Sembilan

1.9K 66 0
                                    

Lama Aliya menunggu dalam kereta,sehingga cafe betul2 bukak. Bila dia nampak pekerja cafe dah macam bersedia menerima pelanggan,cepat2 Aliya keluar dari kereta.

Terus ke arah siapa saja yang ada. "Assalamualaikum. Can I see your manager?" Tanya Aliya setelah mendekati bahagian cashier.

"Waalaikumsalam. Manager belum datang la Miss. Selalu dia sampai dalam sepuluh setengah." Jawab Arman yang masih mengamati wajah Aliya.
"Miss ni kawan Zara kan?" Tanya Arman lagi.

"Yes,yes. Her best friend. Sorry.. sebenarnya saya tengah cari dia.Dia masuk keje tak harini?" Soal Aliya lagi.

"Sepatutnya dia masuk pagi ni. Tapi tak nampak pulak dia. Saya dah whatsapp tadi. Tak baca sampai sekarang. Sebab motor dia park kat rumah saya semalam. Miss duduk dulu. Minum?" Cadang Arman lembut. Aliya mengangguk saja lalu mencari meja di sudut tepi cafe.

"Owh..yeke. Erm..Hot mocha please." Minta Aliya lembut.

"One hot mocha come right up!" Arman cepat2 ke dapur menyuruh Zafri membancuh hot mocha untuk pelanggan.

Aliya membelek iPhone lagi. Masih begitu. Sampainya tidak,ini kan pulak balasan.

"Damn it,Zara!" Aliya menghempas iPhone diatas meja kuat. Beberapa orang pelanggan yang baru tiba memandang sekilas. Sikit pun Aliya tak kisah.

"Hot mocha,Miss." Arman meletakkan cawan perlahan di atas meja Aliya.

"Thanks." Mata Aliya memerhati sekeliling. Sunyi.

Baru sehari tak jumpa dah rasa resah macam ni. Tak senang duduk Aliya dibuatnya. IPhone dikutip semula. Aliya cuba lagi menelefon Zara setiap 2minit.

"Hey beautiful. " Suara garau Mikael menegur . Aliya memandang wajah Mikael sebentar lepas tu kembali tunduk.

"Hey..how do know Im here?" Balas Aliya malas. Ingat nak duduk sensorang. Datang plak mamat perasan ni. Layankan ajela..

"Lucky guess,haha. Taklah. Alif kata you might be here. So I pun datanglah sini. Susah sangat nak jumpa you lately." Mikael menarik kerusi dan terus duduk tanpa dipelawa.

"Sorry. Im just not in the mood. I have things to settle." Kata Aliya,malas.

"What things? Everbody has their own things jugak..Apa la yang busy sangat sampai taknak keluar minum dengan I." Mikael tersenyum hensem. Hensem la jugak.

"Ni kan dah jumpa..order lah.."
Kata Aliya lembut,mata masih di skrin telefon.

"Lets go out. Like a real date." Ajak Mikael serius. Wajah Aliya dipandang lama.

"Not now,Mikael. Im in a middle of something. Hope you understand."

"Ye la,not now la. Maybe this weekend. Free tak?" Tanya Mikael penuh harapan.

"We'll see,ok?" Aliya menghirup sedikit mocha yang semakin sejuk itu.

"So..what have you been up to?" Tanya Mikael lagi. Aliya berhenti bermain iPhone,cuba memberi focus kepada Mikael.

"Nothing much. Usual,work. You?" Soal Aliya sekadar membuat syarat.

"Sama la. Lepas I ambik alih Syarikat Printing Daddy I,busy jugak la. Jumpe client sana sini. Nasib I tak buat kerja printing. I observed and finalized je. Penat. But I will make time for you. If you give me a chance.."

"Hmm..I don't know..eh,you tak kerja ke? Pukul berapa dah ni? Tak elok boss masuk lambat. You have to show them a good example."

"Eh,apa pulak. I sampai awal ok. 8.30 sharp. Then I drive ke sini to meet you." Tak tahu lah yang benar ke tak omongan si Mikael ni. Nampak macam tak boleh pakai je. Mikael duduk membelakangkan pintu masuk,so Aliya boleh nampak sesiapa saja yang melangkah ke kedai.

ZARA [Complete]Where stories live. Discover now