Part 12

166 9 0
                                    

Ilyana memasuki sekolah dengan terhendap-hendap kerana takut bertembung dengan Rayan...
Setelah sudah pasti Rayan tiada di situ barulah Ilyana berjalan seperti biasa

"Bah!!"

"Ooii mak kau terjun laut!!"latah Ilyana

"Hahaha..mak aku tak pernah pun teringin nak terjun ke laut...hahaha"terburai tawa Aqish

"Yang kau pergi buat terkejut aku dah kenapa?"marah Ilyana

"Yang kau terhendap-hendap kenapa?"

"Satu lagi...balik kelmarin!kau pergi mana ahh??"tanya Aqish

Ah sudah aku nak jawab apa ni?takkan aku nak jawab 'aku terkunci dalam stor kelmarin dengan Rayan'..huhuh itu takkan berlaku

"Emm a..aku..aku tolong Cikgu Amy angkat barang-barang...banyak!"ujar Ilyana tergagap-gagap

"Ye ke kau ni??"tanya Aqish tidak puas hati

"Be..betul lah"

"Ookay,kali ni aku percaya"

************************************

Dah lama aku tak masuk gelanggang tarian..nanti rehat aku nak pergi la sekejap..sambil-sambil lawat sambil-menari menari..

Slurrp..slurrp..

"Aku tahu la kita minum air SLURPEE tak payah la sedut macam tu sekali"marah Sandra...stress dengan bunyi yang dibuat oleh Ilyana itu

Mendengarkan Sandra berkata begitu Ilyana tersenyum-senyum menampakkan barisan giginya yang elok tersusun

"Dah puas minum air kau nak sedut gelas pulak?"ujar Aqish sambil ketawa terbahak-bahak

"Ha'ah aku nak sedut...bukan sedut je tau aku makan gelas plastik yang rangup ni"perli Ilyana sebelum dicubitnya Aqish

"Auch sakit la Ily"

"Malas aku layan kau..emm ni korang pergi dulu la aku ada hal jap"

"Okay Ily take care"

"You too"

************************************

Lagu korea (kpop) bergema di segenap ruang gelanggang itu disertai dengan tarian yang di mainkan oleh Ilyana

Ilyana hanya mengenakan baju t-shirt putih dengan seluar lagin tiga suku sahaja..Ilyana sangat cantik walaupun hanya memakai t-shirt

"Fuhh..penatnya"

Sedang Ilyana meneguk air mineral ada suara datang di telinga kirinya

"Kalau betul kau hebat jom lawan aku"tawar suara itu

Mak aii dekatnya..berpaling ke kiri je dah dekat muka dengan muka 'dia'..

"A...aku on je"balas Ilyana tergagap-gagap

"Jom..."

"Sekarang ke?"

Rayan hanya menganggukkan kepala

Dengan malas Ilyana berjalan ke arah pemasang muzik dan memasang lagu rancak

Rayan mula menggerakkan kakinya mengikut rentak lagu

'Wow not bad'desis hati Ilyana

Ilyana membuka langkahnya pula

Akhirnya selesai sesi perlawanan tarian itu....

"Amacam hebat tak?"tanya Rayan dengan poyo

"Poyo betul"kata Ilyana

"Tapi aku nak bagitau benda"

"Apa"

"Aku nak taubat.."

"Taubat??hahhahaa"kata Ilyana sebelum ketawa terbahak-bahak

"Betul..aku tak nak dah buli kau lagi.."sebab aku suka kau sambung Rayan di dalam hati

"Apa motif kau"

"A..aku..emm..kita kawan?"

"Kawan?jap aku fikir.."balas Ilyana sambil mengusap dagunya seperti gaya sedang berfikir

"Okay kita kawan"

"Thanks for accepting me as your friend"ujar Rayan dengan bergaya

"My pleasure"

My Prince Charm School Where stories live. Discover now