Pernahkah anda didendangkan dengan kisah manusia yang menuntut ilmu larangan?
Grote, merupakan seorang manusia yang ditindas kerana kekurangannya. Bagi membuktikan dirinya berkuasa, Grote telah menyeru seekor makhluk kegelapan.
Ular bergading.
Grote mengaku dirinya sebagai pewaris makhluk seruan itu.
Malangnya, makhluk itu bertindak buas dan di luar kawalan. Ia dambakan santapan daging manusia. Bukan sembarang manusia, akan tetapi manusia yang-
♦
"Ambik ni."
Dengan angkuhnya Melanie melemparkan pakaian kotornya pada Cassidy. Bakul baju dicampak pula pada adik angkatnya sehingga terhentak pada dahi.
Sedikit darah kelihatan mengalir.
Cassidy hanya berdiri tertunduk menahan pedih pada dahi dan juga hatinya. Sedar dirinya hanya duduk menumpang. Nak lawan balik? Jangan haraplah. Cassidy baru sahaja berusia 11 tahun. Melanie pula sudah menginjak ke alam remaja. Berusia 17 tahun.
"Apa terpacak lagi?! Berambuslah!"
Melanie mengherdik! Jarinya ditunding pada pintu menuju ke bilik bawah tanah di mana aktiviti mendobi dilaksanakan.
Kelam-kabut Cassidy mengutip pakaian-pakaian kotor Melanie dan terus dimasukkan ke dalam bakul baju.
Melanie menghembuskan nafas dengan kasar seusai Cassidy melangkah turun ke bilik bawah tanah. Punggungnya kemudian dihempaskan pada kerusi sofa.
"Besar betul pangkat. Orang lain basuhkan baju kau. Kau betul-betul buat dia macam hamba."
Ujar Janet sambil mengunyah biskut. Sejak dari tadi si gadis itu hanya duduk menonton adegan membuli Melanie.
"Ayah aku bodoh. Entah anak sundal mana dia kutip bawak balik."
Melanie meluahkan rasa meluatnya kepada sahabatnya yang datang melepak di rumah.
"Kau buli dia, ayah kau tak marah?"
"Ayah aku tak ada,aku hentamlah dia. Bodoh! Tak nak mengadu siapa suruh?"
Ujar Melanie dengan penuh jelik seraya memutarkan bola matanya. Meluat.
Janet tertawa mendengar bait kata Melanie.
"Untunglah, kau ada orang nak buat hamba. Aku ni tak ada."
"Cassidy tu ada. Kau suruh lah dia buat apa-apa."
"Nak dia urutkan kaki akulah. Boleh?"
Janet tertawa.
"Aku memang gunakan dia untuk buat servis mengurutpun. Zaman sekarang ni kena pandai berniaga."
Melanie tersenyum sinis.
"Kau bergurau?"
Biji mata Janet terbuntang luas.
"Cuba fikir. Mana aku dapat duit? Ayah aku miskin."
YOU ARE READING
ULAR BERGADING
Short StoryPernah dengar kisah manusia yang menuntut ilmu larangan? Grote, manusia yang ditindas kerana kekurangannya. Bagi membuktikan dirinya berkuasa, Grote telah menyeru seekor makhluk kegelapan. Ular bergading. Grote mengaku dirinya sebagai pewaris makh...