💞13

26.5K 900 14
                                    

"weh pia. Kau da pregnant berapa bulan?" soal fahmi ketika aku sedang kusyuk melihat dia assist dr suture ijc masa last procedure.

"baru 5minggu.." kataku.

"bini aku pun baru 6minggu. Dekat dekat la tu" kata fahmi. Setahu aku bini dia staffnurse jugak. Tapi aku lupa staffnurse kat mana. Malas nak tanya.

"okey, dah siap. Boleh hantar patient balik wad.." kata dr wan. Fahmi angguk. Dr wan pun beredar. Tinggal beberapa orang ho & mo yang turut mahu beredar.

"call wad 3b.. Suruh ambik patient. Pakai wheelchair pun bole patient stable" kata fahmi. Aku menurut sahaja. Ke meja kerja dan mendail no wad 3b.

"fahmi, saya ada urgent ijc nak insert" kata dr farhana yang tiba tiba muncul. Aku meletakkan ganggang telefon selepas habis bercakap dengan staff 3b.

"ha boleh.. Lepas ni free xde patient. Patient mana?" soal fahmi.

"patient semalam tu, mi.. Yang susah giler tu."

"eh dah try semalam nak try lagi ke? Patient agreed x?" soal fahmi. Patient mana pun aku tak sure. Sebab aku takde semalam. Tapi  dengar macam susah nak insert.

"consented. Dia agreed lagi sekali. Tapi kali ni dr ammar nak buat" kata dr farhana. Ok fine. Dia memang nak ikut aku kemana mana ke? Haha! Perasan kau pia. Tapi bila lagi nak tengok dia buat procedur dengan muka serius dia tu kan?

"ha.. Nanti da ready saya panggil" kata fahmi.

"okey thanks. Kejap lagi dr ammar datang. Dia dah habis round." kata dr farhana sebelum menghilang.

"dr ammar nak buat procedur sendiri. Alamak aku pulak yang gelabah." kata fahmi sambil mengemas ngemas alat yang digunakan untuk pesakit tadi.

"kenapa weh?"

"dia tu tegas lain macam. Kalau ada dia sumpah krik krik... Tapi tak pernah lagi dia fail buat procedur. Salute lah.."

Hmmm.. Dia cakap laki aku krik krikk... Tapi memang pun.

____________________________________________

20min berlalu. Ya memang betul kata fahmi. Suasana jadi awkward tiba tiba. Dan semua senyap. Sebab awal awal tadi dr farah dah kena marah dengan ammar. Sebab dr farah yang failed semalam. Katanya ammar, line pesakit tu okey je. Takde problem, cucuk elok je. Flow darah pun cantik. Macam mana dr farah boleh tak dapat.

Aku tengok dr farah dah monyok kat tepi. Tapi tulah, ammar paksa dia tengok sampai habis. Aku pulak nak gelak dibuatnya. Apasal la dia garang sangat ye dengan dr lain. Hmmm...

"lain kali tak confidence panggil supersenior you. I taknak patient kena cucuk banyak kali. You waste many things farah! Staffnurse, please clean & secure this cath" kata ammar menyudahkan kerjanya. Fahmi hanya menurut. Aku malas nak asist sebab aku tak lalu nak berdiri lama lama. Tadi pun aku pening tengok darah banyak sangat. Dr wan salah puncture. Hmm.. Sudahnya fahmi jugak yang asist. Aku takde function harini. Haha. Nasib la kau fahmi! Ho & mo lain pun takde. Ammar tak bagi masuk.

Aku yang curi curi dengar disebalik dinding penghalang antara ruang procedur & ruang meja kerja itu terperanjat apabila ammar tiba tiba muncul. Dia pandang aku macam nak telan. Aku pulak sengih.

"tepi sikit. Kenapa nak berdiri kat sinki?" katanya serius. Erkkkk....

Aku mengesot ketepi sikit. Kalau lah bukan suami aku, dah lama aku maki sebakul. Huh! Sombongnya dr ammar ni.

"sayang buat apa kat sini? Ingat assist abang buat procedur tadi" katanya perlahan sambil mengelap tangan.

"erm.. Sayang tolong tengok dari jauh je" kataku sambil sengih.

"hmm" balasnya sebelum beredar. Menulis entry didalam note pesakit.

"jangan lupa hantar patient xray! Then suruh mo review!" katanya lagi sebelum keluar.

"pergh!! 20minit yang sangat... Erghhhh" kata fahmi. Fahamlah aku maksudnya.

Dr farah pula membebel sendiri. Kalau aku kena marah macam tu pun aku sedih. Haha! Sian dr farah.

Sempat pula dia jeling aku sebelum keluar.

"tapi betul la dr ammar cakap, line patient tu macam senang tapi kenapa ye dr farah tu? Dia tu specialist kot"

"hmm.. Entah lah.." balasku. Aku pun tak tahu. Kalau tahu pun senyap jela. Malas membesarkan hal yang lepas.

"kak pia! Sr sakinah kata lunchtime ni dia nak jumpa akak sekejap. Kat bilik sister" entah bila aina masuk, aku pun tak perasan.

"ha okey" jawabku. Aina menghilang. Kembali ke dalam wad.

"apahal? Kau buat salah ke?" usik fahmi.

"entah. Yelah kot" teringat pagi tadi, cara sr sakinah bercakap dengan aku. Macam benci sangat rupanya. Pandang muka aku pun taknak. Hmmm..

hello husbandWhere stories live. Discover now