#1

24 0 0
                                    

Dear Diary,
Mengapakah setiap kali aku dekat denganmu,hati dan jantungku tidak dapat menahan gelora asmara yang sangat menyiksakan,
Ingin Ku mencapai dan mendakap mu wahai kekasih hatiku tapi sepertinya ada dinding yang memisah kan kita berdua,
Tidak berdaya diriku untuk meruntuhkan tembok kasih antara kau dan dia,
Ku hanya bisa melihat dan menangis,
Menangis dan menangis sehingga diriku tidak merasa apa apa lagi selain rasa sakit yang menikam hatiku,
Duhai cintaku,adakah aku bumi yang memuja kecantikan langit manakala langit memuja kecantikan awan?

"Seok,kau buat apa tu?" Tanya Mingyu yang memerhati gerak geri sahabatnya itu

'Melafazkan kalimah cintaku padamu' Bisik batin Seokmin dan cuba tidak menghiraukan Mingyu

"Seok,kau ok kan?Kenapa kau tak nak cakap dengan aku?" Tanya Mingyu lagi sambil meletakkan kepalanya di atas meja Seokmin

"Aku ok,Mingyu. Aku nak catat semua nota ini sebelum balik sebab aku kena temankan nenek aku pergi ke hospital." Balas Seokmin sambil menyalin nota tersebut

"Aku temankan.Aku boleh hantar kau dengan nenek Lee ke hospital.Kesian pula tengok kau kena pergi naik teksi.Nanti kena bayar tambang dengan kos perubatan lagi.Nanti waktu balik,kita balik sama-sama." Balas Mingyu sambil menatap Seokmin intense

"Basikal aku macam mana,Gyu? Aku kan berangkat ke sekolah naik basikal.Kalau aku tinggal basikal aku dekat sini,esok aku nak ke sekolah macam mana?" Tanya Seokmin yang memikirkan basikal kesayangannya

"Basikal kau tinggal kan dekat sekolah hari ini.Esok pagi,aku jemput kau dekat rumah.Kita berangkat sama-sama." Balas Mingyu sambil tersenyum ke arah Seokmin

Seokmin hanya mampu membalas senyuman Mingyu dan tertunduk malu

Sebelum Seokmin dapat membalas kata-kata Mingyu,Mingyu telah berdiri dengan tergesa-gesa

"Aku pergi jumpa Wonwoo hyung.Kau tunggu sini kejap,Seok." Kata Mingyu

"Pergilah kejar permata hati kau,Mingyu." Seokmin melepaskan kalimah itu walaupun hatinya sedang sakit dan ia ingin menangis

"Pasti.Doakan aku,Seok." Balas Mingyu sambil tersenyum girang ke arah Seokmin

Seokmin hanya dapat menahan tangisnya dan memberi senyuman yang gembira kepada Mingyu dan menganggukkan kepalanya

Seokmin hanya melihat Mingyu mengejar seorang pelajar senior bernama Jeon Wonwoo dengan susah payah.Seokmin hanya dapat melihat dan tersenyum pahit ke arah Mingyu dan Wonwoo

Air mata yang cuba ditahan akhirnya tumpah mengaliri kedua pipinya.Hatinya benar-benar luluh.Tanpa dia sedari,kawan sekelasnya,Xu Minghao telah melihat semuanya

" Aku memang sang bumi yang setia mencintai sang langit walaupun sang langit milik sang awan" bisik Seokmin pelan sambil menghapuskan jejak air matanya dan segera mengemas segala barang miliknya ke dalam beg sekolahnya.

Minghao yang melihat kegiatan Seokmin akhirnya membuat keputusan untuk memeluk rakannya itu

Seokmin terkejut apabila Minghao memeluknya dari belakang namun Seokmin hanya tersenyum dan menepuk pelan tangan Minghao yang berada di pinggangnya.

Selepas beberapa detik,akhirnya Minghao melepaskan pelukannya pada Seokmin

"Aku balik dulu,Minghao. Kau jangan tinggal lama-lama sangat dekat sekolah.Lagi pun tinggal kita bertiga saja yang tidak pulang lagi.Jumpa esok,Ming." Balas Seokmin yang menyarung beg sekolahnya lalu berjalan pantas keluar dari kelasnya.

"Bye,Seokmin." Balas Minghao

Minghao yang sedang mengemas kelas mereka ternampak suatu buku berwarna coklat di atas meja Seokmin.Baru dia tersadar bahawa buku tersebut ialah buku diari Seokmin.Dengan segera Minghao mengambil buku diari tersebut lalu berlari kencang untuk  mengejar Seokmin namun dia berasa hampa kerana kelibat Seokmin tiada lagi dalam kawasan sekolah tersebut.

Minghao melepaskan keluhan dan berjalan semula menuju ke kelasnya.

Setelah Mingyu selesai meluahkan perasaannya terhadap Wonwoo dan perasaannya telah terbalas,akhirnya dia menuju semula ke kelasnya untuk bercerita perkara tersebut kepada rakan baiknya,Seokmin

"Seok,aku ada berita gembira.." Ayatnya tergantung dan  Mingyu membulatkan matanya apabila melihat kelibat Seokmin tiada lagi di tempat duduknya

Mingyu akhirnya bertanya kepada Minghao tentang keberadaan Seokmin

"Seokmin sudah pulang.Kelihatannya dia terburu-buru mengemas segala barangannya sehingga diarinya tertinggal di atas mejanya.Aku cuba mengejar tetapi dia laju sekali keluar dari sekolah." Balas Minghao sambil membaca novelnya

"Aku sudah memberitahunya bahawa aku akan ikut dia pulang ke rumahnya kerana dia harus membawa nenek Lee pergi ke hospital.Aku mahu mengantar mereka ke sana tapi dia sudah pulang dulu.Tidak bisa kah dia menunggu aku habis berbicara dengan Wonwoo hyung sebentar." Omel Mingyu lalu duduk di tempatnya sambil menghela napas lalu mengemas barang miliknya ke dalam beg sekolahnya

"Kau fikir Seokmin akan terus menunggu dan melihat cinta hatinya terlepas dari jemarinya dan jatuh ke tangan orang lain?Kau ini bodoh juga ya" balas Minghao kepada Mingyu sambil menatap Mingyu tajam

"Aku tidak faham dengan apa yang ingin kau sampai kan,Minghao. Sudah lebih baik aku pulang dan mengejar Seokmin dari mendengar kata-kata kau yang pelik itu." Balas Mingyu dengan nada sinis

"Mingyu, tunggu.Sebelum aku terlupa,lebih baik kau saja yang memulangkan diari ini kepada Seokmin.Janji denganku yang kau tidak akan membuka dan membaca diari ini tanpa keizinan darinya.Jika kau lakukan itu,kau akan ku habis dengan tanganku sendiri.Faham?" Kata Minghao kepada Mingyu sambil menghulurkan diari berwarna coklat itu.

"Kau fikir aku ini type yang suka menceroboh privasi orang lain.Ya,aku janji tidak akan membaca atau membuka diari Seokmin.Cross my heart." Balas Mingyu sambil membuat tanda di hatinya lalu mengeluarkan kunci kereta dari saku seluarnya dan berjalan ke arah tempat parkir kenderaan dan  menyalakan keretanya lalu keluar dari perkarangan sekolah dan memecut laju untuk mengejar Seokmin

Minghao yang melihat gelagat Mingyu dari blok kelas mereka hanya menggelengkan kepalanya.

"Kenapa kau terlalu buta sehingga kau tidak dapat melihat cinta Seokmin untuk kau Mingyu? Adakah cinta kau terhadap Wonwoo terlalu hebat sehingga cinta tulusnya tidak terlihat di depan matamu sendiri" kata Minghao pelan sambil berjalan menuju ke kafeteria

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Diari Hidup Sang PencintaWhere stories live. Discover now