BAB 14

5.5K 246 2
                                    

PINTU bilik dibuka perlahan.Ketika itu dia lihat Haziq sedang menyimpan pakaian ke dalam beg yang diletakkan di atas katil.Lantas dia menghampiri suaminya.

"Haziq.. awak nak pergi mana ni?" soalnya.Kenapa pulak ni? Janganlah dia nak tinggalkan aku pulak.Aku tak tahu apa-apa.

Haziq tidak menjawab.Pakaiannya disumbat ke dalam beg.Dari perbuatannya,Ayra tahu yang Haziq sedang marah.Buktinya,dia main campak je baju tu dalam beg.Kut ya pun lipatlah elok-elok sikit.Serabutlah tengok selerak macam tu.

"Awak.. cakapalah dengan saya.Awak nak pergi mana ni?" soalnya lagi.Kali ni lebih lembut.Mana tahu dengan kelembutan dapat melegakan hati Haziq.

Tapi sekali lagi dia gagal apabila Haziq masih tidak bersuara.Sudahnya,Ayra hanya duduk di birai katil dan memandang suaminya.Baru sehari kahwin dah kena tinggal.Kena tinggal dekat rumah mentua pulak tu.Kalau cakap nak ikut,nanti kena marah pulak.

"Kalau kau nak ikut,kemas baju cepat!" kata Haziq.Tegas.Ayra apa lagi,tersengih sampai ke tengkuklah jawabnya.Terus cepat-cepat dia mengemas pakaiannya dan bersiap.Nasib baiklah Haziq sudi menunggu.

"Em.. awak tak nak jumpa mama dengan papa dulu?" Haziq tidak mengendahkan pertanyaan Ayra.Dia terus saja melangkah keluar dari rumah banglo tersebut.Tak sanggup lagi nak lama-lama dalam ni!

Ayra sekali lagi dalam dilema.Tapi sebagai menghormati mentuanya,dia menghampiri juga ketiga mereka yang masih di ruang makan.Dah suaminya bersikap begitu,takkan dia pun nak ikut sama kan?

"Mama,Papa,Along.. Ayra dengan Haziq balik dulu ya?" Ayra serba salah.
Haihlah,encik suami.. dia tu pun satu.Lain kali cakaplah sendiri.Ni dah satu kerja aku nak kena tanggung rasa serba salah ni seorang diri.Mak bapak dia bukannya mak bapak aku.

"Ayra dengan Haziq nak pergi mana?" soal Datin Farida.Dia pelik jugak bila tiba-tiba je Haziq dan Ayra turun bersama beg pakaian.Haziq dengan muka masam,terus saja keluar dari rumah.Nak tanya,bukanjya berjawab pun nanti.

"Er.. Ayra tak tahu,ma.Ayra cuma ikut Haziq je.Ayra balik dulu ya?" Ayra menyalami tangan Datin Farida dan kemudian Dato Zulkarnain.Dia tersenyum pada Haikal sekadar berbahasa.

"Ayra jaga diri elok-elok ya? Haziq tengah marah lagi tu,esok-esok dia okey nanti Ayra tanya dia apa yang jadi.Mama lepaskan anak mama dekat Ayra,jaga dia ya sayang?" pesan Datin Farida.Ayra hanya mengangguk.

Pon! Pon!

Bunyi hon kedengaran kuat dari luar.Kelam-kabut Ayra meminta diri dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta.Hisy! Tak reti nak sabar betul suami aku ni.Macam kereta dia je yang ada hon dalam dunia ni.

"Kau buat apa lama sangat kat dalam tu?" soal Haziq.Tak marah tapi tegas.Sempat dia mengeluh kuat sebelum menekan pedal minyak.Semuanya nak menyusahkan aku!

Hampir 20 minit perjalanan,mereka hanya mendiamkan diri.Kalau ikutkan,Ayra nak tanya macam-macam.Pelbagai persoalan bermain di fikirannya sekarang ni.Tapi melihatkan wajah tegang suaminya sekarang,rasanya baik dia diam saja sebelum dia ditinggalkan di tepi jalan.

Sesekali Ayra memandang Haziq di sebelah.Entah apa yang difikirnya sampai timbul urat di tepi dahi lelaki itu.Genggaman tangannya pada stereng juga kelihatan begitu kejap.Ni kan.. kalau salah cakap memang confirm kena maki.Hidup-hidup kena sumpah seranah.Haih..

Ehh.. apa kau fikir macam tu? Dia tu suami kau.Cuba bersangka baik sikit.Tak baik tau.Kau sebagai isteri dia kenalah tenangkan dia.Bukan kutuk dalam diam macam ni.

Ayra berdeham.Apa nak jadi lepas ni tawakal je lah.Kalau kena tinggal tepi jalan,harap-harap ada Grab yang boleh datang ambik.

"Awak okey?" soalnya.Lembut dan perlahan.Tapi macam biasalah.
Kehadirannya memang langsung tak beri erti pada Haziq.Suaminya langsung tidak mengendahkan pertanyaannya.

Sudahnya Ayra mendiamkan diri lagi.Tak apalah,nanti-nanti okeylah kut.Mungkin emosi Haziq terganggu.

Sreet!

Ayra terdorong ke hadapan secara tiba-tiba.Mujur dia memakai seat belt dan sempat berpaut pada pemegang di atas.Kalau tidak,mahu benjol jugak kepala terhantuk pada dashboard kereta.Dia segera menoleh sebelah.Haziq sedang meraup mukanya.Ya Allah,jatuh kesian pulak melihat keadaan lelaki itu.Dia tak tahu apa yang sedang berlaku antara Haziq dan keluarganya tapi dia yakin yang perkara itu telah menganggu fikiran Haziq.

Perlahan-lahan Ayra menyentuh tangan Haziq yang berada di muka.Sebelah tangan itu digenggam kuat seakan memberi kekuatan pada Haziq.Apabila lelaki itu memandang ke arahnya,dia memberikan sedikit senyuman.

"Kau.."

"Syutt.. awak tenangkan diri dulu.Tak elok kalau bawak kereta dalam keadaan tertekan macam ni", pujuknya lembut.Lengan lelaki itu digosok lembut.Dalam beberapa minit mereka berkeadaan begitu sehinggalah Ayra bersuara lagi.

"Saya tak tahu apa yang jadi sebenarnya tapi awak tak boleh tertekan macam ni.Bahaya tau.Kalau awak nak luahkan,saya sebagai isteri sudi mendengar.Awak jangan fikirkan sangat ya?" pujuknya lagi.Kemudian dia memandang ke cermin depan.Biarkan Haziq menenangkan fikirannya.

Tanpa sedar,Haziq memandang ke arahnya.Lelaki itu tersenyum kecil.

"Em.. kau macam mana?" agak lama mereka berpegangan tangan,Haziq akhirnya melepaskan.Rasanya emosinya dah pulih sikit.

"Saya? Saya okey je.Awak yang dalam masalah,kenapa tanya saya?" Ayra berkerut dahi.Dia yang tertekan,ada tanya kita pulak? Dah tentu-tentu aku ni okey je.

Haziq memutarkan matanya.Macam manalah dia ni boleh jadi pensyarah?

"Maksud aku,lepas ni kau macam mana? Aku nak balik rumah aku",

Ayra mengelipkan matanya beberapa kali."Apa susah,saya ikut awaklah",

"Jangan nak mengada! Habistu kau nak tinggal dengan Anas dan Zakaria,macam tu?"

Ayra diam lagi.Berfikir.Tu rumah Haziq ke?

"Habistu? Awak nak kita tinggal asing?"

"Yes! For sure..", Haziq memandang ke cermin sisi.Tak banyak kereta di belakangnya.

Muncung ditarik panjang.Mana boleh!

"Apa guna kita kahwin kalau semuanya kena asing-asing? Baik tak payah kahwin.Dah jadi isteri orang tapi hidup sendiri", Ayra menyilangkan tangan ke dada.Bukan merajuk,dia memang begini kalau tak puas hati.

Isterinya dipandang dengan mata mengecil.

"Habistu kau mengharapkan apa? Kita buat semua sama-sama? Kau dah lupa ke perjan.."

"Awak tinggal rumah sayalah",

"Huh? No! No!"

"Yes! Yes!"

"Tak naklah aku",

"Kenapa? Please.. awak tinggal dengan saya.Alaa..bukannya berdosa pun.Kita kan dah kahwin",

"Tak nak!"

"Pleasee.... saya janji saya tak ganggu awak.Awak boleh tidur bilik lain kalau awak nak.Asalkan awak tinggal dengan saya",

"Kenapa pulak aku nak kena buat macam tu?" Haziq menyoal sambil kening sebelah diangkat.

"Sebab tempat seorang isteri adalah di sisi suami", Ayra tersenyum.Dia berkata ikhlas.Dia nak Haziq tinggal dengannya pun sebab dia boleh jaga makan dan pakai lelaki itu.Dia boleh jalankan tanggungjawanya sebagai seorang isteri.Kalau dah duduk jauh-jauh,macam mana?

Haziq terus terdiam.Cis! Dia main ayat-ayat
mendalam pulak.

"Okey,tapi aku nak bilik asing",

Ayra tersenyum ke telinga."Okey! Dah tentu boleh, tiada masalah.Untuk awak semua pun boleh",

Haziq pandang dengan muka toya."Tak payah nak over.Aku tinggal tepi jalan nanti baru tahu",

Ayra terus duduk diam.Dengar cakap suami!

Haziq terus menekan pedal minyak.Bibirnya tiba-tiba menguntum senyuman kecil.

Sekali Lagi Mencintaimu ✔Where stories live. Discover now