#HudnaNabilla - ASRAMA

457 16 1
                                    

*#HudnaNabilla – ASRAMA*

Siapa sini pernah duk asrama masa zaman sekolah??

Mesti banyak pengalaman pahit manis tawar masin masam payau semua kan? Dan aku yakin, sedikit sebanyak mesti korang pernah alami pengalaman menyeramkan di asrama. Atau mungkin pernah dengar senior-senior bercerita.

Meh aku nak kongsikan sikit pengalaman aku selama setahun duduk asrama. Setahun ja. Huhu. Aku start masuk asrama pun masa aku tingkatan 6 atas. Sebab tu setahun sahaja.

Asrama aku terletak di pedalaman kampung (tapi sekarang alhamdulillah sudah bertambah maju)

Asrama ni mempunyai dua blok yang mana setiap blok mempunyai 4 tingkat. Blok A penghuninya penuh sehingga ke tingkat 4.
Blok B kosong di tingkat 1, tingkat 2 hanya 1 bilik dibuka untuk 4 orang (orang-orang yang berjawatan besar dalam asrama). Tingkat 3 penuh dan tingkat 4 kosong.

Aku ditempatkan di tingkat 3 bilik paaaaaaaaling hujung sebelah tangga bersama 2 orang sahabat dari kelas aku iaitu Yana dan Ita. Katil dalam dorm kitorang ada 6 jadinya 3 katil masih kosong dan menjadi tempat persinggahan junior-junior yang nak menumpang tidur.

Ada satu minggu tu Ita cuti sebab tak sihat. Jadinya kami hanya tinggal berdua di dalam bilik. Selalunya waktu maghrib kami akan solat berjemaah di surau. Tangga sebelah bilik kami adalah tangga yang paling dekat dengan surau tetapi dikunci kerana tangga tersebut merupakan tangga paling hujung jadi warden tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan tangga tersebut.

Jadi kami akan menggunakan tangga depan dan u-turn untuk ke surau.

Sampai di surau ada seorang junior yang merangkap Ketua Aspuri menegur kami.

“Berdua je ke? Mana Kak Ita?” Tanya Alya.

“Kak Ita kan cuti. Hang ni mengigau ka?” Marah Yana kepada Alya. Marah-marah manja ja tuh. Hehe.

“Apa pulak aih..orang nampak la Kak Ita tadi turun tangga belakang sorang-sorang..tapi orang tak tegur la sebab tengok muka dia masam ja..ingatkan bergaduh dengan akak berdua..” Bebel Alya panjang lebar.

“Hang jangan dok buat cerita Alya..makan penampar kot jap gi..Kak Ita mana ada kat asrama..dah seminggu dia demam campak..hang tak percaya p tanya Warden Cik Mah, kak yang p hantar salinan MC Kak Ita kat dia..” aku yang sedari tadi menjadi pendengar pula bersuara..

“Laa yeke? Habis yang orang nampak tadi tu sapa?” Tanya Alya dengan senyum sinis. Biasalah otai lama kat asrama tu, jadi diperbodohkan oleh makhluk di alam sana adalah menjadi kebiasaannya. Haha.

“Member hang kot..haha..lagipun pagar kat tangga belakang kan kunci..sapa lagi yang boleh lalu kot situ kalau bukan geng-geng depa..dia pun nak sembahyang jugak..biaq lah kat dia..” jawab Yana sambik tersengih-sengih. Aku turut tertawa kecil. Perkara seperti itu sudah biasa. Makhluk di asrama tersebut memang suka menyerupai kawan-kawan kitorang. Nasib badanlah siapa yang terkena tuh.

.
.
.

Kalau admin dan pembaca nak tahu, di tingkat dua yang aku bagitahu tadi hanya ada satu bilik untuk ketua-ketua asrama, sebenarnya terdapat lagi satu bilik besar seperti rumah apartment yang dulunya diduduki oleh seorang cikgu perempuan bersama suami dia. Aku namakan dia Cikgu Zaleha je lah (bukan nama sebenar) dan suami dia Encik Ibrahim.
Encik Ibrahim ni kerja atas kapal. Jurutera kapal kalau tak silap aku. Selalu berlayar 3,4 bulan baru balik.

Kebetulan suatu masa tu dibulan ramadhan, suami Cikgu Zaleha masih berlayar dan akan berlabuh 3 hari sebelum raya. Cikgu kitorang masatu tengah sarat mengandung.

Seminggu sebelum raya semua penghuni asrama dah pulang ke rumah masing-masing sebab cuti penggal jatuh pada penghujung ramadhan dan awal syawal. Memang raya sakan lah kitorang masa tu. Hehe.

Kisah Si Makhluk 2Where stories live. Discover now