Pada waktu malam
Selepas menghabiskan masa mengulang kaji pelajaran, Fang menuju ke ruang tamu. Kebetulan dia mendapati ibunya duduk di sofa. Wajah si ibu tampak pucat.
"Papa...masih tak balik lagi ke?"
Si ibu hanya menggeleng kepala. Dia tahu bahawa suaminya masih lagi berada di pusat perjudian. Jam pula menunjukkan pukul 11 malam. Mana mungkin si ayah akan pulang secepat itu.
Fang mengeluh sedih. Dia duduk di sofa lalu menepuk bahu ibunya.
"Jangan risau, mama tak apa-apa." si ibu tersenyum sedih.
Manakala Boboiboy pula, tidur di atas sofa.
"Fang. Tolong bawa Boboiboy tidur kat biliknya. Mama takut jika papa cuba buat hal buruk terhadap adikmu." arah si ibu.
"Tapi mama..."
"Jangan risau sayang. Mama pasti dapat uruskan hal ini." si ibu mencelah.
"Baiklah." Fang terus mendukung si adik lalu menuju ke tingkat atas.
Sesampainya di bilik Boboiboy, Fang membaringkan si adik di atas tilam yang empuk. Kemudian si abang menutup tubuh si adik dengan selimut.
Fang memandang lama muka si adik yang comel. Keadaan adiknya yang tertidur seolah- olah tidak menghadapi apa2 masalah. Sekali sekala si abang mengusap rambut si adik.
Kemudian, Fang menunduk kepalanya sedikit lalu memberikan sebuah ciuman di dahi.
"Good night, Boboiboy~"
Lalu si abang baring & tidur di sebelah adiknya.
~°~
"WAARRGGHHH!!!"
Fang tiba2 terbangun sebaik sahaja dia mendengar jeritan si ibu dari tingkat bawah.
Dia lekas bangun dari tilam lalu keluar dari bilik menuju ke tingkah bawah.
Sebaik saja Fang memijak lantai ruang tamu, matanya membulat, seolah- olah menunjukkan reaksi terkejut.
Si ayah non-stop memukul isterinya dengan menggunakan botol kaca. Manakala si ibu pula menangis sambil merayu tak henti2.
"Abang, tolonglah! Hentikan perbuatanmu!" rayu si ibu.
"Diamlah kau! Takkanlah sesen pun kau tak bagi!" jawab si ayah.
"Janganlah begini bang. Lagipun duit tu untuk menyara yuran anak kita. Abang tak kisah ke?!" protes si ibu.
"Argh!! Aku tak kisah! Aku nak duit tu jugak! Lagipun, aku dah beberapa kali kalah dalam permainan judi tu, kau tau tak!!" herdik si ayah sambil menarik rambut isterinya.
"KAMU TAU TAK?!! SELAMA KITA HIDUP 20 TAHUN LALU, ABANG TAK PERNAH JADI BEGINI! NAMUN SEJAK ABANG TERLIBAT DALAM JUDI, ABANG DAH MULA MENUNJUKKAN KEEGOISANMU! ABANG MENDERA KITA! BAHKAN, ABANG JUGA DAH MULA MENGHABISKAN DUIT PERBELANJAAN YANG DIKUMPULKAN SELAMA NI! ABANG TAK KISAH KE?!!" si ibu mula menjerit.
"DIAMLAH KAU! DARIPADA KAHWIN DENGAN PEREMPUAN MURAHAN CAM KAU! DAH LAMA ABANG TAK HIDUP MACAM NI!" jerit si ayah.
"CUKUPLAH TU!!!" Fang mula mengeluarkan nada yang cukup tinggi. Dirinya sudah tidak tahan dengan semua ni.
"Papa...kenapa papa sanggup buat begini...kenapa papa dah mula berjinak-jinak dengan permainan judi...apa sebab papa stres kat tempat kerja?? MENGAKU JELAH!! Kenapa papa sanggup mendera mama. Kenapa papa sanggup habiskan duit perbelanjaan....semata-mata nak teruskan permainan judi tu, kan....kenapa....KENAPA?!!" jawab Fang dengan panjang lebar diakhiri dengan jeritan.
Si ayah hanya mendengus kasar. "Kau jangan nak tunjuk lagak depan orang tua! KAU TU TAK LAYAK!!"
"PAPALAH YANG TAK LAYAK! ORANG MACAM PAPA MEMANG LAYAK DIHINA MASYARAKAT!! AYO! JAWABLAH SOALAN AKU! KENAPA PAPA SANGGUP BUAT BEGITU?! KENAPA!!" jerit Fang. Matanya dah mula menunjukkan amarahnya.
"Kurang ajar kau! Sini aku ajar kau!" kali ni si ayah mula menyerang anaknya. Badannya dipukul beberapa kali oleh serangan botol kaca. Si ibu pula cuba menahan pergaduhan tersebut.
"Cukuplah tu bang! Jangan cuba nak dera dia!" jerit si ibu sambil memegang tubuh suaminya dari belakang.
"Diamlah kau! Selepas aku ajar dia, baru aku uruskan kau pula!" protes si ayah.
Fang hanya mengerang kesakitan. Air mata dah mula bertakung pada pelupuk matanya tapi si abang cuba menahannya daripada mengalir keluar.
Tiba2
PPRRAAANNGGKKK!!!
Serpihan kaca daripada botol tersebut mengenai mulut Fang. Si ayah tiba2 memberhentikan kegiatan tersebut. Tangannya mula melepaskan botol kaca tersebut.
"Sayang!!!" jerit si ibu lalu meluru ke arah anaknya. Dia kemudiannya memeluk Fang dalam keadaan separuh sedar. Si ibu mula menatap tajam ke arah suaminya.
"Kalau kau nak sangat!" si ibu masuk ke biliknya kemudian kembali semula. "Ambiklah ni semua! AMBIKLAH!! Semua ni milik abang!" si ibu melemparkan sejumlah wang kepada suaminya. Si ayah pula menunduk sambil mengutip wang2 tersebut.
"Lagi satu, aku dah bertekad. Aku nak bercerai dengan kau talak tiga!! Jangan harap kau sesekali kembali semula! Pergilah kalau kau rasa permainan tu lebih penting dari kitorang!!" si ibu dah bertekad. Fang terkejut dengan apa yang dikatakan oleh ibunya.
Namun respon dari si ayah amat menghampakan.
"K fine! Baguslah tu! Aku dah bebas! Tak perlu aku nak tengok muka kau & anak kau!"
Kemudian si ayah meninggalkan rumah tersebut tanpa menoleh ke belakang.
Suasana hening seketika...
Si ibu tiba2 menunduk lemas. Kakinya tidak dapat berdiri semula. Air mata mula mengalir deras di pipi mulus si ibu. Fang hanya memeluk si ibu.
Si ibu tidak percaya. Selama 20 tahun mereka mendirikan rumah tangga kini berakhir dengan perceraian yang teruk. Si ibu hanya menangis teresak-esak sambil menutup muka guna tangan manakala Fang cuba menenangkan si ibu.
~°~
Fang membersihkan luka di bibirnya dengan menyapukan sedikit ubat. Sakit. Tapi dia lega.
Sebab lepas ni dia tidak perlu risau lagi sebab tiada lagi adegan keganasan rumah tangga yang berlaku terhadap ibunya & juga dirinya sendiri.
"Fang..."
Fang mencari empunya suara itu. Dia ternampak Boboiboy berdiri di muka pintu biliknya. Kelihatan air matanya mengalir di pipi si adik.
"Betulkah papa dah tinggalkan kita?"
Fang agak terkejut dengan soalan si adik. Rupa-rupanya, Boboiboy sendiri menyaksikan adegan itu dari tangga atas.
Apabila Boboiboy melihat mulut Fang yang terluka akibat terkena serpihan kaca. Air matanya dah mula mengalir deras. Buru2 si adik berlari menuju ke arah si abang lalu memeluknya dengan erat. Fang cepat2 menenangkan jiwa si adik dengan menggosok belakang badan si adik. Boboiboy hanya menangis teresak-esak.
"Jangan risau....semuanya akan jadi ok..." jawab si abang dengan tenang.
Tbc

YOU ARE READING
Ѡɦɨтє Fℓღωєʀ Fღʀ Yღµ || Fɑиɢ & ßღвღɨвღγ FF
AdventureSelepas kejadian yang tidak diingini berserta dengan kemalangan yang melibatkan nyawa ibu bapa mereka melayang, hubungan antara kedua- dua adik beradik bertambah rapat & berjanji antara satu sama lain bagi menghadapi cabaran hidup yang serba mencaba...