9

1.7K 121 6
                                    

Bab 9

            Tubuh yang sudah dimamah usia aku paksa untuk berjalan.

            Kembali ke Melaka, bumi berdaulat.

Puas aku mencari semula cinta yang hilang..

            Tetapi si puteri bagaikan hilang dari muka bumi ini..

            Bagaikan tidak pernah wujud di bumi Melaka ini..

             Tiada seorang pun mengakui kewujudannya..

            “Kenapa?”

            Aku datang semula ke rumah agam itu. Aku mengajukankan soalan sebaik sahaja pintu dibuka. Kelihatan Mak Darul tersenyum apabila mendengar soalan aku yang agak terburu-buru itu. Aku terdiam seketika.

            “Ibu Aisya.”

            Aku mengeluh perlahan. Rahsia yang tersimpan selama ini bukan lagi rahsia.

            “Sudah lama kita tidak berjumpa. Selepas pemergian mama, ibu Aisya hilang tanpa jejak.”

            Aku tersenyum sebelum meneguk air teh yang terhidang dihadapanku.

            “Saya mesti pergi sebelum ada yang bertanya. Menganjak usia ‘30’ tahun pada waktu itu bukanlah mudah. Apatah lagi kalau memiliki wajah remaja berusia 23 tahun. Saya bertahan dikampung itu hanya kerana mama kamu. Dialah kawan baik saya selepas Puteh.”

            Terasa pelik bila bayi yang aku jaga dari kecil kini sudah kelihatan lebih tua dariku. Senyuman manis yang terukir di wajah masih sama seperti dahulu. Malangnya aku terpaksa pergi walaupun tahu dia memerlukan aku selepas pemergian ibu kandungnya. Tapi hati aku sudah cukup terluka. Seorang demi seorang pergi meninggalkan aku. Sementara aku terpaksa hidup dengan sumpahan yang aku sendiri mahukan. 

            “Mulanya saya marah. Kenapa Ibu Aisya pergi ketika saya masih memerlukan kekuatan dari ibu. Tapi selepas berkahwin dengan abang Din, saya ternampak satu potret yang dilukis pada kurun ke-15, wajahnya seiras dengan ibu Aisya. Saya teringat yang kecantikan ibu Aisya menjadi tajuk perbualan orang kampung. Mulut-mulut mengatakan yang ibu Aisya gunakan jin untuk kekal muda.”

            Aku tertawa kecil bila teringat pengalaman aku di kampung itu. Sudah bertahun-tahun berlalu. Mungkin generasi dulu sudah ramai yang tiada lagi di dunia yang fana ini.

            “Sudah terlalu lama saya berjalan di muka bumi ini. Entah bila akan ada akhirnya.”

            Ya. Aku merindui kematian. Namun aku tidak terfikir untuk meragut nyawaku sendiri. Biarlah masa yang menentukannya.

            “Hah.. Tun Amina.”

            Ayah Darul, Din Fitri berjalan mendekati kami berdua dengan membawa sekeping potret dan sebuah lagi buku catatan lama. Aku tersenyum kelat. Sudah lama aku tidak mendengar nama itu disebut. Sudah beratus tahun. Malah aku sendiri mempersoalkan kewujudan Tun Amina Aisya.

            “Satu-satunya potret yang disimpan dengan selamat sehingga hari ini. Ia diberikan dari generasi tua ke generasi muda keluarga Dahari.”

            Aku tertawa dalam tangisan. Aku masih ingat dengan potret ini. Potret terakhir yang dilukis oleh Dahari untukku. Dia berjanji akan menyiapkan potret ini dan memberikan kepadaku jika sudah menyiapkan potret itu.

Sumpahan untuk Si PuteriWhere stories live. Discover now