Chapter 34

744 61 7
                                    

Dah seminggu berlalu. Ini bermakna Baekhyun dah nak berangkat ke Jepun. Dalam seminggu tuh Baekhyun tak habis-habis bersweet dengan Yeri. Sampai bersemut pun ada.

"Tak ada barang tinggal?"

Yeri duduk di birai katil sambil melihat Baekhyun mengemas barangnya. Baekhyun menggeleng perlahan.

"Tak ada, sayang. Everything was ready"

Baekhyun senyum ke arah Yeri. Tapi, Yeri hanya menunduk. Sedih, sebak, semua ada. Hidung dia berasa pedih bila melihat muka Baekhyun yang bakal meninggalkannya. Tanpa sangka, air mata Yeri mengalir laju. Baekhyun yang melihat Yeri menangis mula resah.

"Hei..hei...janganlah sedih. Saya tak pergi lagi kan. Saya ada kat sebelah awak"

Baekhyun duduk di sebelah Yeri. Dia memeluk bahu Yeri dan bawa ke dakapannya. Kepala Yeri diletakkan pada dadanya.

"Saya risaulah. Hati saya lemah"

Yeri menangis tersedu-sedu. Baekhyun menepuk perlahan bahu Yeri.

"Don't worry. Everything is gonna be fine. Sayang jangan risau, eh?"

Yeri mengelap air matanya. Wajah Baekhyun dia pandang.

"Awak tahu kan saya sayang awak"

Baekhyun tersenyum. Kepala Yeri dia belai lembut.

"Ya, I know. Saya pun sayangkan awak. Hei, kalau awak tak bagi saya pergi saya tak pergi tau"

Yeri melabuhkan kepalanya pada bahu Baekhyun. Sungguh, dia rindu dengan bau Baekhyun. Perfume Baekhyun. Wangian Baekhyun. Dia bakal rindukan semua ini.

"No. awak kena pergi. Ini semua pasal masa depan kita"

Baekhyun meletakkan tangannya pada pipi Yeri. Air mata Yeri yang masih bersisa dia lap.

"Thank you, sayang. Dahlah jangan nangis, ok"

Tangan Yeri melingkar pada pinggang Baekhyun. Dia memeluk Baekhyun erat. Baekhyun pun rasa sebak nak tinggalkan Yeri seorang diri. Mujurlah dia dan Yeri ada kawan. Boleh tolong jenggukkan Yeri.

Pada hari itu juga, Baekhyun pergi Jepun. Nak tak nak, Yeri kena duduk seorang diri di rumahnya dan Baekhyun. Tapi Baekhyun suruh Yeri tidur kat rumah Wendy sampailah dia pulang ke Korea. Lagipun Yeri tuh penakut orangnya.

******

Setahun kemudian.....

Yeri sedang sarat mengandung. Lepas tiga bulan Baekhyun berangkat ke Jepun, terus Yeri mendapat berita bahawa dia telah mengandung selama dua minggu. Baekhyun yang mendengarnya pun gembira. Ini membuatkan dia tak sabar untuk balik ke Korea dan menimbang cahaya matanya.

"Yeri, kau nak apa-apa? Aku nak keluar jap nih. Nak beli barang dapur"

"Tak naklah. Aku duduk diam-diam jer kat rumah"

"Ok"

Wendy senyum ke arah Yeri. Dia pun hilang dari muka pintu. Sedang Wendy pergi ke kedai, Yeri mendapat panggilan daripada seseorang. Dia lirikkan anak mata ke arah skrin telefon.

"Taehyung?"

Dahinya berkerut seribu apabila melihat nama si pemanggil pada skrin telefon. Tanpa teragak-agak, dia pun menjawab panggilan itu.

"Hello"

"Yeri, hmm boleh tolong saya tak?"

"Tolong? Tolong apa, eh?"

"Saya nak ambil barang saya kat rumah awak dengan Baekhyun. Penting sangat. Boleh tak awak datang sini sekejap. Saya tak ada kunci pendua rumah nih"

[C]Am I In The Contract? (Baekhyun's malay fanfiction)Where stories live. Discover now