan berita tidak berapa baik untuk kau,Seokmin."

"Boleh kau beritahu aku berita baik tu dulu,Doktor Xu?

" Kau hamil,Seokmin.Kandungan kau dah berusia 2 bulan.Tahniah untuk kau dengan Mingyu."

"Syukur kepada Tuhan.Aku tidak sangka yang selama ini aku sudah berbadan 2.Aku selalu rasa pening dengan cepat lelah tapi aku memang tidak menyangka yang aku hamil."

"Tapi Seokmin,aku terpaksa beritahu kau tentang berita buruk itu."

"Apakah berita buruk itu,Doktor?"

"Maafkan aku,Seokmin.Kau menghidapi barah otak tahap 2 tapi penyakit kau masih boleh dirawat dengan menjalani pembedahan dengan rawatan kemoterapi.Jangan putus harapan,Seok."

"Apa risiko yang aku kena tanggung kalau aku menjalani pembedahan tu,Minghao?"

"Kau mungkin lupa segala memori kau tapi ini hanya kemungkinan dan jangkaan aku saja,Seokmin.Sekarang ini yang penting,kau menjalani pembedahan tu secepat yang mungkin supaya kandungan kau tidak terjejas."

"Aku tidak sanggup kehilangan segala memori dengan Mingyu,Minghao.Walaupun bukan segala memori yang aku ada dengan dia adalah memori yang bahagia tapi memori itu lah yang menguatkan cinta dan kasih aku terhadap dia"

"Aku mohon,Seokmin.Fikirkan keputusan kau baik-baik.Demi nyawa kau dan anak kau.Kau hendak ke anak kau membesar tanpa kasih sayang seorang ibu,Seokmin? Kasih sayang seorang ayah tidak pernah sama dengan kasih sayang seorang ibu kerana kasih sayang seorang ibu bagaikan kekuatan untuk seorang anak."

.
.
.
.
.
.
.

"Gyu,kau percaya dengan jodoh tak?

" Ya,setiap orang memiliki.."

"Jodohnya masing-masing.Itu yang selalu abang cakap.Saya rasa abang telah menemukan jodoh dan takdir abang."

"Ya.Ternyata selama ini awak lah jodoh abang,Seokmin."

Diari Hidup Sang PencintaWhere stories live. Discover now