Siapa

78 2 0
                                    

Timur sibuk menyindir yang barat,
Utara khusyuk menjatuhkan selatan,
Selatan tungkus lumus mengaibkan timur,
Barat tertawa mencari salah utara.

Mereka tiada sedar mereka berpijak di tanah yang sama,
Mereka lupa mereka hirup udara yang sama,
Terlalu taksub berkejaran menaiki takhta,
Hingga sanggup menghentam orang sebangsa.

Siapa kau untuk tindas si bijaksana?
Ilmu masih merangkap lagak ibarat jaguhan.

Siapa kau untuk cantas salah si manusia?
Kau juga sama banyak cacat cerdik dan akal.

Aku tiada tahan menatap segala tomahan,
Aib orang tersebar bagai tiupan angin monsun.

Buat pembaca yang membaca segala baris,
Hadamlah ayat ini sebaiknya,
Jangan sengajakan diri menjejak kaki ke alam fitnah itu,
Kerana sekalinya masuk amat sukar mencari batang jalan keluarnya.

ManusiaWhere stories live. Discover now