Bab 30

1.7K 20 1
                                    

Selepas seminggu pulang dari Maldives, Nadhya dan Muiz masih lagi menjalani hari hari bahagia mereka sebagai suami isteri.

Nadhya kini mempunyai dua minggu lagi untuk dia merehatkan diri dari bekerja. Muiz ada mempelawanya untuk bekerja di syarikat Muiz tetiba Nadhya masih mempertimbangkan tawaran tersebut.

"Mama, esok Nadhya ikut mama pergi butik boleh? Bosan lah duduk rumah ma" kata Nadhya pada ibu mertuanya.

"Boleh je. Nak ikut hari hari pun boleh. Boleh kita bersembang panjang lagi kan" kata Datin Maisara sambil ketawa.

"Okay kalau macam tu Nadhya nak minta izin abang. Esok kita pergi sama sama okay ma" ujar Nadhya sambil tersengih.

×××××××××××××××××××××××××××××××

"Abang...." panggil Nadhya.

Panggilan Nadhya itu tidak dihiraukan oleh Muiz. Terlalu sibuk bermain dengan telefonnya.

"Abang!" jerit Nadhya yang sudah mula hendak merajuk.

"Eh ye. Ha kenapa ni?" jawab Muiz yang terkejut mendengar jeritan Nadhya itu.

"Buat apa yang sibuk sangat tu sampai tak dengar. Orang kat sebelah je kot bukannya jauh sangat"

"Abang tengah baca email dari Nadira lah. Dia ada update kat abang kerja apa yang abang kena settle bila masuk kerja nanti"

"Esok orang nak ikut mama pergi butik. Bosan lah duduk rumah. Abang pun asyik dengan kerja je sejak balik dari bercuti ni"

"Ala kalau sayang keluar siapa nak teman abang kat rumah?"

"Suruh lah telefon abang teman. Waktu orang ada buat tak tahu je"

"Abang minta maaf okay. Meh sini meh" kata Muiz yang cuba untuk memujuk.

"Pastu boleh pergi ke tak ni?"

"Pergi mana?"

"EEEE ABANG NI!"

"Hahahahah okay okay boleh. Tapi ada satu syarat"

"Apa" kata Nadhya yang sudah agak akan ada syarat.

"Ambil baju dalam kotak tu pergi tukar baju okay"

Nadhya pun terus mengambil kotak yang dimaksudkan Muiz dan segera ke dalam bilik mandi untuk menukar baju. Nadhya tidak menjangkakan baju yang ada di dalam kotak tersebut ialah lingerie.

"Apa ni abang" kata Nadhya yang cuma menghulurkan kepala nya sahaja keluar pintu bilik mandi.

"Hahahaha keluar lah dulu" kata Muiz.

"Tak nak. Malu lah" jawab Nadhya.

"Sayang nak abang pergi sana ke sayang nak keluar? Abang pergi kang terkunci pintu tu" ugut Muiz sambil ketawa.

Nadhya pun keluar dari bilik mandi sambil menutup badannya yang sedang memakai lingerie itu dengan baju kelawar yang dipakainya tadi.

Muiz mendekati Nadhya dan membawanya ke katil. Muiz perlahan lahan menarik baju kelawar yang digunakan Nadhya untuk menutupi badannya.

Muiz tersenyum dan terus bangun untuk menutup lampu bilik. Nadhya merasakan yang Muiz berbaring di sebelahnya.

"Abang, abang sayang Nadhya ke sebenarnya?"

"Kenapa tanya macam tu? Nadhya isteri abang. Mestilah abang sayang"

Lalu Muiz pun mengucup pipi Nadhya dan malam pun berlalu....

×××××××××××××××××××××××××××××××

Assalamualaikum semua. Sorry lama tak muncul. Tiga tahun menghilang. Sebenarnya dulu i uninstall apps ni. I pun dah lupa kewujudan apps ni. Bila dah install balik dah takda idea dah. So kalini kita bagi panjang sikit lah untuk orang yang merindui dan nak tahu penghujung cerita ni. InshaAllah i akan terus istikhomah untuk update cerita ni. Doakan i supaya dihujani dengan idea yang bernas❤️❤️❤️

Saya sedang mencuba untuk draft banyak episod sekaligus. Dan akan update secepat mungkin okay. Sebab sekarang saya free je tak buat apa. Stay tune🥰

Sepupuku SuamikuWhere stories live. Discover now