chapter one

283 18 20
                                    

[ MarkHyuck malay fanfic. Slightly MinRen and NoChan ]

Reminder : segala perwatakan dorang dalam cerita ni hanyalah rekaan semata-mata.

Warning : typo merata-rata.

.
.
.
.
.

"Di majlis royal itu, si putera raja langsung tidak melepaskan pandangannya kepada Cinderellaㅡ aduh manisnya.." Haechan ketawa kecil lalu tersengih sendiri, terbayang watak putera dan Cinderella seperti di dalam buku kisah dongeng yang sedang dibaca itu.

Renjun, sahabat baiknya menoleh ke sisi, tersenyum sebelum menggeleng melihat Haechan yang begitu asyik dalam dunianya. Dia sudah terbiasa dengan Haechan. Lalu, matanya difokuskan pula ke pintu kelas. Kelibat seorang lagi rakannya masih tidak kelihatan.

Dikerling pula jam yang terlekat di dinding depan kelas. Atas papan putih. Sudah hampir masuk waktu kelas pertama.

Beberapa saat kemudian, namja yang ditunggu-tunggu Renjun akhirnya masuk dalam keadaan tergesa-gesa. Tali beg sandangnya yang jatuh melurut dari bahu segera dibetulkan.

 Tali beg sandangnya yang jatuh melurut dari bahu segera dibetulkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Namja itu dengan pantas menuju ke meja bersebelahan Renjun. Rambutnya yang kusut itu dibetulkan semula supaya tampak lebih kemas.

"Kali ini lambat sebab apa pula?" Soal Renjun, tanpa sempat namja itu melabuhkan punggungnya.

Jaemin memuncungkan bibirnya, "Alah kau ni. Macam mak aku aje." Omelnya lalu duduk dan meletakkan begnya di tempat menyangkut beg yang terletak di sisi mejanya. Dikerling pula Haechan yang tersengih-sengih sendirian.

Jaemin memandang Renjun sebelum mengangkat sebelah keningnya "kenapa dengan Haechan tu?".

"Ala, macam biasa la. Macam kau tak tahu, Haechan dalam dunia fantasy dia tu." Renjun menggeleng lalu menyambung semula aktiviti melukisnya yang terbantut tadi.

Jaemin mengangguk. Seperti Renjun, dia juga sudah terbiasa dan memahami sikap Haechan itu.

Sedang Haechan asyik membaca, tiba-tiba sahaja buku ceritanya dirampas dengan kasar. Haechan terkejut dan automatik berdiri.

"Well well well. Look at what we've got here. Budak lelaki yang suka dengan kisah dongeng kanak-kanak. Tch. Memalukan." Satu sindiran pedas dihadiahkan kepada Haechan.

"Yak, Lee Jeno! Kembalikan buku aku tu. Ppalli." Haechan cuba merampas bukunya kembali, namun disebabkan ketinggiannya yang jauh berbeza dengan namja bernama Lee Jeno itu, dia terpaksa melonjakkan kakinya.

"Tak sampai. Buu~" Jeno ketawa sinis sambil menjulang tinggi buku Haechan. Suka pula dia tengok, Haechan terkinja-kinja macam tu. Kemudian, dia mengarahkan dua rakan baiknya, Jisung dan Chenle supaya menghalang Haechan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Red Riding Hood ㅡ NCT [ MarkHyuck ]Where stories live. Discover now