1

32 0 0
                                    

Selepas 10 tahun aku tinggalkan tanah borneo. Hari ini aku kembali lagi. Kembali dengan seribu macam perasaan. Sudah tiba masanya untuk aku menuntut hak aku. Kita jumpa nanti.

10 tahun lalu.
"Lona, kau jaga diri tau. Mama sayangkan Lona. Nanti jangan lupakan mama dan Rita." Kata mama Mia.
"Ya mama. Terima kasih mama." Kataku.
"Aku cuba tapi aku tak janji apa-apa. Tolong jaga mama aku. Itu sahaja yang aku ada sekarang. Jangan risau. Aku pandai jaga diri. Nanti bila aku dah sedia untuk balik. Aku akan balik." Kataku kepada Rita sebelum Rita sempat untuk berkata-kata sambil memeluk Rita dan melangkah pergi.
Aku akan kembali. Itu janjiku. Apa yang boleh diharapkan kepada budak perempuan yang baru berusia 15 tahun. Aku hanya ikut kata hati.

"Cik, kita dah sampai ni." Kata pak cik teksi kepadaku.
Tersedar aku dari lamuan kisah dulu.
"Terima kasih" kataku.
"Lonaaaaa." Jerit Rita
"Kenapa tak bagitahu nak balik?" Sambungnya lagi.
"Sahaja." Jawabku sambil aku peluk erat badan Rita.
"Rindunya kat kau. Mama mana?" Kataku lagi.
"Masuklah dulu. Rehat. Nanti kita cerita yang lain." Kata Rita kepadaku.

Rita adalah satu-satunya kawan yang aku ada selepas mama. Rita dan aku adalah anak yatim piatu yang tak punya apa-apa. Aku jumpa Rita di Rumah Anak Yatim selepas ibu dan adikku mati kemalangan 12 tahun lalu.  Aku bernasib baik kerna dipertemukan dengan Datuk Maria dan Datuk Marialah yang mengambil aku sebagai anak angkatnya. Mama Maria seorang wanita bekerjaya yang berhati mulia. Mama pun telah kehilangan ahli keluarganya semasa kebakaran rumahnya 20 tahun lalu. Disebabkan kisah kami berdua sama mama tergerak hati untuk mengambil aku sebagai anak angkat dia.

"Mama mana?" Aku tanya lagi sambil duduk di ruang tamu dengan Rita.
"Datuk pergi sabah, ada masalah di site kat sana."
"Malam ni baru Datuk balik, nanti kita jemput Datuk sama-sama. Mesti Datuk terkejut tengok kau dah balik." Sambung Rita lagi.
"Bagus juga candangan kau beb. Aku nak rehat dulu. Nanti kau kejutkan aku yer." Kata aku lalu naik ke bilik aku yg dh 10 tahun aku tinggalkan.

Masuk sahaja dalam bilik mata aku terus berkaca. Mama memang sayangkan aku dan memahami perasaan aku. Setiap sudut dalam bilik aku masih lagi macam dulu. Bahkan sentiasa bersih bilikku ini. Gambar ibu dan adikku pun sentiasa dijaga rapi.

'Ibu, Lona dah balik. Dah tiba masanya untuk Lona menuntut hak Ibu dan adik. Lona akan lakukan apa sahaja untuk melihat keluarga dia hancur. Itu janji Lona ibu.' Kata Lona dalam hati.

***************************************************

"Mamaaaaa...." aku peluk mama dengan erat sekali.
Mama masih lagi terpinga-pinga.
"Bila anak mama ni balik?" Soal mama sambil balas pelukan aku.
"Pagi tadi." Jawabku sambil beriringan ke kereta.
"Kenapa Rita tak cakap pun yang Lona dah balik tadi?" Kata Datuk Maria.
"Mama jangan marah Rita, Lona yang suruh rahsiakan dari mama." Jawabku.
"Cuti berapa lama ni?" Tanya mama pula.
"Lona sambung belajar kat sini je. Tinggal 3 bulan lagi sebelum Lona grad." Kataku lagi.
"Kenapa pula?"
"Sebab Lona dah rindu Borneo." Jawabku pelahan.

Aku rasa tak perlu untuk aku jelaskan kepada mama kerna mama tahu perancangan aku.



##apa perancangan Lona?
##votelah kalau nak tahu.
## kalau tak best jangan marah..

dendamWhere stories live. Discover now