01 | PERTEMUAN

21.3K 485 24
                                    

(CERITA INI AKAN DIUBAH SUAI SETELAH MENJADI EBOOK)
(JALAN CERITA MASIH SAMA CUMA AKAN ADA PENAMBAHBAIKAN DALAM SETIAP CHAPTER)
(PERMULAAN YANG KURANG MENARIK INI SEMEMANGNYA KURANG MENDAPAT SAMBUTAN)
TQ.

"IBU maafkan Arina. Arina terpaksa buat semua ni. Arina tak sengaja bu, maafkan Arina." Dia menangis teresak-esak sambil berlari dalam kehujanan. Kebetulan pula, jalan ini amat lenggang pada waktu malam dan susah untuk melihat kenderaan lalu-lalang di kawasan itu.

Tanpa dia sedari, sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahnya dengan memancarkan satu cahaya yang amat terang sehingga membuatkan dia terhenti betul-betul di tengah jalan.

Pin! Pin!

Belum sempat untuk mengelak, tubuh gadis itu telah dilanggar sehinggakan menghasilkan bunyi hentaman yang agak kuat. Agak jauh tubuh gadis itu terpelanting akibat langgaran tersebut. Darah mula mengalir dengan laju di bahagian kepala gadis.

Pemandu kereta itu menghentikan kereta di bahu jalan. Dia keluar melihat keadaan gadis itu dalam kehujanan.

"Tuan, Puan... apa kita nak buat sekarang?" soal pemandu itu dengan nada cemas. "Zack, kamu angkat sahaja dia masuk ke dalam kereta. Abang pergi duduk depan biar dia duduk belakang sekali dengan sayang," pinta wanita itu.

"Baik Puan,"

Tanpa membantah, Zack mengikut arahan majikannya. Susuk tubuh itu diangkat dengan berhati-hati dan dibawa ke tempat duduk belakang. Tuannya dengan pantas berpindah tempat duduk tanpa membantah sedikit pun arahan isterinya.

Lagipula sekarang hujan tengah lebat. Tidak ada guna sekiranya mereka bertengkar dan lebih baik mereka bertolak ansur. Setelah selesai meletak gadis itu bersebelahan dengan wanita itu, Zack masih berdiri statik di luar.

Masakan mahu masuk begitu saja dengan bajunya habis basah lecun akibat disirami dengan hujan lebat itu.

"Kamu masuk saja Zack. Nanti ada pula kamu demam sebab terkena hujan. Lagi pula kereta ini dapat di servis nanti," kata lelaki itu. Zack hanya menurut perintah majikannya dan kereta itu kembali meluncur ke menuju ke hospital berdekatan.



"MUMMY, Daddy buat apa dekat sana? Siapa yang sakit?" soal lelaki itu disebalik corong telefon kedengaran risau dan tertanya-tanya.

"No, tiada siapa yang sakit. Kami okay sahaja, sayang." Lembut dan tenang suara wanita itu membalas. "Kalau macam tu, mummy buat apa dekat sana?" Lelaki itu masih ingin tahu, berkerut dahinya kerana kurang mengerti.

"Waktu kami on the way balik ... Zack ada terlanggar seorang budak perempuan. Nampak gaya macam sebaya kamu," balasnya dan mata yang memandang ke arah si suami yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Kalau macam tu Ekal dengan angah pergi sana sekarang," putus Raikal. "Eh, tak payah susah-susah kamu nak datang sini," wanita tersebut membantah. "Kalau macam tu mummy dengan daddy nak stay sana ker?" soal Raikal lagi.

BOOK 1 : QOMW✔️ [EBOOK]Where stories live. Discover now