7

344 47 21
                                    


" awak nak tauhu ni ? "

" nak nak ~ ❤ "

" ololo saya suap eh ? Nak tak ? "

" nakkk ~ ❤❤❤ "

" kiss dulu "

" kat mana ? "

" Binatang sekalian "

Yoongi menggenggam sudunya. " Aku nak makan tak tenang tengok drama semanis cirit ni "

" Kau nak makan kau makan sendiri jela macam takda tangan nak suruh orang suap " Sambung Yoongi lagi. Nasi goreng kimchi disuap buat kesekian kali.

Jimin dan Jeu Yun tersengih.

" Alaaa tapi Sweetie nak Cutie suapkan ~~ ❤ " Rengek Jimin.

Yoongi memendam sabarnya. " Terbalik juga meja makan ni kang aku buat "

" Ok ok nak Cutie suap yang mana ? Nak tauhu ke sayur ke— "

" Suap kuali nak ? Cutie cutie la sweetie sweetie la amende sia " Yoongi menjudge mereka sepuas hati.

" Eleh abang jealous kan ?? " Jeu Yun menjeling Yoongi.

" Ehhh " Yoongi seolah olah sangat terkejut dengan tomahan adiknya. Matanya membulat.

" Sila bezakan menyampah dengan jealous.  Eh hello this is 2018 "

" Ha kenapa ? 2018 takda orang jealous ke ? " Perli Jimin.

" Ei korang ni saja je kan. Tak puas hati dengan orang single dan bebas macam aku ni. Adududu dahlah handsome. Berwawasan juga bertauliah " Air teh suam dihirupnya rakus. Pedas pulak nasi goreng Puan Min.

Yoongi kembali memerhati pasangan yang baru berkahwin dihadapannya sekarang. Jujur cakap memang dia tumpang bahagia melihat keserasian dua orang penting dalam hidupnya itu , dalam masa yang sama dia cemburu. Kenapa aku tak kahwin lagi ?!

" Menyampah. Orang lain pun kahwin juga takda menggatal macam ni— "

Puan Min menghempas perlahan dulang roti ke atas meja , anaknya Min Yoongi direnung tajam. " Jangan jujjjjjjj bak kata Aiman Banna "

Yoongi terkebil kebil keliru. " Aiman Banna sapa bu ? "

" Ha tula nama je cikgu. Tapi tak kenal sapa Aiman Banna tu. " Puan Min separuh berleter. Dia mengambil tempat disebelah anak sulungnya lalu mencapai roti yang telah dilipat dua dan disapu jem strawberi.

" Lantakla bu. Yang penting sekarang ni , Abang nak gi kerja. Babai "

" Eh awal errr nak gi kerja dah ? " Jimin menegur. Tangannya masih ligat menyuap nasi goreng ke mulut Jeu Yun.

" Ada kerja sikit. " Balas Yoongi ringkas.

Dia yang sudah kemas berpakaian serba biru itu menuju ke pintu luar. Kemeja biru tua bersama jeans hitam itu menyerlahkan kesegakkan aura lelaki muda itu , rambut hitamnya dikuak kebelakang.

Yoongi menunduk sedikit cuba memakai kasut kerjanya dan apabila dia mendongak dia sedikit terpinga.

" eih ... " Matanya tidak lepas memandang figura serba hitam berdiri di pagar rumahnya yang tertutup. Jangan risau bukan jembalang.

Wanita awal 20an itu melemparkan segaris senyuman dan membetulkan blouse dan skirtnya cuba memperkemaskannya lagi.

Yoongi mendekati wanita itu. " Cik cari siapa ya ? " Pagar rumahnya dibuka.

Sehelai kertas dikeluarkan daripada beg tangannya , Isi di kertas itu dibaca sebentar. " Puan Min JeuNa ada ? "

" Ibu saya tu. Dia ada. Kenapa ya ? " Yoongi bertanya lebih mendalam. Tidak mahu mudah terpedaya dengan orang asing. Mode berhati hati ; On.

" Oh saya— "

" Shana ! "

" Puan Min ! "

Puan Min lantas mendapatkan wanita bernama Shana itu. Rambut hitam ikal mayangnya diusap. " Dah besar dah Shana .. "

" Bu memanglah dah besar mana ada orang mengecil " Yoongi menyampuk dengan muka naifnya.

Puan Min menjeling Yoongi sekilas lalu menarik tangan Shana membawanya masuk ke dalam rumah meninggalkan Yoongi terpinga pinga sendirian. Entah kenapa langkahnya mengikut sahaja Puan Min dan Shana masuk ke dalam rumah.

Disedari Yoongi mengikut mereka berdua , Puan Min berpusing lantas menepuk bahu Yoongi sehingga anaknya itu terjungkit bahu. " eh ikut masuk rumah pasaipa , pergilah kerja ! "

" Laaa ikut pun salah ke. " Yoongi menjuihkan bibirnya. Masih berdegil mahu mengikut sahaja Puan Min yang membawa Shana ke sofa di ruang tamu mereka.

" Cantik rumah Puan Min. " Puji Shana berbasa basi setelah dipelawa duduk.

Yoongi sengaja duduk di tangga rumah mereka. Betul betul dibelakang sofa panjang yang diduduki Shana. Puan Min pula duduk di Sofa panjang dihadapannya.

" Eh lupa pulak. Shana nak minum apa ? " Tanya Puan Min sambil senyuman teruja saling tak lekang daripada bibir beroleskan gincu merahnya itu.

" Eh takpela Shana dah minum dah "

" Eh ! Mana boleh ! Panas panas macam ni Shana mesti cepat dahaga. Jus epal sejuk boleh ? "

Shana mengangguk perlahan.

" Yoongi ! Hidang air kat tetamu ! " Laung Puan Min. Yoongi tersentak.

" Eh aku ? Selalu hidang air kerja perempuan. Macam funny tak bertempat je aku kena hidang air " Bisik Yoongi sendirian.

" Duk bercakap sorang sorang tu pasaipa ? " Tegur Puan Min. Semakin kuat dia melaung.

" Tak ada apa bu. " Yoongi walaupun masih terkial kial dengan arahan ibunya , cuba untuk hidang air juga.

Dia ke dapur dan mencapai dua gelas sederhana besar. Jus kotak dalam peti ais dikeluarkan dan dituang ke dalam kedua dua cawan itu. Baru sahaja tangannya menggengam kedua dua cawan itu hendak keluar ke ruang tamu , matanya terpandang sesuatu.

-

" Mana si Yoongi ni ? Lama betul nak hidang air. Maaf ya Shana .. " Kata Puan Min.

Shana tersengih malu " eh takpela jangan terburu buru sangat. Sebenarnya Shana datang ni nak bincang something dengan Aunty. Sementara Yoongi nak hidang air , boleh Shana mulakan ? "

Puan Min sedikit keliru namun dipersilakan juga wanita itu untuk membuka bicara.

" Ingat tak pasal Bakery yang Shana nak bukak tu ? Shana nak cari rakan kongsi sebenarnya. Sudi tak Aunty jadi rakan kongsi Shana ? " Tanya Shana penuh adab.

" Oh ya Shana ada cakap. Boleh bagi Aunty masa untuk fikirkan dulu ? "

Shana mengangguk akur. " Boleh boleh "

Keadaan senyap seketika sebelum dikejutkan jeritan nyaring Puan Min " Eh Yoongi ?! "

Shana dan Puan Min masing masing terbuntang mata.

Yoongi meletakkan dulang air di atas meja kopi dengan gaya yang ayu dan lemah lembut. Senyuman simpulnya menjengkelkan Puan Min. Baju kemejanya sengaja diikat atas perut bawah dada gaya gaya mat mat pondan. Lengan bajunya disinsingkan sehingga melepasi paras siku.

Ada bunga yang dipetik dibelakang rumah terselit dicelah telinganya. Yoongi duduk bersimpuh di kaki Puan Min setelah menghidangkan air. Senyuman simpulnya masih belum mati.

" Kau kenapa ni Yoongi ?! " Marah Puan Min. Sungguh anak dia buang tebiat.

" Nak hidang air la ibu .. Hikhikhik " Yoongi gelak tutup mulut penuh ayu.

Shana meneguk liur. " Awak okay ? "

" Okay .. Hikhikhik " Sekali lagi Yoongi gelak tutup mulut.





Rainbow Vs Hell • YoonminWhere stories live. Discover now