05 | MERAJUK

7.2K 345 2
                                    

MATANYA sudah merah. Hatinya sangat kuat. Setabah mana pun seseorang itu, tapi apabila menceritakan kisah duka begitu pasti akan merasa sebak di dada. Tanpa sesiapa sedar, air mata sudah mengalir dahulu di dalam.

Mereka diam. Keluarga mereka sempurna dengan kemewahan. Kasih saying yang mereka perolehi juga cukup walaupun ibu bapa mereka sibuk dengan kerjaya. Hidup gadis di hadapannya bukannya sebegitu. Kuat. Hany aitu yang mereka mampu katakan.

"Tapi..."

"Itu semua dah tak bermakna lagi. Usaha ayah selama ni adalah sia-sia," Iruna cuba menahan tangisannya. "Kenapa?" Tanya Tengku Jessica sambil mengusap belakang Iruna. "Sebab selama ni kakak bukan belajar, kakak habiskan semua titik peluh ayah dengan berfoya-foya. Keluar dengan jantan yang bukan muhrim. Buat benda tak senonoh dekat sana-sini, pakai baju yang tak cukup kain..,"

"Selama ni Una diam je dengan semua perbuatan kakak. Una tak pernah bagi tahu ibu dan ayah pasal semua ni. Sebab apa? sebab Una nak jaga hati ibu dan ayah. Una tak nak ibu dan ayah benci kakak. Walaupun sekarang ni dalam hati Una, Una rasa nak cincang je kakak tu macam cincang daging..." Iruna ketawa kecil.

Mereka yang berada di situ hanya mendengar cerita Una. Kadang kala hamper menitis air mata apabila mendengar kisah hidup Una. Tidak lupa juga dengan ketawa itu. Ketawa yang ingin menutup segala luka.

"Tapi... Una yakin yang kakak buat semua tu pasti ada sebabnya. Dulu kakak bukan macam ni. Kakak seorang yang peramah, baik, sopan santun. Una yakin pasti ada sebab yang membuatkan kakak berubah dalam sekelip mata..."

"Una tak nak tuduh kakak melulu...Una akan cari kebenarannya. Andai suatu hari nanti Una tahu siapa yang buat kakak berubah, Una akan bunuh dia sendiri.... Andai kata memang kakak sendiri yang mahu berubah dan ikut jalan yang tidak sepatutnya. Una akan cuba untuk ubah kakak kembali kepada dirinya yang asal..." Ujar Iruna dengan yakin manakala Tengku Jessica sudah memeluk Iruna.

Bukan itu yang ketua keluarga mereka ingin lakukan. Seteruk mana dan sekuat mana pun mereka bekerja, tapi kalau hanya gaji yang seciput. Mana mampu untuk menanggung kos pembelajaran di sana. Hanya kerana ingin melihat anaknya berjaya, mereka sanggup lakukan apa sahaja.

"Sabar ya Una. Mummy yakin semua yang berlaku dalam hidup Una pasti ada hikmahnya. Una kuat. Kuat sebab Una mampu bertahan sampai sekarang. Walaupun ibu angkat Una dah tak ada, Una masih lagi kuat dan tabah,"

"Una jangan risau. Insyaallah mummy sekeluarga akan bahagiakan Una. Jangan sedih-sedih lagi ya," Tengku Jessica mengusap belakang badan Iruna. "Baik mummy," Iruna mengangguk sambal memeluk erat tubuh Tengku Jessica.

"Una. Tadi daddy dah jumpa doktor Farish. Doktor cakap Una nak berkeras nak balik..."

"Una dah betul-betul sihat ke?" Soal Tengku Aariz.

"Una dah sihat daddy. Tadi memang Una ada niat untuk bagi tahu daddy yang Una nak balik. Tapi bila Una keluar tandas, tak jangka pula benda macam ni nak berlaku. Kalau tak tadi, nak suruh Doktor Farish je informkan dekat daddy," balas Iruna.

"Una lupa yang Una tak ada handphone," Iruna tersengih. "Una yakin ke yang Una dah sihat? Itu dekat leher tu baru saja dapat tadi tau," tegur Tengku Jessica. "Mummy, Una dah sihat. Una dah pulih, boleh la Una balik. Una tak nak duduk sini. Lagipun luka ni boleh sembuh. Nanti suruh la Doktor Firash letak ubat. Sikit je ni," Una merengek.

"Tanya daddy, along, angah dan Ekal. Mummy setuju je Una nak balik. Tapi Una kena dapat izin dia orang la," Tengku Jessica memandang suami dan anak-anaknya.

"Daddy, boleh la Una nak balik. Along, angah, Ekal please," Iruna membuat muka comel. "Ish! Along setuju," Rizal mengalah. 'Harap bukan muhrim je. Kalau tak dah lama along cubit pipi tembam Una' Rizal sudah geli hati melihat telatah Iruna yang ingin memujuk daddynya.

BOOK 1 : QOMW✔️ [EBOOK]Where stories live. Discover now