Bab 2 (Urusan)

1 0 0
                                    

Selepas 30 minit meluncur di atas jalan,Lisa sampai di tempat yang di tuju. Kelihatan Ace sedang menunggunya dengan muka yang garang.

'Mati lah aku.' Gumamnya. Ace seorang yang tidak suka akan orang yang tidak menepati masa. Pasti kena denda.

"Baru sampai ke?" Soalnya. Lisa menggaru kepalanya.

"Sorry lah wei. Tadi ada malaun kacau aku makan. Tu buat lambat. Sorry lah wei. Ni first and last." Lisa membuat muka 10 sennya. Ace mengeluh.

"Nasib kau baik Ni baru first time. Dah jom. Ada yang bertambah masalah pula nanti." Mereka berdua memasuki sebuah pejabat yang agak terperincil di kawasan hutan.

Mereka memasuki dan kelihatan pekerja mereka sibuk melakukan tugas. Ace dan Lisa hanya memerhati. Pekerja mereka tidak akan bertegur dengan sesiapa Jika bekerja. Itu ialah etika mereka. Mereka memasuki satu bilik dimana terdapat 4 orang di dalamnya.

"Hei,Ace. Ah,Lisa. Lama tak jumpa sis." Tegur seseorang iaitu Rayyan.

"Yow,bro. Lama tak jumpa. Kerja banyak sangat." Balasnya.

"Alah,dah kalau kerja sebagai pakar neurologi,memanglah busy memanjang." Balas seorang lagi iaitu Teressa.

Lisa hanya mampu berdiam diri.

"Dah lah tu. Cepatlah. Tempat kita ada masalah. Kita perlu cepat sebelum mereka serang masuk." Kata Ryan tegas.

"Apa yang berlaku sekarang?" Soal Lisa.

"Tempat kita hampir diserang dan senjata kita,hampir 500 senapang dicuri." Balas Crystal.

Lisa yang mendengar seakan-akan tidak percaya.

"Macam mana boleh terjadi! Korang tak jaga tempat ke?!" Mereka hanya menunduk memandang lantai. Seakan-akan tidak mampu membalas kata-kata Lisa.

Sebab apa? Sebab Lisa ialah ketua mereka. Apabila Lisa bersuara,tiada siapa yang mampu melawan.

"Kitorang leka. Diorang masuk tempat kita secara senyap. Semua cctv terpadam. Diorang pun ambil kesempatan." Balas Ryan dengan berani walaupun terdapat sedikit getaran.

Lisa menumbuk dinding.

"Sudahlah Lisa. Kau marah pun tak guna." Kata Ace. Hanya Ace yang boleh menenangkannya.

"Siapa yang curi?" Soal Lisa lagi.

"Semestinya musuh kita." Lisa tahu 'musuh kita' yang dimaksudkan oleh Teressa.

Macam mana aku nak cari diorang kalau satu muka diorang pun aku tak kenal.

"Aku nak korang cari diorang sampai ke lubang cacing. Tak kira apa pun!" Teriak Lisa. Dia menggenggam tangannya.

'Kau memang nak main dengan aku ke? Kita tengok siapa yang akan menang.' Gumamnya.

*********

Zack memaparkan skrin di mana terdapat banyak senjata yang telah dicuri oleh musuh mereka. Aiken tersenyum sinis.

"Diorang memang lembab. Ketua diorang pun sama." Kata Aiken dalam nada sinis.

"Kita tak boleh terlalu senang bos. Diorang pasti akan munculkan diri. Dan,organisasi hitam juga sudah mula bertindak." Zack memberitahu perkara itu sambil melihat ipadnya.

"Tak perlu risau tentang tu. Yang penting aku nak diorang munculkan diri. Keenam-enam mereka." Aiken termenung mengingat peristiwa tadi.

Dia tersenyum.

'Cantiknya dia. Pahal aku ni? Terfall in love ke ?' Gumamnya dalam hati.

Run For Love:L or EWhere stories live. Discover now